Lawak : Kisah aku

on Khamis, 6 Ogos 2009

Masa dulu aku ada kawan namanya Khiarul Anuar. Baru mula sesi persekolahan di sekolah menengah teknik ipoh. Ye lah baru mula berkenalan. Aku ambil nombor telefonnya, kebetulan dia duduk luar (bukan asrama) macam aku. Kira ada geng kat luar la ni.

Satu Petang aku call member aku ni. Dia kata nama kat umah mak dia panggil dia 'akai' (sebenarnya are-k). So aku telefon.

Aku : Hello. Askm Makcik. Akai ada ka?
Makcik : Ha...( terkejut)

Mencari Kesenangan Melalui Kesusahan

SUSAH dan senang. Dua entiti yang berbeza serta memberi konotasi yang berbeza juga. Antara susah dan senang, ramai yang memilih untuk senang.Kerana senang akan memberi keselesaan bukan sahaja dari aspek fizikal malahan juga mental. Senang akan membuat kehidupan lebih bermakna.

Itu adalah pendapat sesetengah orang.

Susah pula ditafsirkan sebagai suatu keadaan yang bakal membuatkan fizikal dan mental seseorang sakit, pening, dan kadang boleh melarat kepada suatu keadaan yang lebih teruk. Malah ada yang sanggup membunuh diri demi untuk tidak menghadapi satu keadaan yang dinamakan kesusahan.

Dalam kehidupan manusia, susah dan senang telah menjadi suatu kewajipan yang harus dirasai. Tidak ada orang yang hidupnya sentiasa susah, dan tiada juga yang sentiasa senang. Kedua-dua keadaan ini saling bertukar ganti menemani kehidupan manusia. Semua manusia sama. Akan mengalami situasi susah dan senang. Namun, sejauh manakah mereka mampu menghadapi dan menanganinya.

Manusia memerlukan tiga perkara yang penting untuk hidup iaitu keperluan asasi (dhoruriyyat), keperluan tambahan (hajiyyat) dan juga kesempurnaan (tahsiniyyat).

Keperluan asasi merangkumi lima perkara seperti menjaga agama, nyawa, keturunan (termasuk maruah), akal, dan juga harta. Keperluan tambahan pula diperlukan oleh manusia untuk tujuan kesenangan dan menghilangkan kesusahan.

Ia merangkumi ibadat, adat, muamalat dan juga jinayat. Contoh bagi hajiyyat dalam ibadat ialah rukhsah-rukhsah yang diberikan untuk memudahkan kita semua. Contoh dalam bukan ibadat pula ialah seperti diharuskan jual salam, tempahan dan seumpamanya. Juga diharuskan perceraian untuk melepaskan daripada ikatan perkahwinan yang musnah.

Tahsiniyyat pula ialah satu perkara yang menjadikan kehidupan manusia berada dalam keadaan adab yang cukup tinggi dan akhlak yang baik, iaitu dengan mengambil perkara-perkara yang baik-baik daripada kehidupan dan meninggalkan benda-benda yang kotor yang tidak diterima oleh akal yang baik. Ia terkumpul dalam kemuliaan akhlak. Contoh bagi tahsiniyyat dalam ibadat ialah bersuci, menghilangkan najis, menutup aurat dan sebagainya. Ia juga terdapat dalam semua keadaan, samalah seperti dhoruriyyat dan juga hajiyyat.

Menjaga diri dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan bukanlah semudah yang disangka. Kekuatan fizikal dan ketabahan jiwa harus konsisten. Di zaman yang serba moden ini, ramai yang menjadi mangsa kepada kesenangan dan tidak mahu memandang kesusahan sebagai sahabat sejati yang boleh memberi pengajaran berharga kepada mereka.

Kesenangan yang dicapai melalui jalan yang singkat boleh memberi kesan jangkamasa pendek dan panjang dalam kehidupan seseorang. Manakala kesenangan yang dicapai melalui usaha yang sukar, kesusahan yang pelbagai, bakal memberi kesan yang baik dalam diri seseorang. Itupun, jika mereka berfikiran positif terhadap setiap kesusahan yang dialami dahulu.

Pelbagai faktor menentukan persepsi istilah susah dan senang pada hari ini. Struktur ekonomi yang meningkat boleh menyebabkan jurang ekonomi antara yang miskin dan kaya bertambah besar.

Sosiobudaya yang semakin berubah akibat proses globalisasi mencipta trend baru bergerak pantas mendepani dunia. Sistem politik, pentadbiran dan pengurusan yang semakin efisyen juga memberi kesan positif dan negatif kepada rakyat.

Antara faktor-faktor di atas, susah dan senang menjadi entiti yang semakin serius dipandang berbanding dengan zaman dahulu di mana desakan hidup amat rendah.

Kesenangan pada hari ini lebih mudah dicapai oleh sesiapa sahaja. Apatah lagi berbekalkan kecintaan pada dunia yang berlebihan. Hanya segelintir sahaja yang mengecapi kesenangan, meraih kejayaan demi untuk memperjuang Islam dan membantu masyarakat Islam lain yang masih hidup dalam kesusahan.

Seorang pelajar sudah lupa pada tanggungjawab menimba ilmu yang sewajarnya. Ilmu yang kini boleh diperolehi dari pelbagai sumber tanpa mengira kebebenaran dan kepalsuan menjadikan pelajar tidak menghargai ilmu itu sebagaimana patutnya. Ada pula yang menganggap tanpa ilmu mereka masih mampu hidup dengan baik dan mewah.

Maka, terjadilah pelajar yang hanya bersekolah untuk membuang masa dan bersosial. Ilmu di peringkat yang lebih luas pula menjadi bahan dagangan yang baik.

Yuran pengajian dan sekolah yang semakin meningkat menyebabkan persepsi masyarakat terhadap ilmu berubah. Ilmu tidak lagi dicintai sebagaimana patutnya. Ilmu dijadikan medium untuk mencapai kekayaan dan kesenangan semata.

Bagi mereka yang hidup susah, sudah pasti pencapaian ke arah ilmu amat sukar sehingga mereka mengambil keputusan tidak mencari ilmu itu.

Seorang bapa atau ibu yang memilih untuk hidup senang terpaksa berhempas pulas menyediakan kesenangan itu untuk bekalan diri mereka dan keluarga. Desakan dunia luar menjadikan mereka juga berlumba-lumba mencari kesenangan agar tidak ketinggalan dalam masayarat. Akibatnya, institusi kekeluargaan teguh dengan megah atas nama kekayaan dan bukan sosialisasi yang sepatutnya ada dalam diri setiap anak-anak.

Nilai dan budaya yang mengukuhkan hidup seseorang musnah hanya kerana kesenangan yang dicari. Anak-anak terbiar mencari erti hidup dengan persepsi mereka sendiri.

Seorang pemimpin sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan jawatan yang mempunyai kuasa serta kelebihan yang pelbagai. Imbuhan yang diberi kepada pemimpin cukup mewah, atas dasar mereka menjaga kebajikan dan kemaslahatan rakyat. Kesenangan itu yang kebanyakan dari mereka dambakan. Kesusahan untuk membela rakyat sering dipandang remeh dan terabai. Akibatnya, pemimpin seperti ini akan hanya memiskinkan dan menyusahkan orang yang dipimpin kelak.

Seorang individu memilih jalan yang senang untuk memiliki kekayaan dengan mencuri, merompak dan mungkin juga mengemis dengan berpura-pura menjadi manusia yang tidak normal.

Seorang pekerja mungkin sahaja memilih untuk mencapai kesenangan dengan mudah melalui sifat mengadu domba, dan bermuka-muka demi menuntut sebuah jawatan dan gaji yang lebih lumayan. Sekurang-kurangnya itu juga satu usaha walaupun sangat tidak bermoral. Lebih senang jika hanya pergi ke pejabat untuk menghabiskan waktu dengan melayari internet, mendengar lagu, bergosip dan sebagainya. Hujung bulan gaji akan diberi.

Seorang perempuan mungkin sahaja memilih untuk menjadi pelacur atau pelayan yang boleh mendatangkan kesenangan dan kemewahan dengan mudah. Alasannya cukup senang, iaitu susah mendapatkan pekerjaan lain dengan kelulusan yang kecil dan tidak mahu hidup susah.

Seorang penulis, pengkarya, penggiat filem dan wartawan mungkin sahaja boleh menulis atau menghasilkan karya yang bukan-bukan dan tidak diketahui kebenarannya dengan alasan karya sebegitu senang mendapat tempat di hati masyarakat dan menjadi trend terkini untuk memaparkan karya-karya yang kebanyakannya berunsur fantasi dosa. Akibatnya, khalayak pembaca akan terbudaya dengan bahan bacaan dan karya yang tidak berkualiti atau karut semata.

Hal-hal ini berlaku hanya disebabkan kesalahfaham tentang konsep kesenangan dan kesusahan. Kebanyakan dari kita memandang susah sebagai susah dan senang sebagai senang semata. Tidak ramai yang mengangap bahawa susah dan senang digandingkan bersama sebagai sebuah roda yang melingkari kehidupan manusia. Kita perlu merasa susah dan senang.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anbiya’ ayat 35 yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Jelas, Allah memberi kesusahan dan kesenangan sebagai ujian buat hambanya. Kesusahan dan kesenangan bukan sahaja membentuk peribadi yang mulia jika ditangani dengan baik, malah memberitahu kepada kita bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita adalah datang daripada Tuhan.

Merasai dan menikmati kesusahan dan kesenangan harus disulami dengan persiapan yang baik. Persiapan itu ialah mental yang positif dan fizikal yang sihat. Sifat-sifat sabar, tawaduk dan istiqamah adalah antara sifat yang boleh menukar persepsi negatif kita terhadap kesusahan. Kesederhanaan dalam melakukan apa sahaja juga boleh mengubah persepsi kita terhadap konsep kesenangan dan kesusahan

Tiga perkara yang penting iaitu keperluan asasi (dhoruriyyat), keperluan tambahan (hajiyyat) dan juga kesempurnaan (tahsiniyyat), harus diteliti dengan baik. Keperluan asasi yang mencukupi boleh menentukan bagaimana keperluan tambahan dan kesempurnaan dalam hidup dapat dicapai.
Begitu juga kesempurnaan akhlak yang ada dalam diri manusia boleh menentukan samaada kita memerlukan kesenangan yang banyak atau tidak.

Mengingatkan kesusahan akan menjadikan kita lebih menghargai kesenangan dan keselesaan. Hal ini juga akan menjadikan kita tidak lupa kepada mereka yang masih susah di luar sana. Dengan kesenangan yang kita ada, bantulah mereka yang susah kerana jaminan Allah s.w.t bagi mereka yang membantu orang lain yang susah amat besar.

Kadang- kadang Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari di mana matahari. Rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah. Oleh itu, alihkan pandangan kita bahawa disebalik susah ada kesenangan yang boleh kita kecapi. Dan di sebalik kesenangan, ada kesusahan yang bakal mengajar kita menjadi lebih baik.


Oleh ZALILA ISA

Kekayaan Diukur Dengan Kereta


Kaya. Kaya. Kaya. Ini bukan cerita pasal kaya roti tu. Kaya yang aku maksudkan di sini adalah kekayaan harta benda. Ianya adalah milik manusia. Semua orang sibuk mencari wang untuk kaya. Banyak sebab untuk menjadi kaya. Mungkin untuk membebaskan diri dari kesusahan. Mungkin untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin untuk masa hadapan. Terlalu banyak kemungkinan bagi seseorang untuk menjadi kaya kan.

Tetapi bagaimanakah kita mengukur kekayaan bagi sesorang itu. Semenjak menceburkan diri dalam dunia Internet ini, ramai rakan-rakan bertanyakan ” betul di Internet boleh buat kita kaya?”. Aku tak dapat menjawab soalan ini. Sebabnya aku kurang faham dengan maksud mereka. Apakah kaya yang dimaksudkan?

Aku hanya menjawab aku masih lagi mencuba, dan hasilnya alhamdullilah boleh menampung kehidupan seharian aku. Dan bila di tanya lagi ” siapa yang ajar kau buat kerja-kerja internet ni?”. Aku menjawab aku mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai dari internet. Aku membaca kisah orang-orang yang berjaya dengan perniagaan Internet.

Dan di tanya lagi, ” Betul ker? Agak-agak kereta apa yang dieorang pakai eh?”. Bila di tanya soalan begini aku terfikir sejenak. Kenapa soal kereta yang di ajukan. Kenapa tak di tanya bagaimana yang dieorang buat?. Akutak boleh menjawab soalan ini sebab sangsi dengan soalannya.

Semalam aku membuka peti surat rumah aku. Ada satu kertas iklan yang menunjukkan satu company yang membolehkan anda jadi Jutawan. Untuk mengetahui bagaimana, anda hendaklah menelefon nombor yang tertera di iklan tersebut. Tapi apa yang menjadi perhatian aku, gambar-gambar yang ditunjukkan dalam iklan itu adalah gambar-gambar orang yang sudah berjaya.
Apa yang di tunjukkan dalam iklan tu? Gambar orang yang dah berjaya bersebelahan kereta-kereta mewah. Di tambahkan lagi sebelum menyertai program dan selepas berjaya. Satu contohnya dahulu pakai kereta wira dan sekarang pakai kereta BMW. Ada 4 buah kisah dan semuanya menunjukkan kereta mewah masing-masing. Jadi aku pun tertanya-tanya, kekayaan seseorang itu pada keretanya ker?

Bukan itu sahaja, kalau membawa kereta di jalan raya, bila nampak orang pakai kereta besar-besar, kereta mewah, biasanay perkataan yang selalu terkeluar dari mulut kita adalah ” wahh lawa kereta orang tu kan, mesti kaya. Apa business dia kan”. Kenapa eh? Kenapa selalu orang berkata sebegini. Pakai kereta mewah tu akan di anggap kaya. Betul ker kaya?

Pada pandangan aku kekayaan itu tidak boleh di ukur sedemikian rupa. Kalau nak tau betul-betul orang itu kaya, pergi check semua harta benda mereka. baru betul. Kita tak boleh terus cakap “wah orang tu pakai kereta mewah mesti kaya.” Aku tak setuju. Lagi satu pada aku kaya pada harta benda belum tentu mendapat bahagia. Aku lebih tertarik jika orang itu kaya dengan ilmu agamanya. Itu lebih baik kan

http://shaffik.com/2009/02/16/kekayaan-diukur-dengan-kereta/

Pencarum Jangan Ghairah Guna Wang KWSP

JIKA hari ini anda mempunyai wang RM1 juta, beringat-ingatlah ia belum pasti akan bertambah, sebaliknya ia boleh mendorong anda kembali menjadi miskin. Perkara ini sudah terjadi kepada seorang ibu tua di Kampung Felda LBJ, Nilai, Negeri Sembilan.

Semua ini kerana pemegang wang itu tidak bijak mengurus kewangannya. Begitu juga pengalaman yang terjadi kepada ribuan pesara yang telah mengeluarkan wang carumannya di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bukan suatu yang pelik apabila wang KWSP yang disimpan sejak muda hingga bersara, dalam masa yang singkat boleh habis begitu sahaja. Daripada angan- angan untuk merasa nikmat menjadi orang kaya, ia juga mampu mengubah kita bertukar menjadi miskin.

Daripada penyelidikan KWSP, 60 peratus wang pesara dihabiskan dalam tempoh tiga dan empat tahun sahaja selepas dikeluarkan. Sedangkan jangka hayat rakyat negara ini sekarang boleh mencecah hingga usia 75 tahun.

Wang simpanan daripada 23 peratus gaji bulanan pekerja itu sewajarnya diperuntukkan untuk faedah diri pencarum sendiri apabila tidak bekerja lagi pada masa tua.

Bagaimanapun ada pencarum yang menggunakan wang KWSP mereka untuk anak-anak seperti membeli motosikal dan mengadakan majlis perkahwinan, menyebabkan wang mereka habis begitu sahaja.

Apabila wang habis, anak-anak tidak mahu menjaga mereka lalu terpaksa pula minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jika demikian aliran pengurusan kewangan majoriti pesara yang berumur 55 tahun bagi sektor swasta dan 56 tahun (sektor awam), bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan untuk 20 tahun lagi. Ini ditambah lagi dengan kos barangan keperluan dan kesihatan yang kian meningkat.

Semua ini terletak pada diri pencarum, baik yang berumur muda ataupun masuk ke pintu persaraan untuk beringat-ingat sebelum menyesal kemudian hari.

Hakikatnya sejak beberapa tahun ini banyak godaan supaya pencarum mengeluarkan wang simpanan hari tua mereka. Wujudnya skim pengeluaran untuk bayaran pendahuluan dan baki pinjaman perumahan, skim pengeluaran pendidikan dan kesihatan serta skim pelaburan unit amanah.

KWSP memang bermurah hati memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka tetapi ada yang menyalahgunakannya.

Pemikiran masyarakat pencarum negara kita mudah dibaca. Jika wujud kemudahan pengeluaran wang KWSP, seboleh-boleh mereka akan melakukannya walaupun keperluannya tidak mendesak.

Banyak alasan boleh diberikan misalnya untuk mengurangkan beban hutang ataupun beban kewangan lain yang seharusnya perlu diselesaikan tanpa mengharapkan wang KWSP.

Pencarum perlu tanya mengenai kemampuan diri sebelum memilih sama ada mengeluarkan wang caruman untuk skim pengeluaran yang disediakan atau biar sahaja disimpan untuk kegunaan masa selepas bersara kelak.

Dalam keadaan usia warga emas, seseorang pencarum memerlukan sumber kewangan. Tetapi bagi golongan yang malas berfikir tentang takdirnya di hari tua, pengeluaran daripada KWSP merupakan jalan singkat dan terbaik untuk mencari penyelesaian.

Mereka mudah lupa, biasanya institusi-institusi kewangan berada dalam keadaan sukar untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang telah berumur.

Bukan untuk menghalang sesetengah pencarum yang memerlukan wang KWSP mereka untuk tujuan pelaburan, misalnya membeli rumah ataupun membeli unit- unit saham amanah yang boleh mendatangkan pulangan kepada mereka ketika dividen daripada simpanan dalam KWSP sekitar lima peratus berbanding lapan peratus tahap tertingginya dahulu.

Memang di atas kertas dan jika dilihat pada situasi sekarang, semua skim itu boleh membantu pencarum. Tetapi jika dipandang jauh-jauh, tidak banyak membantu pencarum apabila jumlah simpanan hari tua itu bertambah susut jumlahnya.

Bagi golongan berpendapatan tinggi penggunaan wang KWSP untuk tujuan itu tidak begitu dirasai berbanding golongan berpendapatan rendah.

Oleh kerana banyak godaan pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP sekarang, kita mengharapkan satu skim seumpama skim pencen sektor awam diperkenalkan untuk pekerja swasta.

Kita tertanya-tanya mengenai cadangan kerajaan untuk mewujudkan Pelan Pencen Swasta yang pernah dikemukakan pada 2005. Bilakah ia dapat dilaksanakan? Jika ia dilaksanakan, biarlah KWSP menguruskannya walaupun diakui ada kalanya dividen yang diberikan turun dan naik tetapi kredibiliti mereka sebagai badan pelaburan masih berada pada tahap yang tinggi. Eloklah pelan itu dijayakan bagi memastikan kehidupan pesara tidak terabai dan jatuh miskin.

Namun sebelum ia difikirkan semula oleh kerajaan, 11 juta pencarum KWSP mesti menyedari wang caruman merupakan untuk simpanan hari tua mereka, oleh itu janganlah ghairah untuk mengeluarkan wang itu sekarang.

Oleh AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN)

Cerita Lawak :

Kerja Bila Besar Nanti

Ibu: Siti, kamu nak jadi apa bila dah besar Nanti?
Siti: Siti nak keja goyang kaki dapat duitt..
Ibu: Panggg!!! Berani kamu loyar buruk dengan ibu ye! Kamu ingat kaki kamu mesin keluar DUIT!!!
Siti: UuWaaa!!! Ape ibu nie? Saya nak menjahit aje bila dah besar nanti.. kan guna mesin jahit pakai kaki??
Ibu: Haaa.. ye tak iyer jugakk..

Nama Jepun Yang haru Biru

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI
2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA
3. Yang bisu - KITA TADASUARA
4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE
5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO
6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI
7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA
8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI
9. Yang masih gatal - ICHI BAWA
10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA
11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI


Jesus Christ


Ini adalah kisah benar...ayah aku cerita kat aku dulu...Ok..masa zaman 1950-an hingga 1960-an..kebanyakkan pegawai kerajaan terdiri daripada orang inggeris...termasuklah pegawai polis...yang pangkat rendah2 ni just orang melayu yang english tak berapa nak betul...setakat boleh yes & not macam tu aje la...

nak di jadikan cerita...ada 1 pegawai polis ni...Inspector White nak test polis2 kat balai dia...so dia panggil sarjan...dia cakap kat sarjan "I'm going out for the whole day..you have to look for the police station for me" then Inspector White pon keluar...tak sampai 5 minit sarjan panggil koperal dan cakap "aku nak keluar...kau tengok2 kan balai" selepas sarajan keluar...koperal panggil lans koperal dan cakap benda yang sama...so tinggal la lans koperal sorang2 aje yang jaga balai...ta sampai 30 minit...Inspektor White pun balik ke balai untuk tengoksiapa yang ada...dia tengok hanya ada lans koperal...dia pun panggil lan koperal da tanya

Ins. White: Where is the sergeant?
Lan Koperal: Not inIns.
White: Where is the corporal?
Lans Koperal: Not inIns.
White: Jesus christ! (marah)
Lans koperal: Not in!!


MENGAPA PERLU KAHWIN

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin."Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah."Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas."Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim."Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya."Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang."Sebab apa?" Tanya Kakak Udin."Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,"Salah nak... sebenarnya gatal depan... .


INTERVIEW DGN PENGEMBALA KAMBING

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.Pemuda : Dan yang hitam?Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

TAHUKAH ANDA

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Info Kewangan : Mengurus Wang Anda

PENGENALAN

Mengurus wang anda membolehkan matlamat kewangan anda tercapai seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk membiayai pelajaran anak-anak atau merancang untuk persaraan. Apa yang perlu hanyalah membuat sedikit perancangan dan mengurus hal kewangan anda dengan betul. Halaman blog ini memberi panduan kepada anda tentang prinsip-prinsip asas belanjawan dan membolehkan anda mengorak langkah ke arah kebebasan kewangan melalui tip-tip perancangan kewangan.


SELANGKAH DEMI SELANGKAH KE ARAH AMALAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK

Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana anda sekarang, hendak ke manakah anda pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana. Anda boleh menambah nilai wang anda jika anda dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskannya secara berhati-hati, seperti:

• Mengetahui apa hendak dibuat dengan wang anda
• Mengetahui ke mana perginya wang anda
• Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
• Membentuk satu rancangan perbelanjaan yang cermat
• Berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan anda
• Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda

Pandangan semua ahli keluarga khususnya anak-anak, hendaklah diambil kira semasa membuat keputusan berhubung dengan perancangan kewangan anda. Ini akan menjadikan anda lebih akur dengan rancangan perbelanjaan anda dan juga membantuanak-anak membentuk kemahiran dalam hal perancangan kewangan pada peringkat umur yang masih muda lagi. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam merancang kewangan anda:

Langkah 1
- Menentukan Matlamat Kewangan Anda Menentukan matlamat kewangan dapat membantu orang ramai baik yang muda mahupun yang dewasa untuk mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong anda berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat anda tercapai. Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan kepada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilaian mereka sekeluarga, rancangan kewangan mereka adalah merupakan suatu ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka. Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi:
• Membeli rumah
• Membeli kereta
• Berkahwin
• Pelajaran anak-anak
• Percutian
• Persaraan
• Perbelanjaan perubatan

Penentuan beberapa siri matlamat peribadi akan membantu anda untuk mengurus wang anda dengan berhemat. Matlamat anda boleh berubah dari semasa ke semasa, namun ia mampu memberi dorongan dan insentif kepada anda agar terus membuat perancangan kewangan.
Anda harus merancang untuk:

• Matlamat Jangka Pendek Perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Mungkin dalam tempoh seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak melebihi setahun seperti membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk percutian.
• Matlamat Jangka Sederhana Perkara yang boleh dibuat dalam tempoh satu hingga lima tahun seperti membeli sebuah kereta atau sebuah komputer.
• Matlamat Jangka Panjang

Perkara-perkara yang diharapkan boleh dicapai tetapi mengambil masa yang lebih lama lagi misalnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi. Peruntukan wang simpanan ke arah matlamat-matlamat ini bergantung kepada beberapa faktor yang seterusnya akan menentukan pilihan pelaburan anda.

Oleh itu, adalah penting matlamat-matlamat ini disenaraikan mengikut keutamaan. Amaun yang diketepikan untuk memenuhi matlamat ini berbeza daripada satu individu kepada individu yang lain dan faktor-faktor yang diambil kira adalah termasuk faktor usia, tahap pendapatan, perbelanjaan, jumlah tanggungan, status pekerjaan dan taraf perkahwinan.

Langkah 2
- Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda Setelah anda menentukan matlamat anda, anda mungkin berasa mustahil untuk mencapainya, lebih-lebih lagi jika anda mendapati tiada lagi yang tinggal apabila tiba cukup bulan. Sekiranya anda membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik, matlamat anda akan menjadi mudah tercapai berbanding apa yang anda jangkakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membentuk rancangan perbelanjaan, anda perlu menjejaki dahulu ke manakah perginya wang anda. Ini boleh dilakukan dengan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat bagi sesuatu tempoh contohnya lapan minggu. Ini bukan bertujuan menyekat perbelanjaan anda tetapi mengenal pasti hala tuju perbelanjaan anda.
Dengan ini, anda akan mengetahui:

• Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
• Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan
• Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan

Langkah 3
- Menilai Cara Anda Berbelanja Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja. Anda perlu meneliti senarai perbelanjaan anda untuk memastikan sama ada kesemuanya adalah benar-benar perlu atau merupakan perbelanjaan yang anda boleh kurangkan atau tiadakan. Berikut adalah tip-tip bagaimana anda boleh menjadikan perbelanjaan anda lebih menjimatkan:

• Semak senarai barangan isi rumah yang anda beli untuk meneliti sama ada jenamanya boleh ditukar ke jenama yang lebih murah (seperti kertas tisu tandas, serbuk pencuci, cairan pembersih dan sebagainya)
• Semak senarai keperluan barang-barang dapur anda untuk mengenal pasti barangan yang "elok ada" tetapi sebenarnya tidak diperlukan
Anda juga sepatutnya mengenal pasti isyarat amaran mengenai tabiat anda berbelanja yang tidak sihat yang boleh membawa kepada masalah kewangan:

• Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa
• Melengahkan pembayaran bil-bil yang selalunya dibayar sebelum tarikh tamat
• Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama
• Menangguhkan pembayaran balik pinjaman anda
• Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan harian untuk isi rumah
• Pembayaran melebihi pendapatan pada akhir bulan
• Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu bahawa anda tidak mampu membelinya

Bagi membantu menyemai sifat-sifat berdisiplin di dalam cara anda berbelanja, anda perlu merangka rancangan perbelanjaan anda dan akur kepadanya.


Langkah 4
- Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar, anda dapat menghalakan tumpuan ke bahagian di mana perbelanjaan sudah menjadi tidak terkawal dan juga bagi memberi ruang kepada anda untuk menyimpan pula. Sekiranya pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda akan dapat mengetepikan wang untuk rancangan simpanan demi mencapai matlamat kewangan anda. Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk merangka satu rancangan perbelanjaan bertulis:

i. Tentukan berapakah pendapatan bulanan anda
ii. Campurkan semua jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan tetap, bayaran balik pinjaman, sewaan, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya
iii. Ketepikan sejumlah wang yang tetap yang mencukupi untuk membiayai keperluan di waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya)

Sekiranya terdapat lebihan setelah menolak perbelanjaan anda maka semakin hampirlah anda ke matlamat anda. Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula pola perbelanjaan anda dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Jangan menyifatkan rancangan perbelanjaan anda sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda. Belanjawan yang mencapai matlamatnya sebenarnya dapat membebaskan dana dan membantu anda mencapai peningkatan matlamat kebebasan kewangan buat masa sekarang dan pada masa akan datang.


MELABURKAN WANG ANDA

Sekiranya anda mempunyai wang lebihan pada setiap hujung bulan atau anda mempunyai sejumlah wang simpanan, anda mungkin ingin melaburkannya untuk mendapatkan pulangan maksimum ke atas pelaburan tersebut. Bagi pelabur yang bijak, kebanyakan mereka menyimpan wang yang cukup di dalam produk simpanan untuk keperluan masa kecemasan dan melaburkan bakinya untuk mendapat pulangan maksimum.

Untuk menentukan jenis pelaburan yang sesuai dengan anda, anda mungkin ingin mengambil kira faktor-faktor berikut:

• Matlamat dan keperluan Anda mungkin mempunyai matlamat dan keperluan tertentu yang anda ingin capai hasil daripada pelaburan anda. Contohnya, anda mungkin ingin membiayai pelajaran anak-anak anda di kolej, membesarkan perniagaan, rancangan perjalanan atau memenuhi keperluan persaraan.
• Umur Umur anda adalah faktor penting dalam menentukan sebanyak mana risiko yang sedia anda tanggung. Portfolio aset yang lebih berisiko dan sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa mungkin lebih sesuai untuk pelabur golongan muda tetapi tidak semestinya untuk mereka yang menghampiri usia persaraan.
• Pendapatan Jumlah pendapatan dan keperluan pendapatan anda kedua-duanya akan mempengaruhi objektif pelaburan anda.
• Pekerjaan Pekerjaan anda juga akan memberi kesan kepada objektif portfolio pelaburan. Contohnya, adakah pekerjaan anda sekarang menyediakan pelan persaraan yang mencukupi atau adakah anda perlu menyediakan dana persaraan daripada simpanan, deposit tetap dan lain-lain portfolio pelaburan anda.
• Kekayaan Objektif pelaburan juga harus mengambil kira aset yang anda miliki di luar portfolio pelaburan. Jenis-jenis aset yang anda pegang akan mendatangkan impak kepada tahap risiko yang sedia ditanggung oleh anda.

Simpanan dan deposit tetap adalah paling rendah risikonya diikuti oleh wang dalam bentuk bon-bon gred pelaburan, manakala melabur dalam ekuiti melibatkan tahap risiko yang lebih tinggi. Di Malaysia, pasaran bon tidak mudah diakses oleh orang ramai dan anda memerlukan wang yang banyak untuk membeli bon-bon ini. Pelabur yang berminat untuk melabur dalam bon bolehlah berbuat demikian, misalnya, melalui amanah saham yang berhubung kait dengan instrumen berpendapatan tetap.

• Ufuk masa Salah satu faktor yang penting dalam menetapkan objektif pelaburananda ialah ufuk masa. Bilakah anda ingin mencairkan portfolio pelaburan anda? Anda perlu memilih tempoh matang aset-aset di mana anda bercadang untuk melabur.
• Kecairan Kecairan ialah semudah mana anda boleh mencairkan aset anda kepada tunai pada nilai pasaran yang berpatutan. Apa yang penting, anda hendaklah menentukan keperluan anda untuk menukarkan aset-aset anda kepada tunai pada masa yang sesuai.
• Simpanan dan deposit tetap adalah paling cair dan boleh ditukarkan dengan wang tunai pada bila-bila masa tanpa kerugian modal
• Bon dan dana amanah saham tidak secair simpanan dan pelabur boleh mengalami kerugian modal mengikut harga pasaran bon atau amanah saham
• Harga ekuiti lebih mudah berubah dan mempunyai tahap kecairan berbeza-beza. Ianya tidak seharusnya dipertimbangkan untuk pelaburan jangka pendek
• Harta benda pada amnya adalah aset tidak cair
• Kesediaan untuk menerima risiko Adalah penting untuk anda menilai adakah anda selesa menghadapi turun naik pasaran dan sejauh manakah anda bersedia untuk berdepan dengannya.
Sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pelaburan yang akan dibuat, anda mungkin ingin meminta nasihat daripada penasihat pelaburan yang bertauliah untuk menasihati anda bagaimana wang anda boleh dilaburkan.

Berita Terkini : Wang RM50 Baru

Bank Negara Malaysia Mengeluarkan Wang Kertas RM50 Reka Bentuk Baharu 15/07/2009



Bank Negara Malaysia mengumumkan, pengeluaran wang kertas RM50 reka bentuk baharu mulai 15 Julai 2009. Reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri yang sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Wang kertas RM50 reka bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada bulan Disember 2007 bersempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baharu ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara dan mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan ialah:

a. Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.

b. Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.

Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal seperti yang berikut:

- Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.

- Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.

- Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.

- Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.

- Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.

- Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.

- Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.

- Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.

Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran