Selamat Menyambut Ramadhan

on Ahad, 23 Ogos 2009

Cepat sangat masa berlalu. Tahu-tahu dah masuk bulan Ramadhan. Hidup ni singkat rasanya. Bulan ni bulan susah hati bagi orang-orang yang gagal melaksanakan perintah Allah. Bagi muslim yang baik, bulan ini bulan yang dinanti-nantikan. Juga bagi sesetengah orang, bulan ni umpama pesta makanan. Tak lupa juga pesta buat duit bagi para peniaga.

Sedar atau tidak, bulan Ramadhan kebanyakkannya adalah bulan paling banyak kita mengeluarkan perbelanjaan. Tidak dinafikan ini juga berlaku kepada saya. Teringat masa duduk di Kuala Kangsar dulu masa projek Kolej Islam Kuala Kangsar dijalankan. Hanya berbelanja RM30.oo sebulan. Di Perak budaya Moreh sudah sebati dikalangan masyarakatnya. Kalau yang nak berjimat wang, boleh berbuka di Masjid-masjid. Bukan sekadar kuih muih tetapi aneka lauk juadah berbuka puasa disediakan. Alangkah mulianya orang yang menyediakan makanan tersebut.

Dahulu kalau masuk bulan Ramadhan kebanyakkan media menayangkan cerita Jejak Rasul, Rumah Kedai, Tadarus Al-Quran dan lain-lain. Sedikit sebanyak membentuk suasana Ramadhan. Bercerita pasal berbuka di hotel-hotel, tak terlepas juga orang macam saya ni. Memang ketika berbuka di hotel-hotel dengan hidangan buffet, membuatkan kenyang tak terhingga. Ye lah, bayar RM30.00 makan apa sahaja. Kalau yang pertama kali masuk memang boleh pancit awal. Tapi yang sebenarnya nak disentuh disini ialah tidak semua hidangan di hotel-hotel adalah halal.

Bagaimana kita berpuasa sehari, tapi bila berbuka dengan makanan yang tidak halal. Alangkah ruginya. Di hotel-hotel kebanyakkannya dapur mereka disertai dengan kuali-kuali yang dimasak dengan masakan yang tidak halal. Arak atau minuman keras dijadikan ramuan bersama. Ini dibuktikan dengan sekilas berita dari media arus perdana berkaitan hal ini. Pemantauan pihak berkenaan nampak kurang dan hanya boleh didedahkan ialah peratusan hotel yang menerima siijil halal adalah kurang 2%.

Walau apapun, semuanya bermula dari kita. Kalau kita sangat berhati-hati apa yang masuk ke dalam perut kita ini bagus lah. Bagi yang ada anak kecil, berpuasa kita janganlah dilupakan makan minum mereka yang kecil. Kesian rasanya. Yang berumur atas 7 tahun didiklah berpuasa dari awal lagi. Biarlah ada istilah puasa sekerat, puasa jam 10, puasa setengah hari. Yang penting jangan dah besar jadi liat dan sukar. Allah tidak sesekali menyukarkan hidup hambanya melainkan hikmah yang besar disebaliknya.

Selamat berbuka puasa. Salam mesra.

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran