Taman Kanak-Kanak : Bahaya dan Tanggungjawab PBT

on Selasa, 29 September 2009

Isu keselamatan di Taman Kanak-kanak bukan pertama kali dibangkitkan oleh pihak media. Tetapi ianya seperti dipandang sepi dan diambil ringan oleh sesetengah PBT yang bertanggungjawab dalam pengurusan tersebut. Tanggungjawab PBT bukan hanya mengutip cukai pintu dan menguruskan sampah sarap sahaja tetapi perlu merangkumi aspek keselamatan penduduk dibawah jagaannya.


Yang terkini aku nak sampaikan ialah keselamatan anak anak di Taman Kanak-Kanak. Sejauh mana kepekaan PBT dalam mengatasi masalah ini. Tidak cukup peruntukan kah ? atau tiada kakitangan? atau kakitangan sibuk berpolitik? Sekarang ni bila sebut kerja kerajaan orang ramai pikir kerja goyang kaki. Tukarlah persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan kakitangan kerajaan ini. Bila hujung tahun mengharapkan bonus tapi 'out put' kerja masih macam sebelum merdeka. Hanya segelintir sahaja begitu. Namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga.






Kakitangan PBT yang diamanahkan dengan tugasan tersebut sewajarnya peka. Bukan membiarkan keadaan merbahaya begitu sahaja. Andaikata tiada peruntukan untuk menggantikannya sekurang-kurangnya dialihkan dari kawasan tersebut. Permasalahan sebegini bukanlah sukar diatasi tetapi sikap acuh tak acuh dalam melaksanakan tugas amatlah mendukacitakan. Kami rakyat kebanyakan melihat dan berfikir.





Masalah ini juga dapat diatasi dari awal lagi jika pemilihan produk yang baik dibuat sebelum tawaran kerja diberikan. Contohnya kualiti bahan perlulah disesuaikan dengan keadaan tempatan. Janganlah menggunakan bahan yang mudah karat di Taman Kanak-kanak di tepi pantai. Ini berlaku contohnya di Pantai Batu Buruk dan Pantai Dungun. Selain kesan bahaya kepada kanak-kanak, ianya memberi kesan buruk dalam aspek pelancongan negara.





Seperkara lagi yang perlu difikirkan ialah, bagi kanak-kanak yang diawasi penjaga mungkin akan berasa sedikit selamat. Tetapi bagaimana dengan kanak-kanak yang hadir tanpa pengawasan ibu bapa? Mereka ini mungkin terdedah kepada bahaya sepenuhnya.

Selain itu, kewujudan masalah ini bukan hanya terletak pada pangkuan PBT semata-mata tetapi semua lapisan masyarakat. Setiap ahli masyarakat perlulah mengambil tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat ini dijaga baik. Orang dewasa elakkan lah dari menggunakan kemudahan ini. Contohnya bila ada pasangan bercinta mereka akan menaiki buaian bersama-sama berdua sambil berbual-bual sedangkan had muatan buaian hanyalah untuk berat purata kanak-kanak sahaja.

Kesimpulanya marilah kita bersama-sama menjaga hak rakyat ini. Pihak PBT pula jalankanlah tanggungjawab anda dengan bersungguh-sungguh. Jadikanlah institusi anda itu setaraf negara maju bukan taraf kelas ketiga. Berikut dibawah disajikan gambar untuk renungan anda semua. Gambar ini diambil hanya di Taman Kanak Kanak Batu Buruk Terengganu.













































































































































Sekularisme Melalui Kepimpinan

on Ahad, 27 September 2009

Artikel Dari : http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/kepimpinan-%20islam%20di%20malaysia.doc

Pendahuluan


Penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan". Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.

1 ) Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini 1alah sifat Islam sendiri yang menyeluruh. Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini, syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.

Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu mistri, tetapi boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini. Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia.

Dalam hubungannya dengan hidup dan kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan kearah menunaikan amal Ibadat seperti yang terkandung dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.

2 ) Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam telah memimpin orang-orang Melayu kearah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.

3 ) Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu kearah menenali pengetahuan yang bercorak falsafah.

4 ) Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah.

5 ) Dengan itu Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Dari segi sosial pula Islam menekankan unsur-unsur persamaan, keadilan dan sebagainya. Dengan itu Islam telah membawa satu perubahan yang radikal sebagai ganti kepada sistem Kasta Hindu yang membahagikan penduduk alam Melayu kepada beberapa susun lapis seperti di India. Islam juga menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dikalangan penduduk alam Melayu melaui konsep ummah atau masyarakat Islam.

6 ) Dari segi politik pula, Islam telah membawa banyak perubahan. Misalnya, sistem feudalisme Hindu digantikan dengan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada zaman kerajaan Abbasiah. Islam telah memberi corak keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Misalnya konsep Diraja telah diubah sifatnya daripada penjelmaan dewa kepada seorang pemerintah atau pemimpin rakyat sahaja. Sultan dalam pengertian Islam seharusnya menjalankan pemerintahan dengan adil dan bertimbang rasa kepada rakyat serta bertindak mengikut perintah Allah, membuat kebaikan dan mencegah kejahatan.

7 ) Dalam bidang kesenian Islam telah mempengaruhi semua bidang kesenian Melayu, baik dalam seni lagu, seni tari, seni ukir, seni bina, seni hiasan, maupun seni drama. Begitulah juga dalam hal kesusasteraan.

8 ) Kepimpinan Yang Menyeluruh
Kepimpinan biasa dihuraikan sebagai peranan sosial yang dimainkan oleh pemimpin dan diterima secara sepontan oleh pihak yang dipimpin berasaskan proses interaksi antara kedua belah pihak.

9 ) Dalam konteks kertas kerja ini Islam dilihat sebagai suatu institusi kepimpinan yang memainkan peranannya berasaskan penerimaan masyarakat umum secara sepontan melaui proses interaksi yang tertentu.

Ternyata daripada apa yang dihuraikan di atas bahawa Islam, sejak mula kedatangannya lagi ke Nusantara telah memainkan peranan kepimpinan yang meluas, bukan sekadar sebagai agama dalam konsepnya yang sempit tetapi juga sebagai cara hidup dalam konsepnya yang luas dan menyeluruh.

Berdasarkan kepimpinan yang luas dan menyeluruh seperti itulah Islam berjaya menubuhkan masyarakat dan negara Islam di rantau ini. Di Malaysia, masyarakat dan negara Islam seperti itu mula ditubuhkan di Melaka pada awal abad ke Lima belas.

10 ) Kemudian ia berkembang ke merata tempat diseluruh semenanjung, begitu juga ke Sabah dan Sarawak.

11 ) Bagaimanapun, tempoh kepimpinan Islam yang menyeluruh ini tidak kekal lama. Bermula daripada kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 M. Kepimpinan Islam di rantau ini mula tersingkir, bukan sahaja dalam aspek politik dan pemerintahan, tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain termasuk pendidikan dan tamadun.

Terutama di bawah penjajahan Inggeris, Islam tidak lagi memainkan peranan pemimpin di Malaysia kecuali dalam hal-hal Ibadat ritual dan pendidikan agama dalam konsepnya yang sempit.

Malah, apabila Malaysia mencapai kemerdekaan dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, kepimpinan Islam di rantau ini gagal dibangkitkan kembali. Sebelum pemergian mereka, penjajah telah selesai menyiapkan pelapis dari kalangan penduduk Malaysia sendiri yang bakal mengambil alih kepimpinan berasaskan Sekularisme/Libralisme barat. Dengan itu kepimpinan Islam kekal di takok lama iaitu berfungsi hanya dalam aspek Ibadat ritual dan keagamaan dalam konsepnya yang sempit sahaja. Malah ia begitu terpinggir dan tidak termasuk dalam "arus perdana".

Penerimaan masyarakat Islam di Malaysia terhadap sekularisme barat telah meletakkan Islam sebagai satu "agama" pada suatu pihak disamping urusan kenegaraan di pihak yang satu lagi. Dualisme ini telah mempengaruhi corak umum kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan menyukarkan kepimpinan Islam yang sebenarnya untuk berfungsi sepertimana sepatutnya.

Fenomena ini bukan sahaja lahir akibat daripada pengaruh barat, tetapi diperkukuhkan lagi oleh masyarakat Islam sendiri, termasuk mereka yang komited dengan pengajaran Islam. Bagi menghadapi kekuasaan penjajahan di negara ini para pemimpin Islam sendiri telah membina benteng pemisah antara Islam dan kehidupan harian dalam negara dengan alasan bahawa apa yang diamalkan di bawah kuasa penjajahan itu bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu dijauhi.

Usaha Kebangkitan Semula Kepimpinan Islam
Dengan lain perkataan, secara umumnya, sejak kekuasaan penjajah sampai sesudah merdeka, Islam di Malaysia telah diletakkan oleh para penganutnya pada kedudukan difensif. Kedudukan yang negatif ini telah menjadikan kepimpinan Islam seolah-olah kehilangan fungsi dan tidak berdaya lagi untuk kembali berperanan terutama kerana masyarakat telah jauh lebih maju daripada cita-cita kepimpinan Islam sendiri yang ada.

Malah, apabila umat Islam sedar dan berhasrat untuk mengembalikan kepimpinan Islam ke tampuknya yang asal mereka berpecah kepada berbagai aliran pemikiran yang menjadi asas kepada corak kepimpinan yang mahu dipulihkan itu. Secara umumnya aliran-aliran tersebut biasa dikenali sebagai aliran tradisional, aliran moden dan aliran reformasi.

12 ) Aliran tradisional bersikap konservatif dan mempertahankan yang lama. Bagi aliran ini sejarah adalah sumber aspirasi dan perlu dipertahankan. Kerana itu mereka bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Pada pandangan mereka ini kepimpinan Islam perlu berkait rapat dengan tradisi dan tidak boleh menyerap nilai-nilai baru yang dikatakan banyak dipengaruhi oleh Barat.

13 ) Aliran moden banyak dipengaruhi oleh kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara nilai yang menjadi asas kepada kepimpinan corak ini ialah penolakan terhadap soal-soal emosi, kekudusan dan tindakan yang tidak rasional.

14 ) Sementara aliran reformasi pula menekankan perkembalian kepada ajaran Islam yang murni bagi membersihkan kepimpinan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan. Dari segi ini ia mempunyai banyak persamaan dengan aliran tradisional. Bagaimanapun, aliran ini berkait erat dengan ijtihad baru. Dalam konteks ini ia berbeza daripada aliran tradisional.

15 ) Sehingga abad ke-19 kepimpinan Islam di Malaysia lebih bercorak tradisi. Aliran ini terus memainkan peranannya sehingga ke abad 20 melalui para ulama yang gigih menyambung tradisi sebelumnya. la berasaskan kepada pemikiran tradisional yang disebarkan di pusat-pusat pengajian agama (pondok) yang berserakan di seluruh Malaysia.

16 ) Kepimpinan corak ini menekankan nilai-nilai tradisi yang tersimpul dalam konsep fardhu ain, iaitu pembinaan peribadi muslim berasaskan akidah, fiqh, akhlak dan tasawuf.

Dalam melalui proses perkembangan seterusnya aliran kepimpinan tradisional ini pernah mengalami pembaharuan. la terutama sekali dihasilkan oleh gerakan-gerakan dakwah, seperti Gerakan Jamaah Tabligh dan Pertubuhan al-Arqam (telah diharamkan). Berbeza dengan kepimpinan tradisional konservatif sebelumnya, gerakan tradisional baru ini memberi tumpuan yang agak serius kepada soal-soal pembinaan masyarakat Islam. Mereka memberi tumpuan yang banyak kepada soal-soal pendidikan, sosial, ekonomi dan malah politik.

Corak kepimpinan modermis pula lahir pada akhir abad ke Sembilan belas apabila pertubuhan-pertubuhan Islam lahir di Tanah Melayu. Secara umumnya kepimpinan corak ini merupakan reaksi terhadap proses modernisasi yang dilaksanakan oleh penjajah barat di Tanah Melayu pada waktu itu.

17 ) Kepimpinan corak ini lahir dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-pertubuhan sosial dan pertubuhan-pertubuhan politik. Antara pertubuhan-pertubuhan sosial yang berpengaruh ialah gerakan sosial moden yang didokong atau dilindungi oleh kerajaan Inggeris. Selain daripada itu ialah pertubuhan bahasa dan sastera, persatuan guru dan persatuan pelajar.

18 ) Dalam politik, kepimpinan bercorak modernis ini berkait rapat dengan faham kebangsaan atau nasionalisme.

19 ) Di Malaysia, nasionalisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu konservatif dan radikal.

Di antara organisasi politik awal yang bercorak nasionalisme konservatif ialah pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) 1946. Sifat konservatif UMNO bukan hanya sekadar mempertahankan tradisi kebangsaan Melayu, tetapi juga mempertahankan tradisi kerjasama dengan pihak penjajah. Kerana corak kepimpinan yang konservatif inilah penjajah Inggeris bersetuju mengadakan perbincangan dengan UMNO yang kemudiannya menghasilkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

20 ) Berasaskan corak kepimpinan seperti itulah juga UMNO menang mutlak dalam pilihanraya umum 1955. Sementara yang bercorak nasionalisme radikal pula ialah seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1937).

21 ) Kerana coraknya yang radikal ini ia telah dihapuskan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1941 dengan menangkap para pemimpinnya. Nasib yang sama dialami oleh pertubuhan- pertubuhan radikal yang lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Melayu (PKMM) (1945), Angkatan Pemuda Insaf (API) (1946) dan Parti Rakyat Malaya (PRM) (1955).

Kepimpinan bercorak reformasi atau Islah pula tumbuh dan berkembang melalui tokoh-tokoh agama yang menerima perkembangan baru dalam pemikiran Islam. Antara mereka ialah Syekh Muhamad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syed Syekh al-Hadi, Tok Khurasan (1875-1944), Haji Wan Musa bin Abdul Samad (1895-1957) dan ramai lagi.

22 ) Kepimpinan bercorak ini dikembangkan melalui penulisan, seperti Majalah al-Imam23 (1906-1908), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928) dan Pengurusan (1918-sekarang).

24 ) la juga dikembangkan melalui madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah agama yang mengajar ilmu-ilmu agama dan menawarkan juga ilmu-ilmu semasa.

25 ) Kepimpinan bercorak ini kemudiannya berkembang melalui parti- parti politik Islam yang ditubuhkan. Paling awal ialah Hizbul Muslimin (HAMIM) yang ditubuhkan pada 1948 oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bagaimanapun parti ini dibubarkan apabila tokoh-tokoh utamanya ditangkap di bawah perintah darurat 1948.

26 ) Pada tahun 1951 sayap agama dalam UMNO menubuhkan Persatuan Ulama Malaya yang kemudiannya berubah menjadi Persatuan Islam se Tanah Melayu (PAS) yang benar-benar terpisah daripada UMNO.

27 ) Antara tokoh-tokoh utama yang pernah memimpin parti ini ialah Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Zulkifli Muhammad dan Dato' Muhammad Asri Haji Muda. Bagaimanapun, berbanding dengan UMNO parti ini kurang berjaya dalam perjuangan politiknya.

Selain politik, kepimpinan bercorak reformasi ini juga terbentuk dalam gerakan dakwah dan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Antaranya ialah gerakan al-Imam yang ditubuhkan pada 1928.

28 ) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang ditubuhkan pada 1956, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1965), Pertubuhan al-Rahmaniyah (1963) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971).

Penutup

Nyatalah daripada huraian di atas bahawa kepimpinan Islam di Malaysia telah mengalami sejarah perkembangan yang tersendiri. Perkembangan ini tentu sekali didorong oleh berbagai-bagai faktor samada yang bersifat tempatan atau antara bangsa.

Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan.

Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.

Apa Kata Aku :

Patutlah Tunku Abdul Rahman dengan mudah dapat kemerdekaan. Orang lain nak merdeka tumpah darah, yang dia nii pergi England minta sahaja. Wow. Hebat.. Dan aku sehingga kini masih tak percaya tangisan Lee Kuan Yeuw bila Singapura terpisah dari Malaysia (dahulu sebahagian tanah melayu). Mungkin Bristish dah berpakat dengan TAR kalau nak merdeka kena lepaskan Singapura. Mana tahu kalau kalau ada pakatan sulit. Yang pasti bila Singapura keluar dari Tanah Melayu (Milik Melayu), fahaman Islam mudah dihambakan bila sudah ada pengkalan di Asia Tenggara ni.

Aku masih hairan kenapa lah Singapura boleh dilepaskan ke tangan warga asing dengan mudah. Soalan tu biar aku jawab lain kali. Cuma yang aku nak nyatakan disini ialah UMNO ni pihak British redha kerana budaya dan adat sekularisme nya sama dengan fahaman mereka. Kenapa masih ada pemimpin kita (yang bodoh) masih mengatakan negara ini negara Islam. Pada aku negara ini sekadar negara umat Islam sahaja. Sistem pemerintahan kita pun telah mengasingkan hal-hal agama suku dan pentadbiran negara suku. Terang lagi bersuluh. Paham ke tak paham wahai orang orang politik UMNO Be End?

Penerapan Fahaman Sekularisme di Malaysia

Artikel Dari : http://www.tranungkite.net/lama/b11/ap84.htm

Penguasaan Parti Republikan ke atas Senat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) serta kemenangan besar Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) berteraskan Islam di Turki, mungkin meningkatkan lagi konfrontasi antara Barat dengan Islam. Ini adalah kali pertama dalam sejarah 79 tahun Republik Turki yang SEKULAR, sebuah parti diasaskan golongan berhaluan Islam menguasai majoriti dalam Parlimen.

Jadi adakah KERAjaan UMNo/BN berteraskan Islam? Sekiranya KERAjaan UMNo/BN berteraskan Islam, tidakkah ianya akan menimbulkan konfrontasi antara Barat dgn Islam?
Jadi adakah ini bermakna sebenarnya KERAjaan UMNo/BN pada hakikatnya TIDAK berteraskan Islam?

Dalam Sedutan ucapan Mahathir sempena perasmian persidangan "Islam dan Perindustrian" di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur 21 Januari 1993: "Hanya tindakan dan keberanian "YOUNG TURK" ini sahajalah yang berjaya menyelamatkan Turki. Dengan itu, Turki termasuk wilayahnya di benua Eropah terselamat sebagai NEGARA ISLAM."

Dalam Ucapan Lord Curzon, Menteri Luar British di dewan rakyat Britain selepas Perjanjian Lausanne pada July 24, 1924:

"Kita mesti tamatkan segala perkara yang boleh membawa kesatuan Islam dikalangan anak-anak Islam. Setelah kita berjaya menamatkan Khilafah, kita mesti pastikan bahawa tidak akan ada lagi kebangkitan kesatuan orang-orang Islam, tidak kira sama ada kesatuan intelektual atau budaya"

"Suasana sekarang adalah Turki telah mati dan tidak akan bangkit kembali kerana kita telah memusnahkan sumber kekuatannya, Khilafah dan Islam."

Kejatuhan Empayar Uthmaniyah yang juga Khalifah Islam yang terakhir merupakan berita gembira bagi musuh Islam iaitu British.

Kejatuhan Khalifah Islam juga merupakan kejatuhan dan kehancuran kesatuan Islam serta melahirkan Turki sebagai negara sekular yang mana Kamal Ataturk dan golongan "Young Turk" menjadi penyumbangnya dimana gerakan "Young Turk" ini didalangi oleh masyarakat "Donme" iaitu munafik Yahudi. Masyarakat Islam sedunia mengenali Turki sebagai negara SEKULAR sejak 79 tahun yang lalu.

Tidakkah ini menunjukkan bahawa fikrah/pemikiran Dr Mahathir adalah Islam yang SONGSANG dengan meletakkan sistem SEKULAR diterima sebagai Islam sebenar sedangkan Islam yang sebenar syumul serta lengkap termasuk perundangan TIDAK diterima oleh beliau sebagai Islam sebenar?

Tidakkah ini juga menunjukkan fikrah/pemikiran Dr Mahathir terhadap Islam adalah SELARI dengan pemikiran & mentaliti British yang terang-terang memusuhi dan menghancurkan Islam?
Rakyat Malaysia turut dihantui polemik “politik suku, agama suku” bermula daripada penjajah, berlarutan ke kempen pilihanraya pertama tahun 1955 sehingga ke hari ini. Namun kita beranggapan bahawa teori lapuk ini akan berakhir tidak lama lagi semata-mata kerana ia adalah teori palsu dan rakyat marhain semakin terdidik dan terdedah kepada jendela ilmu tanpa sempadan dunia teknologi maklumat.

Kita yang yakin dengan Islam dan kemampuan syariat Islam sebagai penyelesaian mutlak kepada pelbagai permasalahan kemanusiaan mesti yakin dengan Allah swt yang menjadi saksi Maha Adil bahawa, suatu hari nanti pengundi ikhlas lagi jujur akan dapat menentukannya melalui proses pilihanraya!

Dari segi ilmiah dan amalan praktikalnya Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara Sekular yang menggunakan undang-undang sivil Inggeris untuk mentadbir dan menguruskan orang-orang Melayu yang beragama Islam. Adalah benar bahawa undang-undang keluarga Islam ada dikanunkan dan Mahkamah Syariah diwujudkan di Malaysia, namun pentadbirannya jauh daripada membela Islam itu sendiri.

Akibat daripada kelemahan itu, berlaku kes-kes murtad yang tidak dapat dibela di Mahkamah Syariah, kes-kes nafkah akibat penceraian yang tidak dapat diberikan keadilan, pembahagian faraid yang kucar-kacir malah agihan zakat dan wang Baitulmal yang tidak diuruskan sepatutnya.

Peristiwa pengeluaran wang berjuta ringgit daripada akaun Tabung Haji adalah salah satu bukti penyelewengan wang umat Islam di negara ini yang amat nyata. Peristiwa ini amat memalukan umat melayu Islam. Adalah menjadi impian orang-orang tua Melayu Islam untuk menunaikan haji sebagai memenuhi tuntutan rukun Islam mereka, namun apabila kes seperti ini terjadi, ia merupakan satu penghinaan kepada para pendeposit.

Umat Melayu Islam masih tidak lupa kes RM9 bilion yang hilang dari penipuan terhadap Bank Bumiputera pada tahun 1980-an dahulu!

Fahaman Sekularisme memang amat berbahaya kepada akidah Muslim. Ia mengajarkan supaya dilakukan pemisahan di antara perkara duniawi daripada ukhrawi sedangkan Islam menyebut bahawa kebaikan yang dilakukan di dunia adalah sebagai bekalan untuk akhirat di mana ganjaran sebenar akan dianugerahkan oleh Allah swt apabila tiba waktunya.

Sekularisme memisahkan mentaliti umat Melayu Islam daripada berfikir berdasarkan roh Islam yang suci lagi benar.

Umpamanya, Islam mengajarkan supaya kita rajin belajar di Universiti disamping menjaga akhlak sebagai seorang pelajar muslim. Ini bermaksud supaya, jika kita seorang mahasiswa Muslim, kita wajib menutup aurat, memelihara peribadi ketika di kampus dan belajar bersungguh-sungguh supaya mencapai kejayaan cemerlang akedemik dan berjaya sebagai seorang jurutera, akauntan, doktor atau arkitek dll kelak.

Sebaliknya, dalam konsep sekularisme, aurat tidak penting, disiplin dan akhlak amat longgar dan yang paling diutamakan ialah kecemerlangan akedemik supaya berjaya kerana itu akan menjamin kita dari segi keuntungan ekonomi pada masa depan.

Oleh sebab fahaman sekularisme ini tidak mengambil kira kehidupan spiritual dan menolak peranan agama, maka segala tindak-tanduk manusia adalah berkisar pada persoalan meterialisme, manusia menjadi individualistik, rakus mengejar kekayaan dan semakin tidak bermoral.

Gejala inilah yang telah lama bertapak dalam budaya barat. Sebagai akibat daripada kehidupan sekular yang begitu hebat, beberapa ahli falsafah barat mula mencari usaha gigih untuk kembali ke pangkal jalan.

Namun oleh sebab kaedah pencarian penyelesaian itu tidak berpaksikan agama yang benar dan hanya berupa pseudo-religion, maka semakin banyak aliran falsafah lahir, kononnya sebagai panacea kepada permasalahan yang sedang dialami oleh mereka.

Sebenarnya percambahan pelbagai aliran falsafah itu menambahrumitkan lagi masalah mereka. Oleh sebab mereka jauh daripada pegangan agama yang benar yakni Islam, hati-hati mereka dikunci mati daripada melihat kebenaran.

Di dalam Alquran, disebutkan ”sesungguhnya, orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan pengelihatan mereka juga ditutup dan bagi mereka siksaan yang amat berat (Surah alBaqarah 6-7)

Bagi Islam tiada gunanya menjadi seorang peguam yang berjaya di mahkamah dan mendapat pujian serta wang yang banyak jika kemenangan itu adalah melalui cara yang tidak syar’iyy, misalnya dengan membayar rasuah kepada hakim yang memutuskan kes di mahkamah ataupun mendapat bantuan kuasa politik supaya hakim memutuskan kes mengikut rentak pemerintah!

Dari segi ini, sekularisme benar-benar sealiran dengan percaturan politik Machiavellian iaitu menggunakan apa cara sekalipun untuk mencapai hasil tujuan kita. Ingatlah bahawa dalam Islam ada batas halal dan haram yang amat jelas dan ramai yang dikelirukan kerana berada di antara keduanya.

Dalam sebuah hadis sahih himpunan an-Nawawi (daripada kumpulan himpunan Hadis 40) mengenai perkara halal dan haram, ada disebutkan bahaya diantaranya, iaitu perkara mustasyabihat yang berbahaya dan boleh menyesatkan. Oleh sebab itu kita dilarang mendekati perkara-perkara yang samar dan tidak jelas dan kita akan diberikan pujian dan pahala yang amat besar di sisi Allah swt.

Inilah malapetaka yang terjadi kepada kita apabila umat Islam membelakangi hukum Allah swt. Itu semua berlaku dalam keadaan syariat Islamiah tidak didaulatkan. Di negara-negara Islam Arab, sekalipun undang-undang Syariah dikuatkuasakan, masih berlaku ketidakadilan. Dalam kes itu, apa yang perlu dititik-beratkan ialah perlaksanaan yang tepat daripada syariah berdasarkan nas-nas yang jelas dan pendapat ulama yang muktabar.

Hatta Undang-Undang Syariah yang telah dikanunkan dalam sesebuah negara Islam itu, berlaku juga ketidakadilan dan kucar-kacir, apatah lagi bagi sesebuah negara yang ditadbir oleh orang-orang Islam secara Undang-Undang Sivil?

Umat Islam mestilah berani menentukan nasib masa depannya sendiri dengan mempunyai jati diri berteraskan conscience yang jelas; yakni kefahaman Islamnya yang menyeluruh – kerana itu sahaja jalan penyelamat yang muktamad dan pasti akan membawa kejayaan kepada hidupnya. Jaminan ini telah diberikan oleh Allah swt seperti dalam firmannya:- “Sesungguhnya Ad-Din di sisi Allah adalah Islam”.

Apabila kita menerima sesuatu konsep asing bukan dari Islam, umpamanya teori pemerintahan yang dipisahkan daripada agama atau teori-teori sains empirikal Barat, sebagai seorang muslim, kita mestilah mempunyai keupayaan menilai konsep itu dari neraca dan perspektif Islam yang murni berdasarkan nas-nas dan ijmak jumhur ulama yang muktabar. Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil-amri di kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Orang-orang Islam mestilah berpegang teguh kepada Islam dalam segala sistem akidah dan syariahnya tanpa pengecualian. Dalam konteks hubungan politik dan agama, orang-orang Islam mesti memeperkukuhkan jari dirinya untuk:

1) Mempelajari Islam dari sumber-sumber yang sahih dan bergurukan para ulama yang muktabar.

2) Memahami prinsip-prinsip syariah Islamiah dan menyakini bahawa hanya sistem perundangan Islam ciptaan Allah swt yang mampu menangani permasalahan semasa manusia di dunia.

3) Berani menerima perubahan yang baik lagi benar walaupun perubahan itu merupakan sesuatu yang asing buat kita. Namun demi kebaikan, kita mesti berani berubah.

4) Mampu mempunyai daya ketahanan diri fizikal dan spiritual untuk menerima apa-apa yang baik walaupun bukan dari kita dan menolak apa-apa yang buruk walaupun dari kita sendiri!
Orang-orang Islam mestilah mempunyai ilmu yang secukupnya untuk menyaring apa-apa fahaman yang bertentangan dengan Islam. Cita-cita besar tanpa persiapan ilmu untuk memikul tugas dan bebanan besar sudah pasti akan menyebabkan kita tergelincir di pertengahan jalan kerana kehabisan “modal”

Salam Jahanam Untuk Mustafa Kamal Attartuk

Sebut sahaja Mustafa Kamal Attartuk siapa yang tidak kenal. Bapa pengasas dan Presiden pertama negara Turki. Tanggal 26hb September 1938 adalah tarikh kematian beliau. Semalam genap 71 tahun "mampusnya" beliau dari muka bumi Allah ini. Yang tinggal hanya fahaman beliau dalam membina masyarakat Islam Sekular di Turki (mungkin tempiasnya di Malaysia).



Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.(tidak diniatkan untuk mengaibkan si mati… tetapi sebagai pengajaran kepada semua manusia termasuk diriku…)


1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.



2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).



3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.



4.Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”



5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.


9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian (Pak Muhyiddin pernah berkata politik dan agama perlu diasingkan) dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.


17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan






Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :


1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.


2.Sakit jantung.


3.Penyakit darah tinggi.


4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais didalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.



Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MENGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.” Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.–Kepada semua banduan…menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”, langkahan kaki kita adalah langkahan maut..menuju tempat menjadi mayat…






_______________________________________________________________






PENDAHULUAN
Persoalan yang sering menjadi perbualan hangat sejak dari dulu lagi telah merpelihatkan pentingnya para Azhari dan Azhariah menyelami dan mengkaji persoalan ini. Kita perlu menyedari, persoalan ini perlu dijawab dengan penuh kajian daripada pihak kita. Masyarakat telah memandang, terutamanya situasi di negara kita, sekularisme ini dengan pandangan yang keliru. Kesilapan yang besar, jikalau kita tidak menjelaskan pada masyarakat tentang ancaman sekularisme kepada dunia Islam hari ini.


Adakah relevan, apabila negara kita mengisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam, dengan hujjah-hujjahnya yang terlalu kurang ilmiahnya, tetapi kita sebagai azhariyyun, tidak mampu menyanggah dan menjelaskan perkara ini kepada masyarakat ?


MAKNA SEKULARISME
Perkataan sekular berasal daripada bahasa latin iaitu ` Saeculum ' , bermaksud satu generasi atau zaman. Dalam hubungan dunia kristian ( khususnya di Barat ) sekular bermaksud ` dunia ini’ yang bertentangan dengan `gereja’, yakni sesuatu itu menjadi milik dunia sekarang sahaja, dan tidak ada hubungan dengan ajaran agama atau sebarang urusan mengenai agama. Malah ideologi ini menolak fahaman agama.


Menurut kamus Dewan edisi ketiga, secular ialah, Berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan agama Encyclopedia Britanica menegaskan, Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yang bertujuan memalingkan manusia daripada mementingkan persoalan akhirat kepada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata.


Persoalan sekularisme hebat diperkatakan ditengah-tengah masyarakat Barat dikurun pertengahan. Ini kerana mereka terlalu cenderung untuk berpaling daripada urusan keagamaan kepada urusan duniawi semata-mata. Ini dapat di buktikan, apabila muncul golongan yang keras menentang golongan paderi, walaupun kita melihat mereka begitu memuliakan golongan ini sebelum ini, malahan terdapat juga daripada kalangan paderi mereka sendiri.


Kamus dwibhasa menerangkan maksud sekularisme ialah ,


"bahawa pendidikan dan kesusilaan tidak seharusnya berdasarkan kepada agama,"


Di dalam perbahasan ahli Bahasa Arab seklarisme diterjemahkan dar لعلمانية yang dalam bahasa Inggeris atau secularit dalam bahasa Perancis. terjemahan ini menunjukkan seolah-olah, perkataan ini berasal daripada kata terbitan العلم , padahal pada hakikatnya ia bukanlah satu terjemahan yang bertepatan bahkan ini adalah tidak betul sama sekali. Perkara ini telah ditegaskan oleh Doktor Yusf Al Qardawi dala kitabnya .

Perkara ini juga telah dikuatkan oleh Sifir Ibnu Abdul Rahman Al Hawali ketika membahaskan perkara ini dalam tesis Masternya di universiti Kaherah. Terjemahan yang sepatutnya, menurut Doktor Yusuf Al Qardawi dalam rujukan yang sama adalah اللادينية)) iaitu bermaksud lawan bagi (الاخوية ) sahaja dengan makna yang lebih khusus.


Malah suatu perkara yang menarik, agama atau religion menurut masyarakat Barat, mereka teramat anti terhadapnya, apabila munculnya revolosi Perancis, yang antara lain memaksa para paderi menurut perintah pemerintah, jikalau dilihat kepada peranan paderi sebelum ini mereka mengagungkan paderi, jelas dilihat apabila terdapat pemerontakan terhadap golongan agamawan mereka sendiri.


Sikap pertentangan ini terus tersebar sehingga hari ini, namun satu persoalan yang menarik tersebar dikalang umat Islam, paham mereka terhadap sekularisme ialah فصل الدين عن الدولة yang tidak menunjukkan kepada makna yang hakiki makna sekularisme.


Kebanyakan ulama menyatakan , sekularisme dengan pengertian yang lebih tepat iaitu, pemisahan agama daripada kehidupan atau فصل الدين عن الحياة adalah merangkumi dengan lebih tepat.



SEJARAH SEKULARISME
Menurut ahli sejarah, sebahagian besar orang Eropah ada permulaan abad yang keenam belas adalah penganut agama Kristian. Sebahagian besar kehidupan mereka dipandu dengan ajaran paderi dan golongan pemerintah. Kedua-dua institusi ini amat kukuh dan utuh, menyebabkan mereka mudah untuk merapatkan diri mereka dengan semua lapisan golongan.


Benua Eropah terbahagi kepada dua Negara kristian. Satu bahagian ialah Negara Kristian Timur seperti Balkan, Rusia serta mematuhi apa yang dinamakan kegerejaan Ortodoks dan banyak terpengaruh dengan pemerintahan kuku besi dan menindas.


Satu bahagian lagi ialah, Negara Kristian Barat yangt bertaburan berbagai-bagai bangsa. Kesemuanya menumpukan kepada ketaanatan kepada agama Katholik. Gereja inilah yang menjalankan cara pemerintahan mengikut tradisi keduniaan tanpa melihat terhadap ajaran agama mereka walaupun ini daripada gereja mereka sendiri.


Namun apabila lahirnya para cediakawan daripada golongan ini, mereka melihat ketidaksamaan dengan apa yang mereka pegang selama ini. Bahkan mereka mendapati golongan gereja ini cuba mengambil peluang untuk meggunakan pangkat dan kedudukan mereka untuk memuaskan nafsu mereka.


Tersebarnya surat pengampunan yang memberi suatu protesan daripada pengikut mereka. Bahkan ada penemuan sains seperti, penemuan seorang ahli astronomi Poland yang dapat menyanggah kewibawaan teori Aristotle dan Ptolemy yamg menjadi pegangan gereja selama ini.


Kemuncak kepada penolakan mereka terhadap institusi gereja in apabila revolosi Perancis yang terkenal, dan satu undang-undang yang dinamakan Perlembagaan Awam paderi di gubal memaksa golongan paderi berada di bawah pemerintah, bukan penasihat kepada pemerintah seperti sebelum ini.


SEKULARISME DALAM DUNIA ISLAM


Doktor Yusuf menerangkan , sekularisme terbahagi kepada
a. sekularisme yang neutral
b. sekularime yang menyanggah


Walaupun pembahagian ini dinyatakan oleh ulama Islam, namun perbahasan yang panjang di kalangan ulama , tidak selayaknya umat Islam untuk menerima pakai sekularisme yamg begitu bercanggah dengan ajaran Islam. Firman Allah Taala , yang bermaksud , masuklah kamu dalam agama Islam keseluruhnya.


Amerika Syarikat , Negara-negara Eropah Barat menganuti sekularisme liberal yang dilaungkan kebebasan ,kemanusian dan sebagainya , kononnya .

Pada dasarnya, agama tiada tempat dalam penentuan hukum dan hala tuju kehidupan mereka. Hawa nafsu dan perut yang mereka agung-agungkan. Pengasingan agama daripada walaupun sedikit berkaitan dengan urusan agama dan kahidupan duniawi dikira sudah mengamalkan fahaman sekularisme yang neutral terhadap agama. Mengamalkan sekularisme adalah satu jenayah yang besar dan Boleh menjatuhkan umat Islam dihadapan musuh mereka dengan senjata yang mereka cipta sendiri .


Negara Tunisia, pernah mengadakan suatu undang-undang yang terang-terang bercanggah dengan Islam, mengharamkan lelaki daripada berkahwin lebih daripada satu . Begitu juga , negara sekular pekat Turki , menghilangkan taraf kerakyatan seorang ahli parlimen wanitanya yang memaklai tudung dalam dewan. Inilah contoh dalam dunia Islam hari ini. Lebih tepat lagi, tiada satupun model yang boleh dipanggil sebagai Negara Islam, cuma yang ada pada hari ini, negara umat Islam sahaja.


Malaysia sebagai contoh, bukan sebuah Negara Islam walaupun telah di isytiharkan oleh kerajaan. Melihat kepada pandangan ulama terkemuka, pendapat yang menyatakan Malaysia sebuah Negara Islam adalah terlalu lemah yang tidak dibina daripada asas yang kukuh.



DAULAH ISLAMIAH


Apabila Rasulullah berhijah ke Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah ialah membina sebuah kerajaan yang berdasarkan kepada ajaran Al Quran dan Al Sunah. Itulah suruhan Rasullullah yang sehinga kini tidak dapat dilaksanakan oleh umat Islam selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah pada tahun 1924.


Walhal, tersebar dikalangan umat Islam untuk berpegang dengan Islam bukan sepenuhnya, malahan hanya sebahagian saja yang dipegang, atau yang menurut hawa nafsu mereka dan mengikut kehendak dunia sahaja. Riba, rasuah, penyelewengan dan sebagainya dosa tidak dipandang kesalahan, bahkan menjadi sumber pendapatan terhadap seseorang.


Maka, menjadi kewajipan bersama kepada semua umat Islam, kembali kepada ajaran Islam yangt hakiki dan berusaha mengembalikan kedaulatan daulah Islamiah yang diimpikan selama ini.


Sekularisme sepatutnya tidak menjadi anutan, kerana perancang Yahudi dan Nasrani yang mahu melihat kerosakan umat islam. Allah melaknat orang yang menghalalkan apa yamg telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah taala.

Kemaksiatan yang dilakukan tidak dipandang jijik, akan tetapi penegak agamalah yang dilabel dengan pelbagai tolmahan yang hina.


KESIMPULAN


Setelah kita mengkaji beberapa fakta penting berkaitan dengan sekularisme, jelaskan kepada kita betapa pentingnya kita mendalami dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya tentang bahaya dan kerosakan sekularisme ini. Disamping kita terus berusaha untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang keadilan yang hakiki didalam Islam.


Hanya ISLAM sahaja sebagai panduan hidup yang menjamin kesejahteraan didunia dan diakhirat. Segala ideology ciptaan manusia hanyalah sebagai perosak dan pemusnah kepada kesejahteraan ini. Apabila manusia sudah mengambil hukum dan sumber perundangan selain daripada Al Quran dan Hadis, maka tunggulah azab dan bencana daripadaNya.


Oleh yang demikian, golongan agama yang mengkaji ilmu-ilmu Islam sepatutnya tampil kehadapan dengan berani dengan mengemukakan hujah-hujah ilmiah menolak fahaman sesat ini demi melihat kepada kebangkitan Islam di seluruh dunia ini. Kita akan terus berjuang dan menyambung perjuangan orang-orang terdahulu menegakkan suatu sistem yang maha adil dan bijaksana daripada ALLAH SWT.


Wallhu A’alam

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H

on Selasa, 15 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua terutama kepada ayahanda tersayang, bonda tercinta, adinda-adinda, anak-anak saudara, pakcik makcik, adik-adik sepupu serta nenda yang masih uzur. Tahun ni tak balik ke kampung kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun kemeriahan menyambut kedatangan Syawal dan pemergian sementara Ramadhan amat dirasai.

Dalam keghairahan kita menyambut ketibaan Syawal ini, jangan lupa kita menunaikan zakat fitrah. Dan beringatlah ketika berbelanja. Jangan pula bila masuk pertengahan bulan oktober nanti terpaksa ikat perut pula. Bersederhana dalam berbelanja.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Harga Minyak Naik RM 0.05 dan RM 0.25

on Rabu, 2 September 2009

Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak. Pemimpin dan pemerintah memang bijak dalam merangka strategi menaikkan taraf hidup rakyat. Tahniah juga kepada penyokong UMNO Be End. Inilah hadiah dari nilai undian kalian. Ternyata kalian memang bodoh dan telah diperbodohkan selama ini. Kah...Kah.. Kah...

Mari kita baca artikel mengenai kenaikan harga minyak ini.

______________________________________________________________
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 2hb September 2009

Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi
02/09/2009 9:35pm

PUTRAJAYA 2 Sept. — Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual kepda rakyat.

“Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian... penyesuaian yang sedikit saja,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang pertandingan lagu 1Malaysia di Bangunan Putra Perdana, di sini.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam. Memandangkan beliau menjawab soalan semasa sidang akhbar, Najib berkata beliau akan memberikan butiran lanjut kemudian. - Bernama

_____________________________________________________________

Sumber : Malaysiakini. Com
Tarikh : 31hb Ogos 2009

Harga petrol naik esok
Aug 31, 09 6:55pm

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter. Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini. "Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter). "Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter. Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

_____________________________________________________________

Sumber : Malaysiakini. Com
Tarikh : 2hb September 2009

MTUC minta k'jaan timbang semula harga petrol
Sep 2, 09 4:25pm

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan supaya mengkaji semula kenaikan harga minyak petrol, dengan mengambil kira kesulitan yang dihadapi rakyat, termasuk pekerja, yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah.

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan pada 31 Ogos lalu, sudah tentu memberi kesan besar kepada kebanyakan rakyat Malaysia. "Kenaikan harga minyak petrol yang berkuatkuasa semalam, atas apa alasan sekalipun, akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan turut naik," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, katanya, tidak sampai tiga minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri."Kita semua maklum bahawa sabah tahun, inilah masanya sebahagian besar rakyat berbelanja untuk menyambut perayaan tersebut."Dengan kenaikan harga minyak petrol, maka golongan berpendapatan rendah seperti pekerja, contohnya, terpaksa berfikir banyak kali sebelum membeli-belah," tambahnya.

Bagi golongan pekerja, katanya, pendapatan dan gaji mereka tidak naik, malah merosot akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak beberapa bulan lalu."Mereka tidak diberi kerja lebih masa, ada yang gajinya dipotong dan elaun dikurangkan."MTUC meminta kerajaan agar menimbang semula kenaikan harga petrol dengan mengambil kira kesulitan dan kepayahan yang dihadapi golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

__________________________________________________________

Sumber : Harakahdaily. Com
Tarikh : 1hb September 2009

Naik 5 sen dan 25 sen impak besar kepada rakyat
Salmah Mat Husain Tue Sep 01, 09 6:40:43 pm MYT

KOTA BHARU, 1 Sept: Mungkin bagi mengelakkan kemarahan rakyat, kerajaan mencipta kaedah baru bagi menaikkan harga minyak dengan menyebut petrol RON95 ditetapkan RM1.80 sen seliter mulai hari ini.

Sedangkan hakikat sebenar harga minyak dinaikkan 5 sen seliter daripada RM1.75 sen. Manakala RON97 iaitu petrol premium dijual dengan harga RM2.05 sen seliter.
Semuanya kenaikan itu adalah hadiah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan itu amat tidak wajar memandangkan rakyat kini sedang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dan umat Islam pula bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Kenaikan itu sudah tentu akan mengundang kenaikan harga barangan tidak lama lagi.
"Biar pun turun 5 sen bunyinya sedikit, namun impaknya amat besar kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya selepas menyampaikan dividen kepada peserta Ladang Rakyat di Gelanggang Seni, di sini, hari ini.

Menurutnya biar pun harga petrol dan diesel diturunkan sebelum ini, namun harga barang keperluan harian tidak pernah turun. Katanya tidak sepatutnya kerajaan menaikkan harga petrol sekarang kerana ia amat tidak sesuai menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, rakyat di negeri ini diminta berdoa supaya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Bulan Ramadan bulan yang penuh berkat dan rahmat ini diharap rakyat berdoa semoga Allah membuka pintu hati pemimpin kerajaan pusat untuk menyerah royalti kepada kerajaan negeri yang tertunggak sejak 2004.

"Tidak ada sebab mereka menafikan royalti terhadap Kelantan kerana jelas terbukti pelantar carigali berada dalam perairan negeri ini," katanya. Pada majlis itu seramai 300 peserta menerima dividen Ladang Rakyat bagi peringkat parlimen Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.
Turut hadir pada program tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah._

____________________________________________________________

Apa Kata Aku :

Bagi golongan yang berpendapatan rendah pasti akan terjejas perbelanjaan mereka. Sebelum kenaikan harga minyak ini berkuatkuasa, PM kita telah mengeluarkan kenyataan berkaitan skim saham untuk golongan berpendapatan rendah dan golongan pendapatan RM 3,000 kebawah juga akan dibantu. Oooo.. Rupa-rupanya ada udang disebalik maggie.. Baru lah aku tahu. Semua tu sebenarnya nak tenteramkan hati rakyat supaya tidak memberontak. Supaya rakyat sayang pada pemerintah sekarang dan kekalkannya sehingga ke akhir hayat.

Bagaimana golongan yang tidak berpendapatan. Sudah mereka ini duduk dan mungkin tersungkur mencium tanah. Apakah ini dikatakan rakyat didahulukan? Tiada cara lainkah untuk mengelak kenaikan harga minyak ini dilaksanakan? Sudah berbuih mulut pemimpin dan pejuang rakyat terbanyak memperkatakan isu ini. Namun dipandang enteng oleh pemerintah.

Kesian pada rakyat terbanyak yang nasib hidup mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Semenjak penurunan harga minyak dahulu, harga makanan dan harga barang langsung tidak menunjukkan penurunan. Sebenarnya penurunan terdahulu dibuat atas sentimen politik bukan atas faktor kepentingan rakyat semata-mata.

Mari kita ambil fakta ini. Sekiranya sebelum ini anda mengisi minyak penuh di kereta anda sebanyak RM64.00/ 5 Hari / Kereta. Kini untuk memenuhkan tangki itu anda terpaksa membayar sebanyak RM 73.00 / 5 Hari / Kereta. Sebelum ini anda memperuntukkan sebanyak RM320 tetapi kini anda perlu memperuntukkan sebanyak RM365. Pertambahan sebanyak RM45. Ini belum mengambil kira perjalanan luar biasa dan keperluan kecemasan lain.

Minima anda terpaksa mengeluarkan wang RM 45 sebulan, sedangkan gaji anda tidak bertambah. Itu baru analisis mudah penggunaan minyak. Bagaimana pula dengan perbelanjaan makan minum dan belian barang keperluan lain? Sudah pasti dengan kenaikan ini menyebabkan anda (rakyat Malaysia) akan kehilangan pendapatan sebanyak (anggaran) RM 150 hingga RM 200 sebulan.

Kalau nilai ini disimpan dan diperuntukkan untuk pelajaran anak-anak alangkah bahagianya kita sebagai rakyat Malaysia. Kebanyakkan dari kita golongan pendapatan rendah dan sederhana ini kekadang gaji hanya cukup-cukup untuk makan sahaja. Kesan dari kenaikan harga minyak ini akan kita terasa 3 bulan mendatang. Sistem sosial dan sistem keluarga akan sedikit sebanyak terjejas kesan dari isu ini. Percayalah wahai pemerintah, rakyat terbanyak belum bersedia menghadapi semua ini.

Baguslah mereka (UMNO Be End) tidak mengambil pengajaran dari kejatuhan pilihanraya yang lalu. Pakatan rakyat jangan sedarkan mereka ini tentang hal ini. Rakyat terbanyak pasti menurunkan mereka dari tampuk pemerintahan kelak. Bagi golongan macam aku pasti akan mengundi PR dan begitu juga golongan atas pagar yang akan condong pada PR. Insyaallah.

Kita akan turunkan "kuli-kuli rakyat" ini dari duduk diatas. Rakyat adalah tuan. Pemimpin adalah hamba rakyat. Rakyat adalah kuasa sebenar. Kini 1 Malaysia teraniya.

Puak UMNO gantikan Takbir Kepada Take Beer

Allahhuakbar. Allah Maha Besar. Inilah kalimah suci yang setiap muslim sebut sebagai takbir yang dipermainkan oleh puak-puak UMNO untuk menyerang pakatan rakyat terutama PAS. Sehingga begitu sekali kedangkalan mereka terhadap sensitiviti agama Islam yang suci ini. Dimana ustaz-ustaz dan ustazah UMNO yang lebih hadhari? Dimana mufti-mufti yang lantang menegakkan perkara remeh, sedangkan perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Ini dibuktikan dengan gambar demonstrasi kepala lembu yang dibawa ke Pejabat SUK Selangor tempoh hari. Apa kena mengena isu kuil dengan "banner" TAKE BEER yang dipamerkan semasa demontrasi tersebut? Kain rentang itu juga ditulis dengan sebutan 3 kali iaitu TAKE BEER, TAKE BEER, TAKE BEER. Bukankah ini sebahagian kata-kata untuk mencemarkan kalimah suci takbir itu sendiri? Allahhuakbar. Jahilkah mereka ini dengan agama Islam? Dimanakah pemimpin mereka yang mendidik mereka dengan jiwa Islam? Benarkah mereka ini (ahli UMNO) dididik dengan Islam yang dibawa oleh Rasullullah? Allahhuakbar, Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Insafilah sebelum Allah menurunkan bala dibumi Malaysia ini. Jangan pula pada ketika itu puak-puak jahil ini menjadi lebih jahil dari sebelumnya. Ini salah satu contoh kesan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO Malaysia. Islam Hadhari itu sendiri mati ketika pemimpinnya bertukar ganti. Islam yang dibawa Rasullullah kekal segar selamanya bukan sekadar slogan yang dicipta itu.

Wahai puak-puak yang mempermainkan kalimah suci Allah ini. Kalimah ini bukan milik Pas tetapi sedarlah ia milik Allah S.W.T. Kalimah suci ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dipersendakan. Kebanyakkan ahli dan penyokong pas bertakbir kerana ianya sebahagian daripada satu cara hidup. Kekuatan mereka dijana oleh kekuatan yang ada dengan kalimah takbir ini. Anda pula mempersendakannya. Anda juga Islam. Tetapi benar kata Rasullullah bahawa dalam Islam juga wujud golongan munafik dan fasik. Adakah dan hendakkah kalian yang mempersendakan kalimah Allah ini berada dalam dua golongan itu? Tepuk dada tanya iman.

Kepada penyokong atas pagar dan penyokong tegar UMNO Be End ini, sedarlah dari kealpaan anda. Beralihlah kepada kumpulan yang menegakkan kebenaran dan kelangsungan hukum Allah. UMNO Be End bukanlah pilihan terbaik untuk mengembalikan Hak Allah dibumi Malaysia ini. Pakar-pakar agama Islam dalam UMNO Be End ternyata lemah dan gagal untuk menjadikan negara Malaysia ini menegakkan Hak Allah sepenuhnya. Kuasa adalah kekayaan mereka. Ingatlah anda akan ditanya apakah tindakan anda menegakkan agama Allah didunia ini kalau bukan melalui undi anda. Hanya melalui undian kita boleh merubah segalanya. Ingatlah Allah Maha Adil walaupun Dia menghumbankan kita ke nerakaNya.

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran