Keterangan 5 : Speaker Halal Vs Speaker Haram

on Isnin, 30 November 2009

20 October 2009

Speaker Halal Vs Speaker Haram Nizar News
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Motto 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib nampaknya tidak berlaku di Perak. Di Perak rakyat disajikan dengan dua Menteri Besar iaitu MB halal ( Nizar ) dan MB haram ( siapa lagi kalau bukan Zambry ) Seterusnya Speaker halal ( V.Sivakumar ) dan Speaker haram ( R. Ganesan ).

Kewujudan dua MB dan dua Speaker di Perak adalah hasil kraftangan Najib sendiri. Beliaulah yang tanpa segan silu merompak Kerajaan sah Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).

Dari segi undang-undang dan Perlembagaan, Najib dan Umno sedar bahawa mereka tidak mampu berhujah untuk melawan V. Sivakumar. Kuasa Sivakumar sebagai speaker DUN Perak yang sah adalah terlalu jelas dan luas. Tetapi memandangkan Najib dan Umno bukanlah spesis yang ada maruah dan harga diri mereka menggunakan ( baca salah guna ) apa sahaja kuasa yang ada untuk menjatuhkan Sivakumar

Apa yang Najib dan Umno tidak lakukan untuk menjatuhkan Sivakumar. Mula-mula Umno guna SPR untuk mengenepikan keputusan Sivakumar yang memutuskan kerusi tiga “katak” telah kosong. Apabila Sivakumar menggantung Zambry dan enam exconya yang haram Umno guna pula polis untuk soal siasat Sivakumar. Tidak cukup polis , Umno guna pula SPRM untuk soal siasat Sivakumar. Apabila polis dan SPRM tak jalan, Umno guna pula Mahkamah . Kita tentu tidak lupa usaha Umno yang menghalang Sivakumar untuk guna khidmat peguamnya sendiri bagi mewakili beliau. Malahan apabila Sivakumar mahu mewakili diri sendiri peguam Umno juga membantah.

Tidak cukup guna SPR, Polis , SPRM dan Mahkamah untuk mengenepikan Sivakumar sebagai speaker yang sah dan halal , Umno tanpa rasa malu dan bermaruah tergamak menggunakan cara yang paling kurang ajar dan paling tidak bertamadun melucutkan kuasa Sivakumar sebagai speaker DUN Perak yang sah pada 7 Mei 2009 yang lalu.

Demi kuasa Umno tergamak salahguna polis untuk mengangkat Sivakumar ( dengan kerusinya sekali ) dan mengurung beliau dalam stor. Kerana kuasa Umno lupa bahawa jika sekalipun mereka ingin melucutkan kuasa Sivakumar sebagai speaker , Umno tidak boleh sama sekali megusir Sivakumar dari dewan persidangan DUN Perak . Sivakumar adalah wakil rakyat atau ADUN yang sah , justeru itu beliau layak berada di dalam dewan persidangan.

Tanpa segan silu Umno tergamak langgar Perlembagaan dan amalan Perlembagaan ( constitutional convention ) apabila melantik V. Ganesan sebagai speaker yang haram pada 7 hb Mei 2009 yang lalu.

Dari sudut undang-undang dan amalan Perlembagaan segala urusan rasmi sidang DUN Perak ( order of business ) hanya boleh dibuat setelah persidangan DUN Perak dengan secara sah membuka urusan rasmi tersebut ( had lawfully opened for business ).

Jika dilihat kepada Standing Orders bagi DUN Perak tiada peruntukkan secara jelas berkaitan dengan persidangan DUN Perak pada 7 Mei tersebut. Oleh itu berdasarkan Standing Order No 90 amalan-amalan di Parlimen di Negara-Negara Komenwealth boleh digunapakai sekiranya Standing Orders tidak mempunyai peruntukkan yang jelas .

Buku Erskine May’s Treatise on the Law, Privileges, Proceedings and Usage of Parliament adalah satu buku yang selalu dirujuk dalam isu-isu yang berkaitan dengan prosedur Parlimen di negara-negara Komenwealth. Di dalam buku tersebut pengarang telah menyatakan“ Dalam mana sessi Parlimen kecuali sessi Pertama ( Pembukaan ) Parlimen , sessi dikira bermula dengan ucapan Raja England ( Queen ) . Sehingga sidang diisytiharkan mula oleh Raja kedua-dua Dewan tidak boleh mulakan sebarang urusan awam yang rasmi. Amalan ini diikuti kerana tiada mana-mana urusan di Parlimen boleh dijalankan sehingga Parlimen itu sendiri dibuka secara rasmi oleh Raja ( no business can be transacted until Parliament has been opened by the Crown)

"Selanjutnya di dalam buku Halsbury’s Laws of England di bawah tajuk (v) Proceedings at the Opening of Parliament ... 713 The Queen’speech dinyatakan seperti berikut“ Tiada mana-mana Dewan boleh meneruskan apa-apa urusan awam sehinggalah sesuatu sessi itu telah dibuka oleh Raja secara sendiri atau melalui Pesuruhjaya Lord yang bertindak bagi pihak Raja ( Queen ).”

Di dalam buku Griffith and Ryle on Parliament : Functions, Practice & Procedures.” (2nd Ed. 2003) pengarang tersebut juga menyatakan perkara yang sama

Di England, apabila Raja telah mula membuka sessi Parlimen ( di sebelah pagi ) maka urusan awam dan rasmi Dewan Rakyat ( House of Commons ) akan hanya dimulakan jam 2.30 petang.

Dalam konteks kes Perak pula adalah jelas pada 7 hb Mei 2009 ucapan Sultan Perak hanya dibuat pada jam 3.16 petang sehingga jam 3.47 petang. Maka dari segi undang-undang apa sahaja urusan rasmi DUN Perak ( termasuk usul untuk memecat Sivakumar dan melantik Ganesan ) hanya boleh dibuat selepas jam 3.47 petang.

Namun Umno dengan kesombongan dan kebodohan mereka telah mengangkat dan mengusir Sivakumar dan seterusnya melantik Ganesan sebagai speaker haram sebelum sessi DUN Perak bermula iaitu sebelum ucapan Raja Perak dimulakan pada jam 3.16 petang

Oleh itu sebarang resolusi atau usul yang diluluskan oleh Umno pada sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 termasuklah usul memecat speaker yang sah dan halal dan melantik speaker yang haram adalah tidak sah.

Tidak cukup Ganesan telah dilantik secara tidak sah, Umno sekali lagi melakukan kesilapan bodoh apabila gagal memastikan Ganesan meletakkan jawatan sebagai peguambela dan peguamcara dalam masa 3 bulan daripada tarikh beliau dilantik sebagai speaker yang haram iaitu pada 7 Mei 2009.

Ganesan hanya memfailkan Notis Pemberhentian sebagai peguam dan menghantar Surat Akuan Sumpah pada Majlis Peguam pada 17 Ogos 2009 sedangkan di dalam Perlembagaan Perak beliau sepatutnya berhenti menjadi peguam sebelum 7 hb Ogos 2009.

Memandangkan Ganesan adalah speaker yang haram maka tindakan beliau memanggil sidang DUN Perak pada 28 Oktober 2009 ini adalah satu tindakan yang tidak sah dan tiada sebarang nilai di sisi undang-undang. Tapi jenis spesis Umno ni dia orang kisah ke pada benda-benda haram !!!

Keterangan 4: MB Haram Dibenarkan Jalan Tugas MB Halal

Tuesday, May 12, 2009

MB HARAM DIBENARKAN JALAN TUGAS MB HALAL
Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;

Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar.

Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah. Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah.

Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah. Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ). Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu.

Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan. Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

posted by hanipamaidin @ 6:22 AM 7 comments

Keterangan 3: Segalanya Haru Biru Bila DUN Perak Tidak Dibubarkan

Tuesday, March 03, 2009

SEGALANYA HARU BIRU BILA DUN PERAK TIDAK DIBUBAR
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Melihat kepada apa yang berlaku di Perak pada masa ini kita boleh menyimpulkan begini : segalanya lintang pukang dan haru biru apabila Y.M Sultan Perak, di atas budibicaranya, enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak meskipun diminta oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Nizar untuk berbuat demikian di bawah Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak.

Dari situ berlakulah siri lintang pukang yang sekaligus memalukan bukan sahaja rakyat Perak tetapi juga nama Malaysia di pandangan dunia.

Apabila Speaker dan para ADUN Pakatan terpaksa mengadakan sidang DUN tergempar di bawah pokok kita teringat apa yang berlaku kepada Kerajaan Pasola di dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P.Ramlee. Yang lebih lucu lagi Penasihat Undang-Undang Negeri Perak mahu mewakili Zambry dalam kes yang difailkan oleh Nizar tetapi di dalam kes yang difailkan oleh UMNO ke atas Speaker, V. Sivakumar ( kerana Speaker melarang Zambry masuk DUN selama 18 bulan ) Mahkamah Tinggi Ipoh pula mengarahkan V. Siva Kumar diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Perak. Ini bukan lagi haru biru tapi dah berbelit dan tersimpul !!!

Untuk berlaku adil kepada Y.M Sultan Perak, tidak boleh dinafikan baginda mempunyai budibicara untuk enggan membubarkan DUN meskipun diminta secara munasabah oleh MB Perak. Namun istilah “budibicara” di dalam konteks undang-undang tidak pernah ditafsirkan sebagai budibicara mutlak ( absolute discretion) .

Budibicara , sepertimana yang diterima oleh prinsip undang-undang dan amalan demokrasi , hendaklah dilaksanakan secara wajar dan adil.Y.M Sultan Perak pun sendiri mengakui bahawa tidak wujud apa yang dinamakan budibicara mutlak kerana beliau sendiri pernah di dalam satu kes yang beliau putuskan semasa menjadi hakim dahulu iaitu kes Pengarah Tanah dan Galian , Wilayah Persekutuan v Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd ( 1979 ) 1 MLJ 135 menyatakan seperti berikut :-

“ Every legal power must have legal limits otherwise there is dictatorship… in other words , every discretion cannot be free from legal restrain ; where its is wrongly exercised , it becomes of the court to intervene. The courts are the only defence of the liberty of the liberty of the subject against departmental aggression. Unfettered discretion is contradiction in terms”. Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolute”

( Terjemahan :”Setiap kuasa di sisi undang-undang mesti mempunyai had dan batasannya di sisi undang-undang. Dengan lain perkataan setiap budibicara tidak boleh bebas dari had dan batasan undang-undang. Kalau sekiranya budibicara salah digunakan adalah menjadi tugas Mahkamah untuk campurtangan. Mahkamah sahajalah satu-satunya pembela kepada kebebasan rakyat di atas mana-mana salah laku dan kerakusan kuasa jabatan. Budibicara yang tidak dikawal adalah satu istilah yang mengandungi percanggahan. Kuasa cenderung untuk merosakkan. Kuasa yang mutlak akan rosak juga secara mutlak.” )

Kata-kata diatas adalah satu kata-kata yang menakjubkan selagi mana roh kata-kata itu diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan.

Rakyat negara ini menerima institus Raja sebagai satu institusi yang dihormati. Raja adalah lambang kestabilan. Dalam konteks sejarah negara ini memang tiada siapa boleh menafikan institusi Raja adalah suatu kesinambungan dari satu sejarah yang amat panjang. Atas dasar itu peruntukkan mengenai institusi Raja diterima sebagai salah satu “indigenous elements ( elemen-elemen tradisi ) yang dimasukkan di dalam Perlembagaan sama ada Perlembagaan Persekutuan atau pun Perlembagaan Negeri-Negeri di Malaysia.

Bagaimanapun dalam masa yang sama semua orang juga mengakui ( termasuk para sultan di negara ini ) bahawa Malaysia mengamalkan institusi Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) bukannya institusi Raja Yang Berkuasa Mutlak ( Absolute Monarchy ). Tidak dinafikan secara relatifnya Raja Berperlembagaan adalah jauh lebik dari Raja Berkuasa Mutlak.

Namun dalam masa yang sama salah memahami atau salah menafsir konsep Raja Berperlembagaan boleh mewujudkan “constitutional anarchy” ( hura hara Perlembagaan )

Bagi mereka yang mempelajari undang-undang Perlembagaan mereka pasti mahir dengan istilah “convention” ( amalan ). Secara mudahnya “convention” di dalam konteks Undang-Undang Perlembagaan bermaksud amalan-amalan yang telah diterima pakai sebagai salah satu kaedah untuk menafsirkan peruntukkan Perlembagaan.

Menurut Geofrrey Marshall “ conventions” adalah apa yang kita namakan sebagi satu akhlak positif Perlembagaan ( positive morality of the Constitution ). “Conventions” menurut sarjana tersebut adalah satu peraturan yang mana para aktor-aktor politik wajib mematuhinya. Di dalam konteks apa yang berlaku di Perak , apakah “convention” yang patut dipatuhi oleh Y.M Sultan apabila MB Perak meminta baginda membubarkan DUN Perak ? Jawapannya “convention” yang terpakai adalah Y.M Sultan , dengan penuh hormat, sewajarnya membubarkan DUN apabila dengan secara munasabah diminta berbuat demikian oleh MB Perak iaitu Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.Philip T.N Koh, salah seorang peguam Perlembagaan di dalam tulisannya “ constitutional conundrums and conventions “ ( The Edge , 23 Feb 2009 di m/s 55 ) menyatakan seperti berikut :-

“Adalah berfaedah untuk dicatatkan di sini berdasarkan amalan-amalan di negara Komenwealth boleh dikatakan tidak pernah berlaku keadaan di mana Governor ( di Malaysia Sultan ) menolak mana-mana permintaan yang munasabah ( untuk bubar dewan ) oleh Menteri Besar. Di United Kingdom, kini telah diterima dan diakui meskipun keistimewaan diberikan kepada Raja untuk membubar Parlimen namun perlaksanaannya bergantung , dalam keadaan biasa , kepada perkiraan dan keputusan Perdana Menteri.” .

Kini segalanya kembali semula kepada Y.M Sultan. Kalau baginda mahu terus melihat keadaan di Perak semakin terus lintang pukang dan haru biru , baginda boleh mengekalkan sahaja keputusan baginda. Namun jika baginda mahu keadaan Perak kembali aman dan damai maka baginda tidak mempunyai pilihan kecuali membubarkan DUN Perak dan mengembalikan kuasa memilih MB dan Kerajaan Perak yang baru kepada rakyat baginda sendiri. Dalam hal ini pilihan kedua nampaknya satu kemestian.

posted by hanipamaidin @ 2:39 AM 5 comments

Keterangan 2 : Mahkamah Rayuan Ketepikan Doktrin Raja Berpelembagaan

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN
oleh :Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa .

Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. "Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak. Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis.

Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam. Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat. Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik. 21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

posted by hanipamaidin @ 7:50 AM 19 comments

Keterangan 1 : Sultan Tiada Kuasa Memecat Nizar

Monday, November 09, 2009

SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”.

Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak.

Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu

(a) dalam isu pelantikan MB dan
(b) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..”

( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar.

Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini. Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961.

Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut :

Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu.

Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyai kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu. Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah.

Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut. Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaan Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan.

Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan.

Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

posted by hanipamaidin @ 8:23 PM 9 comments

Kes mentaliti ahli UMNO yang bodoh VS abg ipar.

on Ahad, 1 November 2009

SMS aku ;

Speaker haram genesan cakap pasal undang-undang dewan dun perak macam sial. BN langgar dun takpa. Inilah contoh jenis jenis haram jadah kat Malaysia. Dari anti BN seumur hidup.

BN sedang melacurkan undang-undang di Perak kini. Bakal melahirkan anak-anak haram untuk diluluskan.

Kerajaan haram BN perak sebijik macam Israel. Anjing-anjing mb haram keliling jaga speaker haram genesan pada sidang dun tadi.



SMS Dari Ahli UMNO (Be End) Yang Bodoh

1) Takde kaitan dengan aku. Mana mu tahu haram? Pakatan cukup ke bilangan YB DUN nak bentuk kerajaan. Tu la, dulu bukan main suka Adun BN keluar BN. Sendiri mahu ingat la. Kenapa hina BN dan kata ikut sedap mulut. Hantar anak kat Yayasan. Yayasan tu bawah siapa? Fikir-fikir. Kalau BN tu anjing, anak tu duduk dengan anjing la ya. Jangan marah..

SMS Balas aku :

Apahal lu komen pasal anak gua. Apa kaitan yayasan dengan mesej yang aku bagi? Sori la coz i think u are not intelligent person to talk this issue

2) Maaf.. Boleh buktikan kerajaan BN Perak haram?

SMS Balas aku :

Boleh. No hal. I will prove it but dont ever talk like stupid and low class person. Be professional but u not be that.


3) Jangan hina BN, nak hina boleh tapi jangan bergantung dengan BN. Ni tak, plk (politik) orang kita bukan main lagi kata kat BN tapi apa apa gantung dengan BN.

4) Saya tahu saya bodoh tak sepandai awak. tapi fikir la dulu di sekolah siapa tanggung dan minta bantuan siapa. Kerajaan mana? Bukan diminta ucap terima kasih tapi jangan hina kerajaan BN. Sedarlah kerajaan pakatan hilang majoriti atas kebodohan sendiri. Terlalu sibuk nak cari si katak.

5) Betul ke untuk dilacurkan. Dah tunggu apa lagi. Pergi la buat laporan polis dan buktikan. Takde guna cakap kosong tanpa tindakan.

6) Kalau anti sangat dengan BN, jangan bergantung dengan BN. Jangan berurusan dengan BN. Tak fikir ke sekarang ni banyak awak berkait dengan BN. Tahniah.. anak awak pandai dan tak lupa juga pada kerajaan BN kerana menyediakan taska bagus. Anti BN seumur hidup pun tumpang.


SMS Balas aku :

Cara lu berhujah dengan gua membuktikan kebodohan lu la bro. Sorila coz cakap politik dengan lu. Lu tak setaraf gua dan tak matang lagi. Ini bukan soal berlagak tapi nak menyedarkan golongan mentaliti macam lu. Kerajaan adalah hamba rakyat. Duit rakyat hak rakyat. Lu ada bayar cukai? Cukai rakyat wang rakyat. Projek rakyat taska rakyat. Rugi gua balas SMS lu. Lu boleh baca blog gua sarjanatua.blogspot.com. Tapi amaran gua jangan kaitkan anak gua dengan hujah bodoh lu.


7) Memang la aku nie bodoh dan awak cerdik lagi matang. Saya tak bayar cukai, maklumlah gaji kecik je dan tak layak untuk cukai. Lain la awak, gaji besar dan cakap pun besar. Maaf la awak terasakan. Kerajaan hamba rakyatkan tapi kenapalah masih nak marahkan kerajaan. Banyak ke kena cukai? Mesti banyakkan kena cukai? Maklumlah...

8) Projek rakyat taska rakyat tapi kenapa bila dapat memerintah, taska dikunci dan murid jadi mangsa (tahun 1999 di Terengganu) bagaimana ha? Maaf la tadi bukan nak sangat kaitkan anak awak cuma sebagai contoh je sebab anti benar BN.

9) Kenapa ha, awak ni selalu hantar mesej begini. Dulu hantar pasal minyak naik dan pergi mampus UMNO. Saja je nak saya terasa dan marah. Ada ke saya ni hantar mesej kat awak punya wife pasal politik hentam pas atau pakatan walaupun saya kurang suka Pas. Takde hantarkan. saya tahu kalau cakap pasal politik apa apa leh berlaku. Al maklumlah kita berbeza parti. Saya dah cuba untuk elak gaduh tapi awak. Takpelah nak buat macam manakan, awak lebih pandai lagi bijak. Jurutera katakan..

10) Saya apalah sangat buruh je dan bodoh.

11) Minta maaflah diatas kebodohan saya. Cukup la ,mesej atau berhubung kehidupan kita berbeza. Saya tak layak untuk ... faham faham je lah.

SMS Balas Aku :

Bro dont be emotional. For me its not a big issue. My statement is clear. I cannot accept if anyone 'touch' my son because of bulshit statement. Between us still ok like before. So sorry about this situation. Salam.

________________________________________________________________
APA KATA AKU :

Aku tulis balik cerita ni sebab nak rekod dalam dunia ni sampai anak aku besar. Dia boleh baca balik apa yang aku tulis. Inilah contoh rakyat yang telah diperbodohkan oleh BN / UMNO. Mentaliti kelas bawahan. Malas nak hurai panjang-panjang. Wife aku kata gaduh dengan orang bodoh, aku pun bodoh. Betul juga. SMS aku dua tiga kerat je. Tapi balas panjang jela. Rasanya sampai dia tak tidur malam. Last mesej dia jam 2.00 pagi. Kesian. Sebelum tu cici-ciri orang jenis macam ni hanya ambil maklumat dari TV3, Utusan Malaysia dan Pro UMNO sahaja. Sebab itu kalau nak berhujah dengan golongan macam ni macam buang masa je.

Point hujah budak bodoh ni :

1) Kenapa hantar anak kat sekolah yayasan. Yayasan tu BN punya. Kamu kata BN anjing, anak kamu duduk dengan anjing la..

- He he he.. siapa kata BN tu anjing. Tak kata pun. (Bodoh 1)
- Kalau kamu kata anak aku duduk dengan anjing, bini kamu tu anjing la coz ajar kat yayasan tu. (Bodoh 2)
- Saya tak kaitkan anak kamu dengan mana mana anjing pun. BN tu macam agama dia dah. Pertahan macam aku ni hina agama dia dah.

2) Dia nak aku buktikan Kerajaan bn perak la ni haram ( sorry.. haram jadah).

- Perlu ke? Sebab belum aku buktikan dia dah tak leh tido malam. Kalau aku buktikan lagi la tak tido seminggu. Apa pun memang aku nak buktikan melalui maklumat yang aku baca. Budak ni harap TV je terangkan kat dia.. Patutla nampak bodoh je.


3) Berdasarkan mesej no.4

- Hujah bodoh lagi. BN acapkali suruh kita terima kasih kenang budi kat BN sebab bagi itu ini. Ingatlah.. wakil rakyat tu hakikatnya minta kerja dengan rakyat. Jadilah wakil rakyat. Bila dah bekerja untuk rakyat buat lah apa yang rakyat suruh. Kalau rakyat sebagai majikan kenapa perlu simpan dan kenang pekerja (wakil rakyat) yang tak ikut cakap majikan (rakyat). Ambil contoh kalau kita dulu kerja kat kedai handphone,, kita kena terima kasih sangat ke pada tokey kedai tu sampai hari ni coz bagi kita gaji dulu.. Pikir la.. Kat sekolah dulu mak ayah dan tok nenek aku tanggung bukan orang BN. (Kebodohan 2)

4) Berdasarkan mesej no.5

- Bodoh nak tafsir ayat aku. Lacur tu bukan BN kongkek pelacur. Sekadar ungkapan yang paling sesuai dengan situasi. BM dulu belajar kat sekolah dapat berapa la?

5) Berdasarkan mesej no.6

- Dia ingat semuanya milik BN. Kalau macam tu aku tak leh masuk masjid dan pejabat kerajaan la? Cuba suruh dia cakap kat BAPAK MERTUA dia macam tu, jangan ambil pencen kerajaan. Habis kena ludah kat muka kot. Projek bukan duit BN, tapi duit rakyat. Bagaimana duit aku sebagai pembayar cukai leh kata BN punya. wang cukai wang rakyat la. Tak malu. Kalau PR memerintah nanti, rasanya UMNO parti termiskin sebab dia tak leh lacurkan wang rakyat. Sekarang sampai tahap UMNO bahagian ada peruntukan. Ish.. Ishh.. Ishh (Geleng kepala).

6) Berdasarkan mesej 7

- baru sedar wang yang dikatakan BN punya tu wang rakyat. Dia dah la tak bayar cukai, sedap mulut je kata wang cukai aku tu milik BN. Sekali lagi, itu wang rakyat. Gunakanlah untuk hal ehwal rakyat. Samada org Bn ke, PR ke. sama je. sama sama punya.

7) Berdasarkan mesej 8

- Taska tu dikunci mungkin sebab UMNO guna balairaya macam mak bapak dia punya. Tadika Pasti pun ada bangunan sendiri. UMNO buat la bangunan sendiri. Jangan buat hak milik kekal. Kesian. sebab masih ada mentaliti BN punya..

8) Berdasarkan mesej -mesej seterusnya.

- Dia ni jenis mat bunga. Tak usahlah guna ayat simpati untuk menegakkan hujah bodoh tu. Pendirian aku tetap sama.


Sekian untuk bacaan dan kongsian bersama.

AWAS! BAHAYA SIS 13 : Kenyataan SIS suruh hentikan sebatan pada pesalah arak.

on Selasa, 6 Oktober 2009

KENYATAAN MEDIA
Hentikan Sebatan. Hentikan Sebatan ke atas Kartika


Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) memandang dengan amat serius terhadap Panel Rayuan Kehakiman Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang telah mendengar dan membuat keputusan terhadap semakan ke atas hukuman sebat untuk Kartika Dewi Shukarno (Kartika) tanpa kehadiran pihak berkenaan yang ingin membentangkan hujahan, atau mengumumkan perbicaraan tersebut kepada umum.

Tambahan pula, pada 18 September 2009, Sisters In Islam (SIS) telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah penggantungan atau pindaan atau pembatalan terhadap pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, dan permohonan ini masih belum didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pahang.


Kami juga berasa hairan dengan kepantasan mahkamah Syariah yang mahu hukuman tersebut dijalankan secepat mungkin sedangkan banyak organisasi masyarakat sivil dan ramai individu dan terpelajar yang terkemuka menyatakan rasa bimbang mereka terhadap kesesuaian hukuman denda sebanyak RM5,000, enam sebatan yang dikenakan ke atas Kartika, seorang pesalah kali pertama, yang telah pun mengaku bersalah dan menyatakan rasa sesal beliau sehingga kini.


Kami berasa bimbang kerana Mahkamah Syariah telah mengambil tindakan berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan terhadap hal ehwal agama Islam, Mej-Gen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (“Syariah court to have more bite”, NST, 24 April 2009) bahawa kekurangan pelaksanaan hukuman sebat “merupakan antara faktor yang menjadi sebab peningkatan jenayah syariah setiap tahun kerana masyarakat merasakan undang-undang tersebut adalah terlalu remeh.” Kenyataan yang dibuat oleh Menteri tersebut adalah tidak tepat dengan mengaitkan kekurangan hukuman sebat sebagai faktor peningkatan di dalam “jenayah syariah” kerana kajian telah menunjukkan bahawa hukuman sebat, seperti mana hukuman dera, bukan satu langkah pencegahan yang berkesan terhadap perbuatan melakukan jenayah.


Hakikat bahawa Kartika sendiri nampaknya ingin hukuman sebat tersebut dijalankan ke atasnya tidak sepatutnya menghalang pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu dengan adil dan penuh belas kasihan dalam semua konteks kes tersebut. Sebagai pembela hak asasi manusia, kami berkomited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi beliau serta juga mereka yang lain dalam keadaan yang serupa, serta untuk memastikan bahawa tidak terdapat kemerosotan standard hak asasi manusia di Malaysia.


Keputusan yang dibuat oleh Kartika boleh dibandingkan dengan keputusan yang dibuat oleh balu beragama Hindu pada masa lampau. Amalan ‘sati’ (kini terlarang di India) di mana balu yang masih hidup dibakar bersama-sama mayat suaminya. Terdapat percanggahan pendapat tentang jika seseorang balu memilih untuk mengorbankan dirinya, mereka yang lain tidak boleh campur tangan. Jelasnya, ini bukanlah satu amalan yang tidak boleh dibiarkan berdasarkan prinsip pilihan bebas.


Isu penting di sini adalah kemerosotan standard hak asasi yang digunakan di negeri Pahang. Jika hukuman sebat dilakukan ke atas seorang wanita di bawah undang-undang Syariah, ia akan mewujudkan satu preseden yang buruk di Malaysia – terutama sekali apabila kaum wanita telah dinyatakan dengan jelas - tidak boleh disebat di bawah S289 Kanun Acara Jenayah. Jika Kartika dikenakan hukuman sebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negera Islam yang sederhana akan tergugat selama-lamanya. Kami menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap hukuman sebat dan bentuk hukuman dera yang lain sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.


Dalam kes Kartika, kami berasa amat khuatir kerana prinsip am penjatuhan hukuman tidak digunakan: beliau adalah seorang pesalah kali pertama, beliau berasa sesal dan telah mengaku bersalah, dan tidak terdapat keganasan dalam perbuatan melakukan kesalahan tersebut. Hukuman beliau tidak setimpal sama sekali dengan kesalahan yang dilakukan.


Kami turut menggesa agar pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengadakan kajian semula yang komprehensif ke atas undang-undang kesalahan jenayah Syariah, dengan tujuan memansuhkan undang-undang sedemikian.


Pada tahun 1997 dan 2005, SIS telah menyerahkan memorandum kepada pihak Kerajaan tentang kesalahan jenayah syariah, membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan termasuklah peruntukan-peruntukan di dalam undang-undang tersebut yang tidak berasaskan teori dan amalan undang-undang Islam, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta juga bercanggah atau bertindan dengan Kanun Keseksaan dan undang-undang persekutuan yang lain.


Akhir sekali, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa yang berkaitan bahawa keadilan hendaklah dilembutkan dengan rasa belas ihsan; dan bukan hanya keadilan dilakukan dengan saksama tetapi ianya hendaklah benar-benar dilakukan secara adil agar masyarakat Malaysia berasa yakin dengan proses di mahkamah Syariah.


30 September 2009


______________________________________________________________


APA KATA AKU : SISTERS IN ISLAM ternyata sesat lagi menyesatkan. melalui kenyataan media kumpulan manusia bertaraf binatang ini telah meletakkan undang-undang manusia mengatasi hukum Allah. Mereka sanggup menyatakan bahawa Undang-undang syariah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan (yakni buatan sekutu UMNO, British laknatullah). Walaupun SIS terdiri dari golongan berpelajaran tinggi namun sebenarnya otak mereka setaraf binatang yang busuk lagi menjijikkan. Katakan anjing itu lebih baik dari mereka.

Selepas ini aku hanya nyatakan SIS kepada KMBB (Kumpulan Manusia Bertaraf Binatang). Serendah-rendah binatang, hakikatnya mereka juga beribadah kepada Allah. Beribadah dalam konteks yang Allah sahaja memahami maksudnya. KMBB ini hanya bertopengkan Islam kerana kebetulan mak bapak mereka Islam. Hakikatnya mereka tidak berminat dgn Islam. Budaya dan adat resam mengekang mereka dari menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup.


Inilah bukti kesan hasil pemerintahan UMNO di Malaysia. Telah wujud golongan-golongan munafik secara terang lagi bersuluh. Siasatlah kalau tidak percaya, kebanyakkan ahli KMBB ini terdiri daripada ahli-ahli UMNO. (Jauh sekali PAS). Dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh KMBB ini, wajarlah kerajaan sekular UMNO / Be End mendengar keluh resah rakyat terbanyak untuk mengharamkan KMBB ini (SISTERS IN ISLAM).


Pas ternyata mendahului UMNO dalam perjuangan memertabatkan agama Islam. Bila KMBB pernah berkata soal pentafsiran undang-undang Islam teringat pula ucapan Tun Mahathir dahulu bahawa Al-Quran perlu ditafsir semula (sesuai dgn zaman sekarang). Adakah Tun ini tergolongan dalam pemikiran seperti KMBB ini. Atau sudah ada Brothers In Islam (BIS). BIS atau SIS ianya tetap KMBB. Golongan munafik terang-terangan ini perlu dihukum dengan undang-undang syariah. Merekalah (UMNO) meletakkan taraf mahkamah syariah seperti Mahkamah kelas 3. Pembaca siasatlah siapa ahli kumpulan SIS / KMBB ini. Adakah isteri-isteri menteri dan anak-anak Tun 4, Tun 5, Bini Najib juga menjadi ahli kumpulan munafik ini. Sekiranya ternyata YA, jauhilah dari bercakap soal Islam.
Pesanan : Maaf dipinta kerana ayat-ayat ini disusun ketika rasa AMAT MARAH terhadap pendirian SIS yang ternyata menghina agama Allah ini.

AWAS! BAHAYA SIS 12 : Kenyataan SIS bila fail kena tolak.

Kenyataan Akhbar

Permohonan Semakan SIS terhadap Kes Kartika Tidak Diterima oleh Pendaftar Mahkamah Syariah Kuantan

Seseorang tidak mempunyai hak untuk menapis permohonan

3 October 2009

Sisters in Islam (SIS) mendapat satu kejutan apabila permohonan semakannya terhadap kes Kartika Sari Dewi Shukarno ditolak oleh Pembantu Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan semalam.

Peguam SIS di Pahang amat terperanjat apabila Pembantu Pendaftar memulangkan kesemua dokuman yang difailkan, bersama-sama yuran mahkamah berbayar, pada 18 September 2009.

Tindakan yang tidak pernah berlaku dahulu oleh pejabat Pendaftar tersebut adalah satu pencabulan proses mahkamah yang jelas kerana semua permohonan yang difail dan dibayar sepenuhnya hendaklah diterima dan didengar. Pendaftar atau mana-mana pegawai mahkamah tidak berhak untuk menapis sebarang permohonan. Tugas mahkamah adalah untuk menerima permohonan dan terpulang kepada badan kehakiman untuk mendengar semua kes. Permohonan yang tidak diterima pada peringkat pemfailan sama seperti menafikan hak sesuatu pihak untuk didengar, dan dalam kes ini, menafikan SIS hak untuk didengar.

Sistem menapis permohanan tidak ada tempat di dalam sebuah sistem kehakiman yang adil dan bebas. Tindakan tidak menentu ini menyebabkan sistem kehakiman Syariah mendapat nama buruk.

Permohonan semakan yang difailkan oleh SIS di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan, beserta dengan permohonan untuk perintah penggantungan hukuman sebat ke atas Kartika. SIS menegaskan bahawa ia bertindak dalam konteks kepentingan umum bagi menyelesaikan kontroversi dan mendapatkan kejelasan tentang kesahan keseluruhan proses mahkamah.

SIS dan ahli Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang lain juga telah mengadakan satu sidang media pada 30 September untuk menyatakan rasa bimbang mereka apabila pihak media melaporkan bahawa Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang telah menyemak semakan yang difailkan oleh dirinya sendiri sebelum ini. Media telah melaporkan bahawa semakan tersebut telah didengar di dalam satu mesyuarat jabatan di antara Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang pada 28 September dan kemudiannya, dilaporkan bahawa hukuman sebab ke atas Kartika akan diteruskan. Seksyen 168 Enakmen Tatacara Syariah Jenayah 2002 menyatakan bahawa hanya Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan sesebuah Mahkamah Tinggi Syariah, dan bukannya satu mesyuarat jabatan.

Sekali lagi, SIS ingin menyatakan bahawa isu Kartika dan hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman jenayah hendaklah diselesaikan menerusi satu proses kehakiman yang jelas dan sah. Sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan sederhana, Malaysia hendaklah mengekalkan kedaulatan undang-undang dan memastikan keadilan disempurnakan. Kes Kartika telah menghasilkan satu kegemparan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara model Islam.

Dr Hamidah Marican
Pengarah Eksekutif
Sisters in Islam

Batal pendaftaran SIS, JAG, WAO
Oleh SAHBULAH DARWI
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 4 Okt. - Kerajaan disaran membatalkan pendaftaran Sisters In Islam (SIS), Kumpulan Tindakan Bersama Jantina (JAG) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) jika mereka terus mempertikaikan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut (gambar) berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelakkan pelbagai implikasi negatif kepada rakyat dan negara jika NGO terbabit masih berdegil.

"Jika mereka meneruskan agenda untuk memansuhkan Undang-Undang Jenayah Syariah maka tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan untuk selesaikan masalah ini, salah satu caranya ialah membatalkan pendaftaran NGO terbabit,"

katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nooh yang juga bekas Mufti Johor berkata demikian bagi mengulas tindakan SIS, JAG dan WAO yang menuntut kerajaan agar memansuhkan Undang-Undang Jenayah Syariah yang berkuat kuasa di negeri-negeri.

Tuntutan berkenaan melalui memorandum mereka yang bertajuk Justice For Kartika (Keadilan Untuk Kartika) diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Ogos lalu.

Ekoran itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Baharom memberi amaran pihak berkaitan agar berhenti mengeluarkan kenyataan sesuka hati mempertikaikan keputusan mahkamah di negara ini.

Selain itu, pelbagai NGO berorientasikan Islam turut mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap SIS, JAG dan WAO.

Nooh berkata, tindakan tiga NGO itu jika diteruskan akan menggugat keharmonian kaum, perpaduan rakyat, persaudaraan Islam dan mengguris perasaan, menimbulkan kekeliruan, menjejaskan ketenteraman serta keselamatan awam.

"Mereka jangan sekali-kali mempertikaikan undang-undang syariah, jangan bercakap lagi soal ini dan jangan campur tangan urusan mahkamah dan kerajaan negeri-negeri.
"Tuntutan mereka juga mencabar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan Raja atau Sultan selaku ketua agama bagi negeri-negeri," jelasnya.

Beliau berkata, ahli-ahli SIS dan mereka yang beragama Islam perlu bertaubat kerana membuat tuntutan berkenaan yang mencabul dan menolak hukum Allah SWT dan tidak percaya kepada al-Quran serta hadis Nabi Muhammad SAW.

"Ini perbuatan derhaka, tidak taat, tidak patuh kepada hukum Allah, hukum Rasul-Nya dan pemerintah ulul-amri," katanya sambil membacakan maksud ayat surah an-Nisa: 59 iaitu:

'Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan ulul-amri (orang-orang yang berkuasa) di kalangan kamu...'

Nooh berkata, tuntutan tersebut jelas menunjukkan NGO terbabit tidak memahami matlamat, sejarah dan falsafah undang-undang jenayah syariah yang bertujuan antaranya untuk memelihara kepentingan semua pihak dan bukan sekelompok individu.

"Tambahan pula, si empunya badan telah mengakui hukuman itu menginsafkannya dan reda untuk diambil tindakan sepatutnya jadi kenapa tiga NGO pula hendak pertikai," soalnya.
Justeru beliau berkata, cara kedua ialah semua NGO berorientasikan Islam perlu bangkit menentang tuntutan melampau tersebut mengikut saluran undang-undang negara.

AWAS! BAHAYA SIS 11 : Kekeliruan hukum dan hukuman Islam.

Abu Hakim,Terangganu.
Fri Aug 28, 09 10:18:15 am MYT

Isu hukum hudud ini saya rasakan bukan satu isu yang baru di dalam masyarakat Malaysia. Malah ia seringkali menjadi pertikaian dan perbahasan kepada masyarakat.

Saya begitu sedih terutamanya apabila melibatkan hukum-hukum tuhan seringkali semacam dipersenda oleh orang-orang Islam sendiri ekoran kejahilan mereka.

Malah adakalanya ramai dari kalangan orang-orang Islam sendiri berlagak seperti lebih mengerti dan mendabik dada menyatakan hukum islam ini merupakan undang-undang ketinggalan zaman (nauzubillah).

Jika orang-orang islam sendiri sudah tidak yakin dengan undang-undang atau hukuman yang ditetapkan oleh Pencipta, apatah lagi bagi orang-orang bukan islam. Malah mereka merasakan undang-undang islam ini kejam, keterlaluan dan pelbagai lagi tomahan dilemparkan.

Saya pernah berdiskusi dengan penganut agama lain berkenaan hukum-hukum islam yang dianggap zalim pada pandangan mereka seperti hukuman bagi orang yang mencuri, tetapi alhamdulillah setelah diberi penerangan serba sedikit, mereka bagaikan tidak mempunyai alasan kenapa undang-undang hudud tidak dapat dilaksanakan.

Tetapi malangnya, kenapa masih ramai orang-orang islam sendiri masih tidak yakin dengan ajaran agama mereka sendiri.

Pada hemat saya, kejahilan orang-orang Islam sendiri terhadap agama islam merupakan punca yang utama kenapa pelbagai isu-isu pokok di dalam agama seringkali dipertikaikan. Kurangnya pengetahuan, samada berpunca dari sistem pendidikan negara, ataupun kurangnya maklumat berkenaan sesuatu hukum yang terdapat di dalam agama Islam sendiri.

Jika dinilai dari sudut sistem pendidikan negara ada juga kebenarannya seolah-olah tidak memberi ruang yang secukupnya di dalam sistem pembelajaran di dalam mengenali islam.
Bagi individu yang mempunyai asas dalam pendidikan agama, mungkin tidak menjadi kesukaran di dalam memahami tafsiran sesuatu hukum itu, tetapi bagaimana pula dengan individu yang tidak pernah terlibat secara langsung di dalam memahami hukum islam?

Ulasan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan kesalahan meminum arak, merupakan sebahagian kecil berita atau maklumat yang tepat yang perlu diketengahkan kepada masyarakat.

Ulasan-ulasan sedemikian juga perlu diperhalusi dalam satu sudut atau kolum yang khusus melalui media seperti Harakahdaily sendiri.

Saya rasakan, ramai yang begitu ahli dan mampu memberi tafsiran yang tepat bersedia memberi ulasan mereka bagi kepentingan ummah. Tafsiran yang tepat tentunya tidak terhad kepada kesalahan meminum arak sahaja, tetapi melibatkan segala bentuk pokok kepada hukum hakam yang seringkali menjadi kekeliruan kepada masyarakat seperti berjudi, mencuri, berzina dan sebagainya.

Tafsiran-tafsiran yang tepat berserta dalil-dalilnya, akan memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat memahami undang islam itu sendiri tertutamanya berkenaan dengan hukum-hukum hudud yang sememangnya tidak kejam dan tidak zalim malah memberi kebaikan kepada masyarakat keseluruhannya. - mks.

AWAS! BAHAYA SIS 10 : Bukti SIS bercanggah dgn Islam

Kajian Bukti Sister In Islam bercanggah dengan Islam

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
(Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah )

1. Sumber buku Critical Thought on Islam, Rights and Freedom in Malaysia (2007). Ditulis oleh bekas pengasas SIS, Salbiah Ahmad. Beliau dihalang bertudung oleh ahli SIS lain. Dalam pertemuan SIS dengan Ford Foundation, ada ahli menarik tudung Salbiah menyebabkan beliau keluar pada tahun 1997 walaupun menubuhkannya pada tahun 1987 lagi.

2. Kenyataan Rasmi SIS Controversy On Polygamy 8 januari 2002. Mereka berkata bukan isunya berbincang isu poligami orang bukan Islam, malah orang Islam perlu bincang kerelevanan undang2 poligami dalam system syariah Malaysia. Mereka tolah dalil Qatie tentang poligami secara mutlak.

3. Mereka adakan kempen monogamy dalam Coalition Women’s Right pada 16 Mac 2003.

4. Secara rambang mengeluar ‘fatwa’ bahawa Kongsi raya is not relogous ritual pada 16 Jun 2006. Mereka tidak sertakan dalil serta menolak pandangan ulama’ muktabar. Raya dalam Islam adalah ibadah. Dalam prinsip ibadah adalah ‘sesuatu ibadah adalah haram dilakukan kecuali ada nas membenarkan’.

5. Isu Musawah

AWAS! BAHAYA SIS 9 : Disebalik Muktamar PAS

Di Sebalik Muktamar PAS-Usul Pengharaman SIS

Salam,

sekadar meluahkan rasa kecewa kepada kondisi sekarang. PKR dan DAP menghentam PAS kerana usul yang telah diluluskan dalam PENGHARAMAN Sister In Islam (SIS). Pada pendapat saya, sepatutnya DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak perlu campur tangan sebarang usul yang dibentangkan dalam muktamar PAS baru-baru ini. Kerana ia melibatkan 'internal management' PAS. Mungkin selepas ini barulah dalam syura Pakatan Rakyat, usul yang akan dibawa oleh PAS dibincang semula dengan bersama-sama secara telus dan komprehensif.

Tegasnya di sini, SIS sepatutnya di HARAM kan. Saudara/saudari boleh melihat sendiri gerakan SIS ini yang terlalu LIBERAL dalam memperlekehkan syariah Allah dalam banyak soal terutama penutupan aurat, kesamarataan gender dan bab kekeluargaan islam. Saya mendapat sumber ini daripada temubual Lim Guan Eng semasa Buletin Utama TV3 td (8 jun 2009) dan STAR ONLINE (http://thestar. com.my/news/ story.asp? file=/2009/ 6/8/nation/ 4070007&sec= nation)

Isu pengHARAMan SIS oleh PAS bukan bertujuan kepentingan politik tetapi menjernihkan kekeliruan sesetengah pihak terhadap syariah islam yang sebenar. Golongan bukan Islam diharapkan agar tidak masuk campur. Ia bukan menghalang kebebasan bersuara tetapi lebih menjaga kesucian Islam itu daripada dilacurkan oleh orang Islam sendiri yang sentiasa bersangka buruk pada arahan Tuhan mereka. PKR dan DAP, jangan bermain api. Ia merugikan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Mohd Izzuddin
Aktivis SPAQ, Pulau Pinang

AWAS! BAHAYA SIS 8 : Budaya pendakwah atau budaya pengecam.

Isu Sister In Islam kelihatan isu bermusim. Tanpa kita ketahui asal usul gerak kerja mereka, kenyataan-kenyataan media rasmi mereka, dalang-dalang disebalik karikatur mereka malah kita mengamuk apabila ada isu-isu tertentu yang disentuh secara biadab oleh mereka.

Sejauh mana kita adalah pendakwah? Siapakah pendakwah? Adakah kita hanya ‘pengecam’ ? Kita kecam kesesatan kenyataan mereka, kita mengeluh dengan kebejatan Islam Liberal, kita melaung perang terhadap gerakan sebegini.

Pernahkah kita berdakwah kepada mereka? Ada yang berbual dengan saya, ada yang memberi SMS, jangan diharamkan SIS sebaliknya perlu didakwah? Persoalan saya, jom lah berdakwah? Sudikah anda berdakwah bersama saya atau ‘kami’? Atau hanya sudi berdegar di kedai kopi?Jika jangan diharamkan, apa tindakan anda pula untuk kekang liberalisasi syariah di Malaysia? Jika kita tidak pernah bersua dengan mereka, berapa kalikah kita mengutus surat peribadi, email atau surat terbuka dakwah kepada mereka? Inilah persoalan di akhirat kelak kepada generasi yang ‘pernah’ ditarbiah untuk berdakwah.

Jika ingin diharamkan, sudahkan anda bersedia dengan kemampuan undang-undang anda? Apakah jalan sah untuk haramkan sesuatu pertubuhan mengikut undang-undang dan perlembagaan kita? Bolehkah dengan mengecam sahaja, sesuatu pertubuhan akan diharamkan.

Dilema 2 kutub pandangan ini, saya melalui Skuad Penyelamat Aqidah mengajak rakan-rakan gerakan Islam, individu pendakwah mahupun NGO Islam untuk berbuat sesuatu bukan sebagai pemerhati bebas sahaja. Kerja semakin bertambah.

Tulisan ini adalah muhasabah untuk SPAQ dan untuk semua umumnya.

SPAQ akan mengutus surat dakwah kepada SIS. SPAQ juga akan mengutus surat galakan kepada JAKIM untuk memobilasikan Majlis Muzakarah Fatwa untuk bersidang kes ini. Kesediaan SPAQ bersama NGO lain sebagai penyokong JAKIM sekiranya tindakan diambil adalah satu tindakan cetusan. Jika Fatwa haramkan aliran Islam Liberal telah ada, ia masih mentah dan belum diwartakan dalam Parlimen dan DUN. Malah galakan SPAQ agar fatwa haramkan SIS selepas siasatan terperinci dilakukan adalah satu tindakan terfokus dan tertumpu untuk hasilkan praktikal yang berguna. Belum ada lagi fatwa haramkan sesuatu pertubuhan di Malaysia selepas Al Arqam.

Muhammad Nuruddin Bashah
Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

AWAS! BAHAYA SIS 7 : Kronologi Gerakan Feminisme

Kajian oleh : Nuraini Ruzi
(Ketua Penyelidikan Skuad Penyelamat Aqidah)

Kini satu wabak yang berbahaya mulai melanda hati-hati permata dunia ini. Bicara saya berkisar tentang feminisme.

Menurut pengertian yang dikumpul melalui internet dan beberapa buah makalah, feminism merupakan himpunan teori sosial, gerakan politik dan falsafah moral tentang pembebasan wanita dan penyisihan kaum lelaki. Penyokong gerakan ini percaya bahawa lelaki dan wanita berhak mempunyai persamaan antara taraf sosial, politik, dan ekonomi. Selain itu, golongan ini juga menganggap jantina/gender hanyalah rekaan masyarakat semata-mata, iaitu bukan secara nature tetapi nurture.

Menyingkap sejarah silam, istilah feminism ini digunakan di Perancis buat pertama kalinya oleh Hubertine Auclert sekitar tahun 1880. Namun, ada juga sumber yang mengatakan istilah feminism ini lahir di Barat iaitu ketika zaman pencerahan (Eropah) oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis den Condorcet yang pada ketika itu berjuang untuk hak pendidikan bagi perempuan. Perkumpulan ilmiah wanita pertama dibentuk di Middleburg, iaitu di selatan Belanda pada 1785. Kata feminisme ini direkreasikan buat pertama kalinya oleh aktivis sosialis utopis, Charles Pourier pada tahun 1837 dan pergerakan ini mula menyusun langkah ke Amerika lalu bercambah dengan subur sejak penubuhan The Subjection of Women (1869).

Apabila kita telusuri sejarah dunia, kita dapati kaum wanita merasa dirugikan oleh kaum lelaki tetapi itu sebenarnya hanya sekadar permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan oleh puak-puak liberalisme yang mula menodai pemikiran kita semua, dalam usaha untuk meruntuhkan tamadun-tamadun yang lain. Hal ini kerana, feminisme ini mula tercetus dengan hebatnya setelah hampirnya era Liberisme di Eropah dan terjadinya Revolusi Perancis pada abad ke-18 yang kesannya merebak ke Amerika Syarikat dan seluruh pelusuk dunia.

Jadi, bertitik tolak dari situlah, gerakan untuk menaikkan darjat perempuan ini berkembang. Namun kekuatannya masih belum cukup mencengkam hinggalah tiba revolusi sosial dan politik di Amerika Syarikat. Mary Wollstonecraft, penulis Vindication of the Right of Women, telah berhasil menerapkan prinsip-prinsip feminisme dan sekaligus membantu wanita untuk menikmati hak dan keistimewaan yang selama ini hanya dinikmati oleh kaum lelaki dari aspek pendidikan dan politik.

Saya redah senario hari ini. Bagaimana prinsip-prinsip yang disemai oleh para liberisme itu masih ‘berdaki’ dalam silibus pendidikan guru-guru pelatih di negara kita yang tercinta ini. Mengikut ilmu sosiologi yang wajib dipelajari oleh guru-guru pelatih (contoh) jurusan TESL (Teaching English as the Second Language), istilah-istilah seperti persamaan gender, sterotaip, siling kaca dan sebagainya merupakan faktor bagaimana bangkitnya gerakan feminis ini. Jadi tidak hairanlah jika dalam dewan kuliah pun, ada perang dingin antara dua jantina ini. Paling mengharukan, pensyarah sendiri turut menyalakan obor perbalahan tersebut. Jelas bukan, agenda yang diatur oleh puak liberisme sejak beratus tahun dahulu semakin menampakkan hasilnya.

Mari kita buka kembali lipatan sejarah, usai berakhir Perang Dunia Kedua, muncul negara-negara baru yang bebas dari cengkaman Eropah. Maka lahir feminisme Gelombang Kedua. Gelombang ‘berkuasa’ ini dipelopori oleh para feminis Perancis seperti Helena Cixous (Yahudi Algeria) dan Julia Kristeva (Bulgarian) yang menetap di Perancis yang sealiran dengan kelahiran dekonstruksionis Derrida.

Setelah saya meneluri dan menghalusi tentang susur-galur feminisme ini, sebenarnya ia meliputi penentangan yang membuta-tuli terhadap nilai-nilai maskulin. Apa yang saya mampu simpulkan, Feminisme Gelombang Kedua banyak berkisar tentang menaikkan darjat perempuan dunia ketiga. (perempuan berkulit hitam).

Perempuan dunia pertama menginginkan status semua perempuan adalah sama. Dan, setelah tamat Perang Dunia Kedua, negara-negara yang dijajah telah dipimpin oleh golongan elit nasionalis lelaki. Ketika ini, Feminisme Gelombang Kedua memuncak, tetapi perempuan dunia ketiga masih membatu. Jadi, bermula dari sinilah, perempuan dunia pertama ingin memisahkan perempuan dunia ketiga ini dari krisis kolonialisasi, seksisme, dan relasi sosial.

Jika kita perhatikan, gerakan yang dianggotai oleh golongan feminis ini bermula dari barat dan melebarkan pengaruhnya ke negara-negara Arab, negara Islam sebetulnya. Mereka menuntut hak-hak yang dirasakan milik mereka seperti, persamaan dalam harta pusaka, hak poligami lelaki tidak wajar, persamaan hak dalam penceraian, penentangan pakaian yang menutup aurat, dan menjadikan wanita barat sebagai contoh teladan. Dalam dunia Islam, feminisme muncul pada akhir kurun ke-19 di Mesir, Syria, Turki dan lain-lain. Pada abad inilah, perbincangan tentang hak-hak wanita dilakukan secara terbuka oleh tokoh-tokoh intelektual muslim.

Menurut sebuah artikel yang ditulis oleh Amin Fadillah, terdapat 2 golongan yang menjadi tunjang tentang penubuhan wacana ini (feminisme) iaitu konservatif dan moderat. Golongan konsevatif memperjuangkan hak-hak wanita dengan merujuk terus kepada Al-Quran, Sunnah Nabi dan pendapat ulamak. Mereka mengutuk nilai-nilai yang dipupuk dalam gerakan wanita barat yang menuntut hak sama rata dengan lelaki. Bagi mereka, apa yang diperjuangkan oleh wanita barat itu secara jelasnya menyimpang dari fitrah kerana secara zahir dan batinnya, lelaki dan wanita berbeza dari sudut keupayaannya.

Manakala, golongan moderat pula sedikit sebanyak banyak dipengaruhi oleh gerakan wanita barat. Tetapi, mereka masih lagi berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai landasan kepada gerakan mereka. Mereka hanya melihat perbezaan antara lelaki dan wanita ini hanya dari sudut biologi sahaja tanpa mengelirukan pemikiran dari sudut yang menyalahi hukum alam.Apa yang saya dan kita semua kesalkan adalah wujudnya gerakan feminisme yang melampau sehinggakan hukum-hukum agama dianggap sebagai juzuk kecil dalam kehidupan menuju akhirat. Apabila sesuatu pekerjaan dilakukan tanpa berpandukan agama, maka banyaklah kemusnahan yang akan timbul. Hayati potongan ayat ini,

"Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun." (Ibrahim: 26).

Antara gerakan feminisme yang paling menonjol di Malaysia adalah Sisters in Islam. Gerakan yang pernah dikepalai oleh Zainah Anwar ini secara terang-terangan mempersendakan hukum-hukum Allah tentang hak antara lelaki dan perempuan. Gerakan ini menuntut hak-hak yang tidak masuk akal seperti hak berpoligami, harta pusaka dan sebagainya. Gerakan ini menanamkan semangat dan perasaan bahawa wanita mampu hidup sendirian tanpa lelaki sehingga timbul golongan wanita yang menolak perkahwinan.

Alangkah ruginya wanita yang menidakkan perkahwinan dalam hidup. Sikap ini bertentangan dengan kehendak Islam yang menggalakkan perkahwinan malahan berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Golongan wanita yang tidak berkahwin, (bukannya wanita yang tidak menemui jodoh mereka), tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama. Amat mudah bagi wanita mendapat maqam solehah dan ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga melalui mana-mana pintu syurga yang dikehendaki”

SIS memasakkan doktrin yang berbahaya dalam hati wanita Islam dengan mengatakan bahawa kaum wanita ditindas sejak dahulu lagi dalam Islam dan diinjak-injak dalam sistem pusaka atau pembahagian harta kerana lelaki mendapat bahagian yang lebih dari wanita. Selain itu, mereka menuntut hak mentafsir ayat-ayat suci Al-Quran diberikan kepada wanita kerana pada pandangan mereka, diskriminasi terhadap wanita berpunca daripada hak mentafsir Al-Quran hanya diberikan kepada lelaki. Bukankah ini satu kebodohan?

Cuba kita lihat betapa adil dan sempurnanya hukum yang Allah tetapkan untuk lelaki dan wanita. Telah terjadi dialog antara Asma’ binti Sakan dengan Rasulullah SAW. Asma’ merasakan ketidakadilan antara hak lelaki dan wanita dalam Islam.

Asma' berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah Engkau diutus oleh Allah untuk kaum lelaki dan juga wanita. Mengapa sejumlah syariat lebih berpihak kepada kaum lelaki? Mereka diwajibkan jihad, kami tidak. Malah, kami mengurus harta dan anak mereka di kala mereka sedang berjihad. Mereka diwajibkan melaksanakan solat Jum'at, kami tidak. Mereka diperintahkan menghantar jenazah, sedangkan kami tidak." Rasulullah saw. terpegun atas pertanyaan wanita ini sambil berkata kepada para sahabatnya, "Perhatikan! betapa bagusnya pertanyaan wanita ini." Beliau melanjutkan, "Wahai Asma'! sampaikan jawapan kami kepada seluruh wanita di belakangmu, iaitu apabila kalian bertanggung jawab dalam berumah tangga dan taat kepada suami, kalian dapatkan semua pahala kaum lelaki itu." (Diterjemahkan, HR Ibnu Abdil Bar).

AWAS! BAHAYA SIS 6: Rangkaian feminisme dunia.

1. WLUML (Women Living Under Muslim Laws)

Bagaimana gerakan Sister in Islam boleh berdiri megah dan menyebarkan ideologi mereka? Semestinya sokongan datang segenap penjuru. Antara organisasi yang mencetus semangat dan langkah SIS ialah WLUML, (Women Living Under Muslim Laws) . WLUML merupakan saluran sokongan antarabangsa yang menyumbangkan maklumat dan menawarkan bantuan kepada wanita yang berada dalam persekitaran undang-undang Islam. Pengaruhnya telah berkembang melebihi 2 dekad dan meliputi sekitar 70 buah negara iaitu dari Afrika Selatan ke Uzbekistan, Senegal ke Indonesia, dan dari Brazil ke Perancis.

Sejarah penubuhan WLUML bermula pada tahun 1984 apabila ada 3 kes melibatkan penafian hak wanita di beberapa buah negara Islam berlaku. 9 wanita dari Algeria, Sudan, Iran, Mauritius, Tanzania, Bangladesh dan Pakistan menubuhkan WLUML untuk mengumpul semangat dan usaha wanita tempatan agar tidak ditindas.

Jika kita rincikan setiap misi dan matlamat WLUML, memang benar-benar mengikut laluan yang sama seperti SIS dan mereka ini saling bertautan. Kita lihat sahaja pada program-program yang dijalankan, antaranya ialah ;

1. A theme based Dossier, an occasional journal which provides information about the lives, struggles and strategies of women in various Muslim communities and countries;

2. A quarterly Newsheet on women, laws and society by Shirkat Gah, WLUML Asia Regional Coordination Office;

3. Occasional Papers - specific studies and materials which, for reasons of length or style, cannot be included in the Dossier series and;

4. Other publications on specific issues of concern such as family laws, women's movements, initiatives and strategies, etc.

SIS semakin berani meniru agenda-agenda gerakan feminis yang lain untuk digerakkan dalam Malaysia. ‘Kejayaan’ paling besar adalah MUSAWAH yang diadakan di Prince Hotel Kuala Lumpur di mana hak-hak wanita Islam kononnya diperjuangkan dengan idea-idea karut-marut mereka. Saya sangat yakin MLUML menumbuhkan banyak perancangan-perancangan SIS untuk masa hadapan. SIS ingin turut sama menyokong segala usaha yang membawa ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan (al-musawah), keadilan (al-adala), kebebasan (al-huriyya), bermartabat (al-karama) dan kasih sayang antara insan (mu'asyarah bil'ruf) dalam negara demokrasi.


2. APLWD (Asia Pacific Forum on Women, Law and Development)

Gerakan feminis ini ditubuhkan hasil dialog antara wanita Asia Pasifik yang memiliki kerjaya sebagai peguam, saintis dan aktivis sosial pada Forum Dunia Wanita Ketiga pada tahun 1985 yang diadakan di Nairobi, Kenya. Objektif APLWD adalah untuk menggunakan (memperalatkan) undang-undang untuk menegakkan hak-hak wanita dari segi keadilan, kuasa, kesamarataan dan pembangunan. Gerakan feminis ini melebarkan langkah apabila mengadakan perjumpaan kedua hasil kesepakatan di Kenya. Perjumpaan yang berlangsung pada Disember 1986 dihadiri delegasi wanita serantau Asia di Tagaytay, Filipina untuk membincangkan isu-isu penindasan wanita dan mencari solusi untuk terus bekerjasama.

Hasilnya mengejutkan. Rangkaian ini ‘membiak’ ke Malaysia. Tapak APLWD diperkukuhkan di Malaysia apabila sekreteriatnya dibentuk di sini pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Kemudian pusat gerak kerja APLWD dipindahkan ke Chiangmai Thailand pada Oktober 1997.

Selama lebih 20 tahun gerakan feminis ini beroperasi dan misinya yang telah dilaksanakan adalah ;

-APWLD’s programs and activities are focused in promoting women’s rights human rights as an analytical and strategic framework of engaging with the legal system to empower women.

-APWLD has engaged primarily in policy advocacy, education, training and other activities to address issues and concerns of poor and marginalized women in the region. It has lobbied at regional and international levels for the implementation of government commitments in international conventions and the integration of gender issues at regional and international fora.

-APWLD has developed partnership with women’s groups, human rights groups and development NGOs in the Asia Pacific region to consolidate, expand and strengthen networks working on women, law and development.


3.. DAW (Divison for the Advancement of Women)

Antara gerakan feminis yang juga mempunyai konsep dan matlamat sama seperti SIS adalah DAW. Gerakan ini menyokong pemulihan status wanita di peringkat antarabangsa dalam mencapai tahap yang sama dengan apa yang dicapai oleh lelaki. Jika kita telusuri matlamat ini, jelas benar sealiran dengan SIS.

Lihat sahaja bagaimana SIS berusaha mendapatkan hak menjadi imam solat jumaat dan kadi serta mentafsir Al- Furqan. DAW menggunakan isu-isu seperti diskriminasi terhadap wanita, siling kaca, dan sebagainya untuk menggerakkan jentera mereka. Gerakan feminis ini berpusat di Amerika Syarikat dan semestinya di bantu oleh kerajaan Amerika sendiri. Secara tidak langsung, dakyah yang dibawa oleh DAW, sekurang-kurangnya mampu menembusi negara-negara Islam. Itu sebetulnya.

Di bawah adalah antara ‘tanggungjawab’ yang kononnya mereka uar-uarkan untuk menambat hati wanita Islam khususnya untuk meyertai mereka.

>To support formulation of policy, global standards and norms on gender equality and women’s empowerment at global level, including through analysis and research;

>To promote, support and monitor the implementation of international agreements on gender equality and empowerment of women, including the Beijing Platform for Action, at international and national levels;

>To support the implementation of the Convention on the Elimination of all Forms of Discrimination against Women and its Optional Protocol;

>To promote the mainstreaming of gender perspectives across all sectors, both within and outside the United Nations system;

Nuraini Ruzi
Ketua Penyelidik
Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

AWAS! BAHAYA SIS 5 : SIS kian melampau, cabar keputusan Mahkamah Syariah

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Fri Oct 02, 09 11:38:24 am MYT

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undfang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil.

7. Sebatan mengikut cara Islam :

a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula:

a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpersepsi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

AWAS! BAHAYA SIS 4 : Kajian SIS Pertikai Undang-undang Hudud Terengganu

Sister In Islam Pertikai Undang-undang Hudud Terengganu
Kajian oleh : Mohd Izzuddin Bin Mohd Zin
(Setiausaha 2 Skuad Penyelamat Aqidah)

Tarikh kes : 17 Julai 2002

Sister In Islam (SIS) telah mempersoal perlaksanaan hukum hudud di Terengganu dan Kelantan. Dengan menyatakan bahawa ada keraguan pada peruntukan-peruntukan lain yang bercanggah dengan syarak. Dalam erti kata yang lain, kenyataan ini seolah-olah mencabar kredibiliti ulama dalam menunaikan amanah mereka. Kenyataan mereka seperti berikut.

‘...Selama ini, kerajaan negeri PAS di Terengganu dan Kelantan telah cuba menghalang kritikan dengan mendakwa bahawa versi undang-undang "hudud" mereka adalah Hukum Allah swt. Hakikat bahawa percanggahan ketara terdapat di antara beberapa peruntukan asal mereka dengan apa yang tertulis didalam al-Qur'an dan hadith sahih telah menimbulkan keraguan tentang kesesuaian peruntukan-peruntukan lain dalam cadangan tersebut dengan semangat dan maksud sebenar Hukum Syara'...’

Contoh yang dinyatakan oleh pihak SIS untuk menyokong kenyataan tersebut.

‘...Masih terdapat kekeliruan mengenai jenayah rogol dan kesalahan zina, apabila rogol dianggap sebagai "zina paksa" yang dirangkumi oleh peruntukan mengenai zina...’

Tambahan pula, SIS mengkritik pindaan Seksyen 9 berkenaan kes rogol tersebut. SIS secara terang menyanggah pengiktirafan Al-Quran terhadap saksi.

‘...Seksyen 9 telah dipinda untuk membenarkan mangsa rogol membawa keterangan qarinah jika tidak terdapat empat orang saksi, dan adalah dikatakan jika terdapat qarinah, aduan rogol itu akan disiasat...’

Qarinah yang memberi maksud erti, bukti atau pembawaan kepada bukti. Pada pendapat ada, apakah itu qarinah dalam erti kata yang sebenar? Sudah tentu bukti sahih keadaan fizikal mangsa rogol. Samada melalui ujian analisis DNA, koyakan pada kemaluan atau sesi kaunseling dengan pengadu. Ini boleh dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan dan psikologi yang bertauliah dan adil. Bagi saya ini menjawab beberapa persoalan pra-matang yang diajukan oleh SIS dibawah.

‘...Persoalannya, Apakah pendekatan kepada "siasatan" ini? Adakah ia bertujuan untuk mencari maklumat bagi membawa penjenayah ke muka pangadilan atau untuk membuktikan samada dakwaan wanita itu benar-benar sahih ataupun tidak? Adakah beban pembuktian diletak di atas bahu perempuan itu atau di atas pihak berkuasa negeri?...’

Pendekatan siasatan ini menjurus kepada keadilan dan bukan penindasan mahupun diskriminasi mana-mana pihak. Tujuannya adalah memberi adil kepada pengadu dan tertuduh. Jika dakwaan wanita itu benar, maka wajib perogol itu dikenakan hukuman yang sewajarnya berlandaskan syariat islam. Jika tidak, maka wanita tersebut pula dikenakan hukuman kerana dakwaan palsu atau fitnah. Jika kedua-duanya bersalah, maka wajib atas mereka hukuman hudud bagi pesalah zina.

Apakah ini masih tidak adil lagi? Zalim sangatkah peraturan Allah? Apakah ulama yang menegakkan hukuman Allah ini dianggap kolot dan berkepentingan? Ya, mereka ‘berkepentingan’, dalam gerak kerja dakwah islam dan menjana umat berakhlak. Beban pembuktian itu terletak kepada pihak pendakwa dan hakim yang mengadilinya. Sebab itu, dalam soal ini kredibiliti makhamah syariah usah diperlekeh. Tetapi ada segelintir masyarakat kita masih menyanjung undang-undang rimba peninggalan penjajah dalam mengadili permasalahan berkaitan dalam perundangan Islam.

Lontaran soalan kurang cerdik lagi daripada SIS yang membuat saya geli perut untuk menjawabnya lagi.

‘...Adakah perempuan itu mungkin dituduh melakukan qazaf dan/atau zina sekiranya penyiasat memutuskan bahawa keterangan itu kurang menyokong dakwaannya? Adalah diakui oleh pengamal undang-undang, serta juga para doktor dan kaunselor bahawa keterangan qarinah bukanlah mudah untuk diperolehi dalam kes rogol...’

Selaput dara perempuan juga boleh terkoyak jika perempuan tersebut selalu aktif dan tidak semestinya melalui persetubuhan. Dan perempuan itu masih lagi dikatakan dara selagi mana tidak melakukan sebarang hubungan kelamin. Berbalik kepada soalan tersebut, perempuan tersebut akan diadili setelus dan seadilnya, dan soal salah atau tidak bergantung kepada bukti dan keputusan hakim syariah. Sebab itu saya katakan tadi, kes yang semacam ini, bawalah kepada makhamah syariah. Insya-Allah, disana ada pakar-pakar perubatan dan pengamal undang-undang yang bertauliah dan diakui keadilan mereka.

Kita sedia maklum, kebanyakkan kes rogol yang diadukan adalah dikalangan remaja belasan umur. Kedua pengadu dan tertuduh, masing-masing mengenali rapat antara satu sama lain. Besar kemungkinan, berlakunya zina antara mereka apabila cinta kera terlarang terjalin tanpa ada ikatan nikah yang sah. Inilah virus yang terus merebak dalam jiwa dan pemikiran anak-anak muda kita. Zina menjadi kebiasaan kerana hukuman Allah Taala tak diguna pakai. Lama-lama rasa bertuhan itu terhakis dan inilah yang menjadi penyakit dalam umat islam hari ini.

Tambahan pula, menyalahkan hukuman hudud sebagai tidak adil adalah satu penghinaan yang jelas terhadap Allah. Apa yang dirancangkan oleh kerajaan Terengganu pada ketika itu tidak bercanggah langsung dengan ketetapan hukuman Allah Taala. Tetapi isu ini menjadi kontroversi apabila perlaksanaannya dalam kalangan masyarakat majumuk Malaysia. Namun tidak mustahil, ia dapat direalisasikan berdasarkan negara contoh Madinah yang juga berbilang puak dan agama. Berikut ialah kenyataan SIS.

‘...Undang-undang Hudud yang diluluskan oleh kerajaan Terengganu juga dengan jelas melanggar prinsip keadilan yang utamakan oleh Islam. Sebagai contoh, seorang Islam yang terlibat dalam jenayah curi akan dipotong tangannya tetapi orang bukan Islam hanya akan dihukum penjara. Penjenayah bukan Islam pula diberi pilihan bebas sama ada hendak dibicarakan di bawah undang-undang hudud ataupun tidak...’

‘...Ini bermakna bahawa jika difikirkannya bahawa ia akan dibebaskan di bawah undang-undang hudud, dia akan memilih undang-undang hudud, dan jika difikirkannya bahawa ia akan disabitkan, ia akan memilih undang-undang lain pula. Ketidakselarasan ini hanya akan menimbulkan konflik serta ketidakpuasan hati pelbagai pihak dan bukannya keadilan dalam masyarakat kita yang berbilang agama...’

Sebab itulah, dalam Islam, proses pendidikan manusia ini berkala dan konsisten mengikut tahap umur dan pemikiran seseorang tersebut. Lihat sahaja kewajipan solat, pada awal kanak-kanak, hanya suruhan mengerjakan solat. Tetapi denda merotan boleh dikenakan apabila menjelang peringkat remaja, asalkan bertujuan mendidik dan tidak melampaui batasan syarak. Begitulah halnya dengan perlaksanaan hudud, takzir dan qisas.

Kesimpulannya, kesesatan liberalisma yang dicanang oleh SIS dalam mempertikaikan hukum Allah, secara senyap masuk kedalam umat islam hari ini. Natijahnya, lahirlah kerosakan demi kerosakan sosial yang tiada sudah. Sebagai seorang muslim, mengaku dirinya muslim dan tertulis pada kad pengenalannya juga Islam, bersangka baiklah dengan Allah. Nescaya kamu beroleh hidayah dan redha Nya.

AWAS! BAHAYA SIS 3 : Surat Khas Untuk SIS

Surat ini telah dipos dan di emelkan kepada SIS.
Harakah edisi Jumaat, 10-13 Julai 2009 turut menyiarkannya.
SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang 11000 Balik Pulau Pulau Pinang.
Tel: 017-6291368/012-5296690

Assalamualaikum w.b.t,
Sisters In Islam,
No 7, Jalan 6/10,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
21 Jun 2009
Merujuk Isu Yang Membelenggu SIS Mutakhir Ini
Puan,
Surat ini ditulis dengan rasa rendah diri akan kurangnya ilmu di dada dan atas kesedaran untuk memberikan pandangan sesama seIslam serta melaksanakan tugas dakwah sebagai seorang Islam khasnya.
Merujuk kepada usul berkaitan SIS yang diterima tanpa bahas di dalam Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini supaya Majlis Fatwa Kebangsaan menyelidik dan mengkaji pendirian SIS berhubung beberapa isu khasnya yang melibatkan syariat Islam. Saya percaya cadangan pengharaman SIS bukannya matlamat agenda yang tersembunyi tetapi peleraian kepada polemik yang melanda lebih utama.
Dari kacamata seorang hamba Allah yang melihat polemik tersebut, saya sertakan beberapa teguran serta saranan yang boleh diperhalusi dan diaplikasikan oleh SIS pada masa akan datang.
Puan,
SIS dikatakan membawa aliran pemikiran liberalisme dalam Islam. Seperti mana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke 74 (25 Julai 2006), aliran pemikiran tersebut diputuskan adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. SIS disarankan meneliti kembali ciri-ciri aliran pemikiran tersebut yang telah dihuraikan dari segi akidah dan syariah.
Hal ini kerana kenyataan-kenyataan SIS ada yang bercanggah dengan Islam dan tafsiran dalil Quran yang digunakan diragui memandangkan tiada sumber rujukan yang sahih. Sebelum pihak lain mengambil tindakan mengkaji kebenaran fahaman liberal di dalam SIS, ada baiknya SIS bertindak dahulu secara dalaman.
Puan,
Islam adalah agama yang amat menggalakkan umatnya melakukan kajian dalam segenap ilmu. Buktinya dalil-dalil di dalam Al-Quran banyak yang memberi motivasi dan galakan supaya umat Islam terus mengkaji kerana melaluinya juga kita akan semakin kenal penciptaan dan kekuasaan Allah.
Melihat beberapa isu dan kajian yang diketengahkan oleh SIS, sebenarnya tiada halangan untuk SIS melakukan kajian serta membantu wanita Islam dari segi perundangan, kebajikan, kaunseling keluarga dan sebagainya tetapi berhati-hatilah apabila ia melibatkan hukum atau saranan agama. Tafsiran sumber-sumber teks Islam tidak boleh dilakukan secara wewenang apatah lagi apabila pengkajinya tidak mempunyai latar belakang ilmu agama yang lengkap seperti ilmu Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith dan al-Jarah wa al-Ta’dil.
Di sinilah letaknya kepentingan pendapat dan tafsiran dari ulamak dan mufti yang muktabar dan terkini. Golongan yang menjadi pendokong kepada ilmu teras Islam ini mesti dirujuk terlebih dahulu dan pendapat mahupun fatwa yang dikeluarkan mesti digunapakai dan bukan dipertikaikan.
Puan,
Selaku kumpulan wanita Islam yang bergerak dengan misi memperjuangkan kesamaan, keadilan dan kebebasan wanita Islam, amatlah diharapkan SIS turut sama terlibat dalam menangani gejala sosial yang melibatkan remaja Muslim khasnya. Masalah remaja perempuan Muslim yang bakal menginjak kaki ke alam kewanitaan ini bukan lagi suatu fenomena berkala tetapi sudah menjadi masalah besar serta bertambah dari hari ke hari. SIS boleh ‘turun padang’ dan melihat sendiri permasalahan yang berlaku.
Selain itu, prinsip pemakaian tudung juga perlu dijelaskan lagi memandangkan ibadah ini sangat sinonim dengan wanita Muslim. Bukan sahaja golongan bukan Muslim malah dalam kalangan wanita Muslim ada yang masih keliru serta menganggap Islam mengongkong golongan wanita melalui pemakaian tudung.
Amalan yang diwajibkan oleh Islam ini patut menjadi fokus utama mana-mana kumpulan yang memperjuangkan hak wanita kerana tudung itu sendiri sebenarnya membawa unsur kebebasan kepada wanita serta melindungi pemakainya dari bahaya provokasi lelaki. Pemekaian tudung juga adalah salah satu daripada manifestasi konsep diri sebagai seorang Muslim dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Konsep ini harus diterima dan diterangkan dengan baik walaupun ahli-ahli SIS tidak mengamalkannya.
Puan,
Selain saranan di atas, adalah diharapkan pihak SIS mengambil berat dan bertindak melakukan perubahan berdasarkan gesaan terbaru dari Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz supaya SIS merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya melibatkan isu pelaksanaan dan pentadbiran atau Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) jika membabitkan bidang kehakiman (Utusan Malaysia, 17 Jun 2009). Andaikata perubahan tersebut direalisasikan, pasti golongan alim ulamak juga menyambut baik pendekatan SIS dan dakwah Islam dalam konteks yang diperjuangkan SIS yang akan lebih bersepadu dan tersusun.
Puan,
Umat Islam di Malaysia kini semakin terbuka dan berlumba-lumba mencari kebenaran Islam. Besarlah harapan kami agar pihak SIS tidak memberi pandangan yang mengelirukan atau membawa idea-idea baru yang secara tidak langsung menyentuh syariat Islam. Semoga SIS dapat berubah ke arah yang lebih baik pada masa-masa akan datang.
“ Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”
(Al-Imran:19)
Sekian Terima kasih,
Yang benar,
…………………………………………..
WARDAH BT ABDUL RAHMAN
Setiausaha Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran