Taman Kanak-Kanak : Bahaya dan Tanggungjawab PBT

on Selasa, 29 September 2009

Isu keselamatan di Taman Kanak-kanak bukan pertama kali dibangkitkan oleh pihak media. Tetapi ianya seperti dipandang sepi dan diambil ringan oleh sesetengah PBT yang bertanggungjawab dalam pengurusan tersebut. Tanggungjawab PBT bukan hanya mengutip cukai pintu dan menguruskan sampah sarap sahaja tetapi perlu merangkumi aspek keselamatan penduduk dibawah jagaannya.


Yang terkini aku nak sampaikan ialah keselamatan anak anak di Taman Kanak-Kanak. Sejauh mana kepekaan PBT dalam mengatasi masalah ini. Tidak cukup peruntukan kah ? atau tiada kakitangan? atau kakitangan sibuk berpolitik? Sekarang ni bila sebut kerja kerajaan orang ramai pikir kerja goyang kaki. Tukarlah persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan kakitangan kerajaan ini. Bila hujung tahun mengharapkan bonus tapi 'out put' kerja masih macam sebelum merdeka. Hanya segelintir sahaja begitu. Namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga.






Kakitangan PBT yang diamanahkan dengan tugasan tersebut sewajarnya peka. Bukan membiarkan keadaan merbahaya begitu sahaja. Andaikata tiada peruntukan untuk menggantikannya sekurang-kurangnya dialihkan dari kawasan tersebut. Permasalahan sebegini bukanlah sukar diatasi tetapi sikap acuh tak acuh dalam melaksanakan tugas amatlah mendukacitakan. Kami rakyat kebanyakan melihat dan berfikir.





Masalah ini juga dapat diatasi dari awal lagi jika pemilihan produk yang baik dibuat sebelum tawaran kerja diberikan. Contohnya kualiti bahan perlulah disesuaikan dengan keadaan tempatan. Janganlah menggunakan bahan yang mudah karat di Taman Kanak-kanak di tepi pantai. Ini berlaku contohnya di Pantai Batu Buruk dan Pantai Dungun. Selain kesan bahaya kepada kanak-kanak, ianya memberi kesan buruk dalam aspek pelancongan negara.





Seperkara lagi yang perlu difikirkan ialah, bagi kanak-kanak yang diawasi penjaga mungkin akan berasa sedikit selamat. Tetapi bagaimana dengan kanak-kanak yang hadir tanpa pengawasan ibu bapa? Mereka ini mungkin terdedah kepada bahaya sepenuhnya.

Selain itu, kewujudan masalah ini bukan hanya terletak pada pangkuan PBT semata-mata tetapi semua lapisan masyarakat. Setiap ahli masyarakat perlulah mengambil tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat ini dijaga baik. Orang dewasa elakkan lah dari menggunakan kemudahan ini. Contohnya bila ada pasangan bercinta mereka akan menaiki buaian bersama-sama berdua sambil berbual-bual sedangkan had muatan buaian hanyalah untuk berat purata kanak-kanak sahaja.

Kesimpulanya marilah kita bersama-sama menjaga hak rakyat ini. Pihak PBT pula jalankanlah tanggungjawab anda dengan bersungguh-sungguh. Jadikanlah institusi anda itu setaraf negara maju bukan taraf kelas ketiga. Berikut dibawah disajikan gambar untuk renungan anda semua. Gambar ini diambil hanya di Taman Kanak Kanak Batu Buruk Terengganu.













































































































































Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran