Harga Minyak Naik RM 0.05 dan RM 0.25

on Rabu, 2 September 2009

Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak. Pemimpin dan pemerintah memang bijak dalam merangka strategi menaikkan taraf hidup rakyat. Tahniah juga kepada penyokong UMNO Be End. Inilah hadiah dari nilai undian kalian. Ternyata kalian memang bodoh dan telah diperbodohkan selama ini. Kah...Kah.. Kah...

Mari kita baca artikel mengenai kenaikan harga minyak ini.

______________________________________________________________
Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 2hb September 2009

Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi
02/09/2009 9:35pm

PUTRAJAYA 2 Sept. — Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk memberikan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijual kepda rakyat.

“Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian... penyesuaian yang sedikit saja,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pemenang pertandingan lagu 1Malaysia di Bangunan Putra Perdana, di sini.

Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam. Memandangkan beliau menjawab soalan semasa sidang akhbar, Najib berkata beliau akan memberikan butiran lanjut kemudian. - Bernama

_____________________________________________________________

Sumber : Malaysiakini. Com
Tarikh : 31hb Ogos 2009

Harga petrol naik esok
Aug 31, 09 6:55pm

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok. Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter. Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini. "Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter). "Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter. Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

_____________________________________________________________

Sumber : Malaysiakini. Com
Tarikh : 2hb September 2009

MTUC minta k'jaan timbang semula harga petrol
Sep 2, 09 4:25pm

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan supaya mengkaji semula kenaikan harga minyak petrol, dengan mengambil kira kesulitan yang dihadapi rakyat, termasuk pekerja, yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah.

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan pada 31 Ogos lalu, sudah tentu memberi kesan besar kepada kebanyakan rakyat Malaysia. "Kenaikan harga minyak petrol yang berkuatkuasa semalam, atas apa alasan sekalipun, akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan turut naik," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, katanya, tidak sampai tiga minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri."Kita semua maklum bahawa sabah tahun, inilah masanya sebahagian besar rakyat berbelanja untuk menyambut perayaan tersebut."Dengan kenaikan harga minyak petrol, maka golongan berpendapatan rendah seperti pekerja, contohnya, terpaksa berfikir banyak kali sebelum membeli-belah," tambahnya.

Bagi golongan pekerja, katanya, pendapatan dan gaji mereka tidak naik, malah merosot akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak beberapa bulan lalu."Mereka tidak diberi kerja lebih masa, ada yang gajinya dipotong dan elaun dikurangkan."MTUC meminta kerajaan agar menimbang semula kenaikan harga petrol dengan mengambil kira kesulitan dan kepayahan yang dihadapi golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

__________________________________________________________

Sumber : Harakahdaily. Com
Tarikh : 1hb September 2009

Naik 5 sen dan 25 sen impak besar kepada rakyat
Salmah Mat Husain Tue Sep 01, 09 6:40:43 pm MYT

KOTA BHARU, 1 Sept: Mungkin bagi mengelakkan kemarahan rakyat, kerajaan mencipta kaedah baru bagi menaikkan harga minyak dengan menyebut petrol RON95 ditetapkan RM1.80 sen seliter mulai hari ini.

Sedangkan hakikat sebenar harga minyak dinaikkan 5 sen seliter daripada RM1.75 sen. Manakala RON97 iaitu petrol premium dijual dengan harga RM2.05 sen seliter.
Semuanya kenaikan itu adalah hadiah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan itu amat tidak wajar memandangkan rakyat kini sedang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dan umat Islam pula bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Kenaikan itu sudah tentu akan mengundang kenaikan harga barangan tidak lama lagi.
"Biar pun turun 5 sen bunyinya sedikit, namun impaknya amat besar kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya selepas menyampaikan dividen kepada peserta Ladang Rakyat di Gelanggang Seni, di sini, hari ini.

Menurutnya biar pun harga petrol dan diesel diturunkan sebelum ini, namun harga barang keperluan harian tidak pernah turun. Katanya tidak sepatutnya kerajaan menaikkan harga petrol sekarang kerana ia amat tidak sesuai menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, rakyat di negeri ini diminta berdoa supaya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Bulan Ramadan bulan yang penuh berkat dan rahmat ini diharap rakyat berdoa semoga Allah membuka pintu hati pemimpin kerajaan pusat untuk menyerah royalti kepada kerajaan negeri yang tertunggak sejak 2004.

"Tidak ada sebab mereka menafikan royalti terhadap Kelantan kerana jelas terbukti pelantar carigali berada dalam perairan negeri ini," katanya. Pada majlis itu seramai 300 peserta menerima dividen Ladang Rakyat bagi peringkat parlimen Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.
Turut hadir pada program tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah._

____________________________________________________________

Apa Kata Aku :

Bagi golongan yang berpendapatan rendah pasti akan terjejas perbelanjaan mereka. Sebelum kenaikan harga minyak ini berkuatkuasa, PM kita telah mengeluarkan kenyataan berkaitan skim saham untuk golongan berpendapatan rendah dan golongan pendapatan RM 3,000 kebawah juga akan dibantu. Oooo.. Rupa-rupanya ada udang disebalik maggie.. Baru lah aku tahu. Semua tu sebenarnya nak tenteramkan hati rakyat supaya tidak memberontak. Supaya rakyat sayang pada pemerintah sekarang dan kekalkannya sehingga ke akhir hayat.

Bagaimana golongan yang tidak berpendapatan. Sudah mereka ini duduk dan mungkin tersungkur mencium tanah. Apakah ini dikatakan rakyat didahulukan? Tiada cara lainkah untuk mengelak kenaikan harga minyak ini dilaksanakan? Sudah berbuih mulut pemimpin dan pejuang rakyat terbanyak memperkatakan isu ini. Namun dipandang enteng oleh pemerintah.

Kesian pada rakyat terbanyak yang nasib hidup mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Semenjak penurunan harga minyak dahulu, harga makanan dan harga barang langsung tidak menunjukkan penurunan. Sebenarnya penurunan terdahulu dibuat atas sentimen politik bukan atas faktor kepentingan rakyat semata-mata.

Mari kita ambil fakta ini. Sekiranya sebelum ini anda mengisi minyak penuh di kereta anda sebanyak RM64.00/ 5 Hari / Kereta. Kini untuk memenuhkan tangki itu anda terpaksa membayar sebanyak RM 73.00 / 5 Hari / Kereta. Sebelum ini anda memperuntukkan sebanyak RM320 tetapi kini anda perlu memperuntukkan sebanyak RM365. Pertambahan sebanyak RM45. Ini belum mengambil kira perjalanan luar biasa dan keperluan kecemasan lain.

Minima anda terpaksa mengeluarkan wang RM 45 sebulan, sedangkan gaji anda tidak bertambah. Itu baru analisis mudah penggunaan minyak. Bagaimana pula dengan perbelanjaan makan minum dan belian barang keperluan lain? Sudah pasti dengan kenaikan ini menyebabkan anda (rakyat Malaysia) akan kehilangan pendapatan sebanyak (anggaran) RM 150 hingga RM 200 sebulan.

Kalau nilai ini disimpan dan diperuntukkan untuk pelajaran anak-anak alangkah bahagianya kita sebagai rakyat Malaysia. Kebanyakkan dari kita golongan pendapatan rendah dan sederhana ini kekadang gaji hanya cukup-cukup untuk makan sahaja. Kesan dari kenaikan harga minyak ini akan kita terasa 3 bulan mendatang. Sistem sosial dan sistem keluarga akan sedikit sebanyak terjejas kesan dari isu ini. Percayalah wahai pemerintah, rakyat terbanyak belum bersedia menghadapi semua ini.

Baguslah mereka (UMNO Be End) tidak mengambil pengajaran dari kejatuhan pilihanraya yang lalu. Pakatan rakyat jangan sedarkan mereka ini tentang hal ini. Rakyat terbanyak pasti menurunkan mereka dari tampuk pemerintahan kelak. Bagi golongan macam aku pasti akan mengundi PR dan begitu juga golongan atas pagar yang akan condong pada PR. Insyaallah.

Kita akan turunkan "kuli-kuli rakyat" ini dari duduk diatas. Rakyat adalah tuan. Pemimpin adalah hamba rakyat. Rakyat adalah kuasa sebenar. Kini 1 Malaysia teraniya.

Puak UMNO gantikan Takbir Kepada Take Beer

Allahhuakbar. Allah Maha Besar. Inilah kalimah suci yang setiap muslim sebut sebagai takbir yang dipermainkan oleh puak-puak UMNO untuk menyerang pakatan rakyat terutama PAS. Sehingga begitu sekali kedangkalan mereka terhadap sensitiviti agama Islam yang suci ini. Dimana ustaz-ustaz dan ustazah UMNO yang lebih hadhari? Dimana mufti-mufti yang lantang menegakkan perkara remeh, sedangkan perkara ini dibiarkan begitu sahaja?

Ini dibuktikan dengan gambar demonstrasi kepala lembu yang dibawa ke Pejabat SUK Selangor tempoh hari. Apa kena mengena isu kuil dengan "banner" TAKE BEER yang dipamerkan semasa demontrasi tersebut? Kain rentang itu juga ditulis dengan sebutan 3 kali iaitu TAKE BEER, TAKE BEER, TAKE BEER. Bukankah ini sebahagian kata-kata untuk mencemarkan kalimah suci takbir itu sendiri? Allahhuakbar. Jahilkah mereka ini dengan agama Islam? Dimanakah pemimpin mereka yang mendidik mereka dengan jiwa Islam? Benarkah mereka ini (ahli UMNO) dididik dengan Islam yang dibawa oleh Rasullullah? Allahhuakbar, Allahhuakbar. Allahhuakbar.

Insafilah sebelum Allah menurunkan bala dibumi Malaysia ini. Jangan pula pada ketika itu puak-puak jahil ini menjadi lebih jahil dari sebelumnya. Ini salah satu contoh kesan Islam Hadhari yang dibawa oleh UMNO Malaysia. Islam Hadhari itu sendiri mati ketika pemimpinnya bertukar ganti. Islam yang dibawa Rasullullah kekal segar selamanya bukan sekadar slogan yang dicipta itu.

Wahai puak-puak yang mempermainkan kalimah suci Allah ini. Kalimah ini bukan milik Pas tetapi sedarlah ia milik Allah S.W.T. Kalimah suci ini tidak boleh dipermainkan apatah lagi dipersendakan. Kebanyakkan ahli dan penyokong pas bertakbir kerana ianya sebahagian daripada satu cara hidup. Kekuatan mereka dijana oleh kekuatan yang ada dengan kalimah takbir ini. Anda pula mempersendakannya. Anda juga Islam. Tetapi benar kata Rasullullah bahawa dalam Islam juga wujud golongan munafik dan fasik. Adakah dan hendakkah kalian yang mempersendakan kalimah Allah ini berada dalam dua golongan itu? Tepuk dada tanya iman.

Kepada penyokong atas pagar dan penyokong tegar UMNO Be End ini, sedarlah dari kealpaan anda. Beralihlah kepada kumpulan yang menegakkan kebenaran dan kelangsungan hukum Allah. UMNO Be End bukanlah pilihan terbaik untuk mengembalikan Hak Allah dibumi Malaysia ini. Pakar-pakar agama Islam dalam UMNO Be End ternyata lemah dan gagal untuk menjadikan negara Malaysia ini menegakkan Hak Allah sepenuhnya. Kuasa adalah kekayaan mereka. Ingatlah anda akan ditanya apakah tindakan anda menegakkan agama Allah didunia ini kalau bukan melalui undi anda. Hanya melalui undian kita boleh merubah segalanya. Ingatlah Allah Maha Adil walaupun Dia menghumbankan kita ke nerakaNya.

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran