Ulasan Bergambar

on Isnin, 5 Oktober 2009

TANDAS MASJID KOTOR


Gambar ini diambil ketika singgah di Masjid Utama Gua Musang. Inilah mentaliti kelas ke-3 segelintir masyarakat kita terhadap aspek kebersihan. Golongan sebegini sepatutnya hidup di zaman batu atau duduk dihutan bersama kera dan ungka kerana tiada tamadun. Yang perlu disalahkan dalam hal ini ialah pengguna dan pengurusan masjid. Pada pihak pengguna ubahlah tabiat kekotoran anda itu. 'Kesenangan' anda itu memberi kesusahan kepada orang lain. Pada pihak pengurusan masjid pula sewajarnya menyediakan tong-tong sampah yang banyak. Jangan lah asyik nak mengumpul tabung masjid sehingga mengabaikan pengurusan masjid. Wang tabungan masjid gunakanlah pada tempat-tempat yang wajar. Imej tandas masjid kini tidak setaraf dengan kemuliaan masjid itu sendiri. Bukan marah.. nasihat...


LESEN TERBANG, NYAWA MELAYANG.





Ini pula gambar sikap pemandu kereta di negara kita. Kereta punya la cantik, sikap tahap rendah. Kereta dengan no plat BFB 44 ini sebenarnya memotong dari kiri. Walaupun gambar menunjukkan lampu hijau, tetapi sebenarnya tindakan kereta 'buruk' itu ialah melanggar lampu merah.


AWAS ! TEMPAT PERMAINAN UNTUK ANAK-ANAK JIN DAN ANAK ULAR SAHAJA.

(GAMBAR DIAMBIL DI KUARTERS GURU)





INI BINI ORANG DAN LAKI ORANG.

RAPAT SANGAT TU.... Senyum lain macam je Tok kita tu.


(BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM)



Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran