Isu Semasa : H1N1

on Jumaat, 7 Ogos 2009

Apa tindakan proaktif dari Kerajaan dan Masyarakat?



Dari bacaan aku hari ni dah 12 kematian dilaporkan. Setiap hari 2 orang mangsa H1N1 meninggal dunia. Masyarakat rata-rata dilihat seperti biasa. Takde apa apa yang nak ditakutkan (mungkin). Langkah kerajaan seperti penutupan institusi pendidikan, kawalan pintu masuk utama negara, kuarantin tidak memberi kesan malah dilihat seperti melepaskan batuk di tangga.



Untuk makluman, H1N1 setaraf atau lebih merbahaya daripada isu Virus Nipah. Tidak takutkah kita terhadap perkara ini. Ianya umpama pembunuh dalam senyap. Saban hari media utama melaporkan berita tentang isu ini. Dari penerangan hinggalah kenyataan demi kenyataan dari Menteri Kesihatan. Kita memang berterima kasih atas usaha kerajaan ini, namun apa yang menyedihkan ialah langkah seperti kuarantin amat mendukacitakan. Perkataan kuarantin itu sendiri menyatakan sifat kawalan yang ketat malah kalau di imbas kembali zaman peperiksaan SPM dahulu, sesi makmal memang pelajar ada yang dikuarantin. Mereka ini dikuarantin agar soalan-soalan yang dikemukakan tidak bocor kepada pelajar lain.



Kuarantin adalah seperti penjara sementara penuh dengan kawalan pihak berkuasa. Bukan terletak pada individu yang dikuarantinkan. Orang yang dikuarantin adalah tidak bebas dan tidak boleh buat sesukahati mereka. Mereka dijaga agar maklumat atau dengan maksud tertentu tidak bocor atau terlepas ke pihak lain. Dalam isu ini, pihak yang terkena H1N1 hanya dinasihatkan dikuarantin. Pihak media hanya menasihatkan "jadilah warga yang bertanggungjawab' dan lain lain lagi. Akibat H1N1 amatlah besar. Nyawa warganegara jadi pertaruhan. Sepatutnya ianya mestilah dianggap sebagai senjata biologi musuh terhadap negara.



Kita lihat tindakan kerajaan terhadap penyakit kusta. Mereka di tempatkan di satu kawasan tertentu agar tidak berjangkit. Inilah contoh terbaik yang dapat dinyatakan disini. Sewajarnya bagi penghidap H1N1 mereka sepatutnya dipindahkan ke satu lokasi atau dengan cara lain dikuarantin dengan kawalan tentera di setiap rumah yang didiami pesakit. Jangan sekadar melepaskan nasihat agar mereka duduk diam diam dirumah dan jangan keluar. Malah lebih baik lagi rumah pesakit H1N1 perlu dilabelkan merah dan dihebahkan kepada masyarakat untuk tindakan yang perlu.



Bagi kebanyakan masayarakat pula masih tiada apa apa tindakan dilakukan seperti menutup mulut dan sebagainya. Sebarang penghimpunan awam hendaklah dielakkan. Terdapat segelintir masayarakat malu untuk memulakan tindakan seperti menggunakan penutup mulut. Mereka lihat orang disekeliling dahulu. Ini bukan soal bergaya atau tidak. Ini soal nyawa dan kesihatan kita dan orang disekeliling kita.



Bagi peniaga pula, permudahkanlah orang ramai memiliki penutup mulut ini. Pada peringkat ini, sepatutnya pihak berwajib melancarkan kempen menutup mulut dan memperbanyakkan penjualan malah kalau ada wang rakyat yang lebih, berikan secara percuma kepada orang ramai terutama yang bekerja di bandar-bandar. Bagi orang politik, hentikan peperangan politik. Kita sebenarnya berhadapan dengan serangan senyap pihak musuh. Bersatu tenaga dan raga, kerah ahli-ahli kita menentang wabak ini. Lancarkan kempen besar-besaran menentang ia.

Fikir-fikirkan lah.

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran