Kenali Pengkhianat Melayu Yang Sebenar.

on Rabu, 26 Ogos 2009

Cuba anda pembaca budiman sekalian berfikir. Siapakah pengkhianat Melayu dan Islam di Malaysia ini?

1) Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu?
2) Siapakah yang melacurkan pendidikan negara dengan melaksanakan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
3) Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti yang didedahkan oleh hubaya tersebut?
4) Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti Petroleum sejak sekian lama?
5) Siapakah yang memecat Almarhum Dato' Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik di Selangor satu ketika dahulu?
6) Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?
7) Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?
8) Siapakah pula yang satu ketika dulu bermati-matian mahu mengugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO?

Sumber : Akhbar Harakah Bil 1467 ( 3 - 6 Ramadhan 1430H )
___________________________________________________________

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu, terutama di Johor terserlah, pertamanya, melalui penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor. Sekolah-sekolah yang terbabit adalah:

1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
3. Sekolah Agama Jawahir Al-Ulum.
4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
5. Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.

Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup. Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.

Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ)
Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit. Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya sebanyak 300 juta. Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.

Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA)
Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor. Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai kos operasinya.

Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling malang! Johor yang terkenal, kononnya, dengan model pendidikan Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.

Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad
Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.

Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.

Nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Masai
Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin. Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan peneroka dijanjikan pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.

Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai hari ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur. Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!

Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi
Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara.

Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan. Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak berhampiran penempatan Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas diberi dan sejauh mana hasil balak yang dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.

Kezaliman ke atas penduduk Melayu Kg Plentong Tengah, Pasir Gudang
Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada pemilik. Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit Lenang Development Sdn Bhd.

Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008. Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.

Tiada pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula sampai hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!

Sumber : http://loveperak.blogspot.com/2009/08/bukti2-umno-khianati-rakyat-johor.html

_________________________________________________________

Apa Kata Aku :

1) Siapakah yang memansuhkan tulisan jawi sehingga wujud masyarakat buta al-quran di Malaysia?
2) Siapakah yang menyerahkan tanah melayu singapura kepada bukan melayu sehingga terbentuk sebuah negara yang lebih maju dari Malaysia?

_________________________________________________________


Siapakah pengkhianat Melayu yang sebenar?
Mohamad Basir Abdullah Mon Aug 17, 09 3:30:47 am MYT

Apakah ertinya pengkhianat? Saya tujukan soalan ini kepada YAB TPM dan seluruh ahli Umno Johor, dan tidak lupa juga NGO-NGO yang tanpa malu dan takut melafazkan tuduhan beramai-ramai dengan mengatakan 'Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.'

Kalau tidak salah, pengkhianat itu sebutan lain baginya adalah pembelot dan penderhaka, kalau mengikut sejarah, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah bekas TPM dan Timbalan Presiden Umno.
Oleh kerana masalah dalaman Umno beliau telah dipecat pada 1995 dari segala kedudukan dalam kerajaan BN.

Disebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang MELAYU SEJATI dan perjuangannya adalah demi bangsa Melayu, maka Dato' Seri adalah harapan bangsa.

Saya selaku orang tua merasa terkilan dan sedih atas tuduhan yang dilemparkan terhadap Melayu yang bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alangkah sedihnya kita lihat Melayu di dalam negara ini sanggup dengan zalim dan kejam membunuh Melayu ini.

Jika betul dia pengkhianat, pemimpin Umno dan semua ahli Umno adalah penderhaka. Andai kata Dato' Seri Anwar Ibrahim pengkhianat seperti mana yang dituduh, setahu saya selaku orang tua, beliau hanya mengkhianati Umno yang beliau terajui sehingga 1995 saja.

Sewaktu beliau masih dalam UMNO dahulu, mengapa mereka semua pekak, buta dan bisu? pada waktu itu Datuk Seri diangkat diatas kepala masing-masing memuja, diarak dan disanjung, mengapa? Tidakah malu mereka semua ini.

Menteri-menteri MCA, menteri-menteri MIC dan menteri-menteri Gerakan diterima baik dalam BN dan disanjung walaupun mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur perkauman dan mempersoalkan hak ketuanan dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara ini.

Saya ucapkan tahniah kepada semua pengkhianat bangsa sendiri, umpama kata, ludah ke langit jatuh ke mata sendiri.. Sekadar pengkhianat bangsa sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim jika benarlah seperti yang dituduh, hanya pengkhianat bangsa saja, tapi Dato' Seri Muhyidin Yasin dan seluruh penyokongnya yang telah menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat merupakan pengkhianat yang sebenarnya terhadap negara, agama dan bangsa.

Saya sungguh sedih dan pilu terhadap apa yang sedang berlaku kepada bangsa Melayu kini. Negara ini berlandaskan Islam, bermaksud agama rasminya dan manjoriti penduduknya adalah beragama Islam tapi kenapa dan siapakah pengkhinat yang telah meluluskan lesen judi 4 nombor ekor?

Ia berlaku sejak zaman Dr, Mahathir selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Negara Islam ini ada tujuh hari seminggu mengikut kalender, 10 cabutan 4 nombor ekor telah diluluskan Menteri Kewangan Melayu Islam. Jika sebulan ada 40 cabutan telah diluluskan, setahun ada 490 cabutan diluluskan.

Dan, yang meluluskan sekian banyak lesen judi yang jelas haram dalam syariat Islam dan khasnya secara tidak langsung mencemarkan kesucian negara Islam negara yang tercinta ini, bukankah dia Menteri Kewangan itu, seorang pengkhianat dan penderhaka yang sebenarnya?
Saya merayu seluruh rakyat Melayu Islam negara ini, hukumlah pengkhianat dan penderhaka ini. Jangan lupa suatu ketika dulu Dr. Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan, 'Melayu Mudah Lupa'. Tapi tidak sama sekali, Melayu ini tidak pernah lupa, duka lara negara, agama dan bangsa adalah berpunca dari Dr. Mahathir.

Satu contoh lagi, arak juga jelas haram sepertimana juga judi mengikut syariat Islam. Jadi, siapakah pengkhianat? Sudah tentu dan pasti adalah menteri-menteri Melayu Islam Umno. Sudah haram, diluluskan pula lesen-lesen pembuat, pembekal dan penjual. Tidakkah mereka ini merupakan pengkhianat dan penderhaka kepada negara, agama dan bangsa?

Pusat-pusat maksiat (pelacuran) 5 bintang yang diadakan atas alasan pelancongan diluluskan menteri Melayu Islam Umno. Bukankah mereka yang luluskan lesen-lesen pusat maksiat yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan? Tidakkah mereka ini penderhaka dan pengkhianat negara, agama dan bangsa?

Dadah pula berleluasa dengan bebas tanpa apa-apa tindakan ataupun halangan terhadap yang membawa kerosakan dan kemusnahan negara, agama dan bangsa? Menteri Dalam Negeri sejak Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara dan juga para ulamak adalah pengkhianat dan penderhaka yang sebenarnya yang telah buta, pekak dan bisu terhadap semua angkara ini.

Persekutuan Tanah Melayu sekarang ini hanya tinggal persekutuan saja. Tanah-tanah Melayu telah banyak dipindah hak milik kepada bukan Melayu dengan jumlah amat besar kononnya atas alasan kemajuan orang-orang Melayu. Seperti mana yang berlaku pada Kampung Buah Pala (High Chapperal, Pulau Pinang).

Kg Buah Pala
Selama 100 tahun tanah melayu ini dihuni penternak lembu kaum India. Selama mereka menghuni di situ, mereka dengan secara tidak langsung membekalkan bekalan daging lembu kepada bangsa Melayu tanpa merosakkan atau pun mengubah keadaan dan status tanah Melayu itu demi kepentingan dan kemajuan mereka.

Siapakah pengkhianat itu yang telah memindahkan status dan hak milik tanah Melayu itu kepada seorang taukeh Cina yang bernama Thomas Chan? CEO syarikat pemaju yang akan mengaut keuntungan ratusan juta atas tindakan pengkhianat ini.

Jadi akhir kata kepada rakyat Melayu Islam negara ini, dari apa yang sedikit sebanyak yang saya telah perkatakan dalam tulisan saya, hendaknya dapat menyedarkan seluruh rakyat Melayu Islam negara tercinta ini tentang siapa itu sebenarnya pengkhianat dan penderhaka terhadap negara, agama dan bangsa.

Jikalau mengikut saranan mufti negeri Perak, Dato' Harussani, pengkhianat haruslah dilucutkan kerakyatannya, pengkhianat mana yang harus dilucutkan kerakyatannya? Judi, arak, pelacuran dan dadah sedang memamah tiang seri negara, agama dan bangsa ini. Yang berhormat Mufti Perak tetap membisu, membuta dan memekak.

Beliaulah pengkhianat sebenar yang patut dilucutkan kerakyatannya.

SEKIAN..
D'NAB
(Demi Negara Agama dan Bangsa)
Mohamad Basir Abdullah 019-6705730
' );
//-->\n
mohamad.basir@yahoo.com

_________________________________________________________


Menyingkap agenda tersirat Muhyiddin
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my Wed Aug 12, 09 11:25:14 am MYT

TIMBALAN Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba membuka gelanggang perdebatan, dengan mendakwa Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Media massa yang menjadi alat pengampu Umno-Barisan Nasional digunakan sehebat-hebatnya untuk menyerang Anwar dan mengecam PAS yang turut diheret sama kononnya menggadai masa depan Melayu-Islam kerana berkawan dengan DAP.

Seolah-olahnya Muhyiddin dan media pengampunya mahu memberitahu rakyat bahawa Umnolah sebuah parti yang jujur dan tulen memperjuangkan nasib Melayu. Jujurkah Umno? Tulenkah Umno? Memang isu ini amat menarik untuk diperdebatkan, khususnya oleh orang-orang Melayu, kerana ia bakal membuktikan kepada rakyat, siapa sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Seharusnya Muhyiddin mencermin diri sendiri terlebih dahulu, apakah perjuangan Umno benar-benar tulen untuk membela nasib bangsa? Jika Umno pejuang tulen, mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal? Muhyiddin harus juga memikirkan, apakah beliau semasa menjadi Menteri Besar Johor tidak lama dahulu, beliau tidak terbabit dalam mengadaikan tanah dan kepentingan Melayu kepada bukan Melayu, khususnya rakyat asing dari negara jiran?

Dalam isu PPSMI misalnya, yang diakui sendiri beliau di Perth baru-baru ini dengan mengatakan 3 juta pelajar Melayu menjadi korban dasar PPSMI. Soalnya mengapa Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno menyokong dasar 'membunuh' bangsa yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulu?

Muhyiddin hanya membuka pekung Umno. Sekaligus beliau memberitahu rakyat bahawa betapa bodohnya pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong dasar PPSMI secara membuta tuli, demi kepentingan politik Umno, walaupun dasar itu menindas bangsanya sendiri?
Dalam kolum ini, penulis belum berhasrat untuk membahaskan persoalan siapa sebenar pengkhianat Melayu secara terperinci.

Penulis mahu melontarkan persoalan dari sudut yang berbeza, iaitu mengapa tiba-tiba sahaja Muhyiddin beria-ia mencanangkan ketuanan Melayu dan menempelak Anwar, yang pernah menjadi pemimpin yang disokong dan disanjungnya sebagai pengkhianat?

Penulis beranggapan 'tembakan' Muhyiddin terhadap Anwar bukan bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar semata-mata. Beliau ada agenda yang lebih besar dari itu. Justeru, apa agenda tersirat Muhyiddin dalam konteks ini? Pada penulis tindak tanduk Muhyiddin sebenarnya mencurigakan orang-orang Umno sendiri.

Tatkala Presiden Umno dan PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap soal One Malaysia, rakyat pelbagai bangsa diutamakan, Muhyiddin pula bercakap sebaliknya, seolah-olah mempamerkan beliau seorang yang rasis. Tindakan Muhyiddin bercanggah dengan aspirasi Najib yang meuar-uarkan dasar liberalisasi pentadbirannya, yang menarik balik atau memansuhkan puluhan dasar kepentingan bumiputera.

Umno kini ibarat kapal dengan dua nakhoda. Apa yang berlaku ialah wujud perbezaan ketara antara Najib dengan Muhyiddin. Ini menunjukkan perbezaan pendapat dan perpecahan dalam Umno masih wujud, khususnya di kalangan pemimpin tertinggi. Politiking dalam Umno memang hebat. Masing-masing tidak mempercayai rakan sendiri, masing-masing berjuang untuk melindungi kepentingan peribadi dan puak. Najib takut dicantas Muhyiddin dan Muhyiddin juga mahu mencari jalan untuk menjadi PM.

Masa tidak mencukupi buat Muhyiddin kerana usianya lebih tua daripada Najib. Beliau hanya boleh tunggu sepenggal sahaja lagi untuk menaik setakuk. Barangkali Muhyiddin juga bimbang, beliau akan mengulangi nasib Tan Sri Musa Hitam sewaktu menjadi TPM di zaman Mahathir dahulu.

Oleh itu, sewaktu Najib sibuk mencari sokongan bukan Melayu, Muhyiddin mengorak langkahnya sendiri dengan percubaan untuk menjadi 'jagoan' menjuarai isu-isu Melayu. Najib cuba membuat reform supaya Umno lebih terbuka dan tidak rasis, sebaliknya Muhyiddin menarik 'gear' ke belakang.

Muhyiddin bukannya memperjuangkan semangat ketulenan Melayu, beliau hanya mahu memperkuatkan 'political base'nya sahaja. Muhyiddin tahu teras sokongan kepada Umno ialah dari orang-orang Melayu, bukan dari bangsa lain. Bagi Muhyiddin inilah masa yang terbaik buat beliau, iaitu sewaktu Umno lemah, untuk membangkitkan semangat rasis atau nasionalisme Melayu.

Ini adalah strategi serampang dua mata. Jika selepas ini dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil atau Umum, Umno-BN kalah juga, bermakna dasar One Malaysia yang diperkenalkan Najib merupakan suatu kesilapan. Maka ketika itu orang-orang Umno yang dalam setahun dua ini dibentuk dengan persepsi bahawa Muhyiddin adalah nasionalis tulen, akan menuding jari pula kepada Najib, sekaligus menyuruh PM berundur dan digantikan dengan Muhyiddin.

Dalam politik Umno tiada jaminan setiakawan. Muhyiddin bersama Najib dalam satu kumpulan wawasan yang bertembung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang sekumpulan dengan aruah Tun Ghafar Baba dalam pertembungan sengit Umno tahun 1993.
Mereka 'naik' dalam parti bersama Anwar, meninggalkan dan membuang Anwar sebaik bekas TPM itu dipecat pada tahun 1998.

Selepas Abdullah lantik TPM oleh Mahathir, Muhyiddin meninggalkan Najib yang sekumpulan dengannya dahulu untuk menyertai 'geng' Abdullah pula. Selepas kegagalan besar Umno-BN pada PRU 2008, Muhyiddin mengambil kesempatan dari kelemahan Abdullah, 'menikamnya dari depan' dengan membuat gesaan berulangkali supaya berundur dari jawatan PM.
Maka dalam keadaan sekarang, tidak mustahil suatu hari nanti, Najib juga, jika tersilap langkah, akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah.

Semua ini hanya sekelumit bukti yang menunjukkan bahawa, pemimpin-pemimpin Umno bukannya jujur memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi lebih kepada perjuangan untuk kepentingan peribadi, demi merebut jawatan dan kuasa. Reform untuk memperbaiki Umno dari dalam akan terus menemui kegagalan kerana mereka mempunyai pemimpin-pemimpin yang materialistik dan tamak.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menghentikan semua kedangkalan ini. - mks._ -->

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022099&Itemid=90

Ulasan Berita Hari Ini

Sumber : Mstar.Online
Tarikh : 26hb Ogos 2009

Isu Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.

Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Apa Kata Aku ? :
Memang lah kami para pengundi tidak mahu perubahan. Perubahan yang nak kamu bawa dari baik kepada tidak baik. Kami tidak mahu itu. Kami akan kekalkan mana-mana yang baik sahaja. Ingatlah wahai Pak Muhyiddin, bahawa mengundi kamu, akan membawa perubahan yang tidak baik. Contoh yang paling aku takkan lupa ialah bila kamu menang di peringkat pusat, parti kamu naik kan harga minyak. Pirahhhh...!!!!

____________________________________________________________

Isu Wanita Islam Minum Arak

Hukuman fizikal ke atas wanita sepatutnya jadi pilihan terakhir - Najib
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Kes Kartika: Hisham arah KSU bincang cara terbaik laksana hukuman
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, terdapat keperluan untuk melihat apakah cara yang paling baik untuk melaksanakan hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, bekas model yang didapati bersalah kerana mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Kartika tetap tunggu hukuman sebat, tidak mahu kemuka rayuan
SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno tetap dengan keputusannya tidak mahu mengemukakan rayuan dan nekad menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana meminum arak dijalankan terhadap dirinya menjelang Aidilfitri ini.


Dari kenyataan Presiden PAS

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Dari kenyataan Mufti Perak

Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan. Mufti Perak berkata, hukuman enam sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya ditingkatkan menjadi 80 kali sebatan". "Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan). Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.

Komen Blogger;
Jadi.... Apa nak di riuhkan, Najib oi.. ini bukan maksud kesian.. Tapi Undang2 Islam itu sendiri mengenakan hukuman yang lebih berat. Bagi Islam itu salah tetap salah Najib oi. Ko berani pulak nak menentang Undang2 Allah yer Najib.. TARBIAH Isteri dulu sebelum nak tarbiah orang ramai. Hukum wanita yang tidak memakai tudung itu HARAM. Rambutnya akan digantung didalam api neraka Najib.. Beringat2 lah semua manusia sekalian!!


Apa Kata Aku ? :

Apahal la kamu berdua (Najid dan Hishammuddin) ni nak sibuk-sibuk pasal wanita minum arak tu. Banyak benda lain yang kamu boleh komen dan fikirkan sebagai menteri. Adakah dengan komen itu kamu hendak membela orang yang meminum arak? Atau kamu takut hendak tunjukkan pada negara luar bahawa di negara ini sudah mula melaksanakan hukum Islam? Saya sangat bersetuju orang yang minum arak dirotan. Dalam hal ini saya bukan ahli untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan hukum Islam itu, tetapi hukuman ini akan membuka mata peminum-peminum arak bahawa jangan ambil mudah akan perkara ini. Kepada Kartika tahniah diatas keinsafan anda. Kepada orang ramai jangan lah terus menghina pesalah ini kerana dia telah insaf dari kesalahannya itu. Kepada peminum arak, tinggalkan lah pekerjaan hina anda itu. Hukuman di neraka nanti lebih hebat daripada hukuman di dunia ini. Kepada bukan Islam, untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku.

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran