Jangan Mansuhkan Isa

on Ahad, 16 Ogos 2009

Sekarang ni nampak keadaan UMNO semakin bertambah parah. Banyak dasar dan pendekatan pemimpin mereka yang gagal dan nampak tiada keuntungan pada rakyat kebanyakan. Bermula dari soal perkauman hinggalah soal keagamaan. Mereka sendiri yang mencetuskan suasana tegang dan ini mungkin akan lebih parah ketika mereka diambang kejatuhan mutlak tahun 2013 kelak.

Untuk mengatasi masalah itu nanti, ada baiknya Isa dikekalkan. Isa perlu dipergunakan untuk orang-orang UMNO / Be End yang membuat kekacauan atau pemberontakkan ketika mereka sedar yang mereka telah kehilangan kuasa memerintah. Suasana ketika itu dimana rakyat kebanyakkan merayakan kemenangan rakyat, segelintir puak-puak penderhaka ini akan membuat kecoh di dalam negara. Jadi dengan adanya akta Isa ini dapat memudahkan kerja pemerintah baru yang akan menjulangkan hak rakyat.

Tangkap dan tangkap serta sumbat dan bicara segera mereka yang telah membuat kacau bilau itu. Percaya lah. suatu hari itu akan berlaku kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah di tolak rakyat oleh semua kaum.

Kepada semua rakyat yang mahukan perubahan, berhati-hati dan mari kita berdoa agar puak-puak bertopengkan 'pejuang bangsa' ini ditenggelamkan oleh Allah di neraka jahannam dan siksa mereka didunia ini.

Ulasan Berita Utusan

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 16hb Ogos 2009

Nik Aziz perlu pilih jadi ahli politik atau ulama

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu membuat pilihan sama ada mahu menjadi seorang ahli politik atau ulama sepenuh masa bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan masyarakat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron berkata, ini kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu akhir-akhir ini lebih banyak bersifat politik dan bukannya berlandaskan pandangan seorang ulama.``Saya melihat Nik Aziz sebagai orang politik dan bukannya ulama. Kenyataan hipokrit beliau mempunyai agenda dan kepentingan politik.
``Ini amat membahayakan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan memandangkan yang membuat kenyataan itu seorang yang menggelarkan dirinya ulama,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP yang didakwa menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka tentang Islam mungkin tidak mendalam.

Pada masa yang sama, Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin pembangkang bukan Islam yang tidak peka dengan sensitiviti umat Islam sedangkan mereka lahir dan membesar di negara ini.``Di manakah kepekaan sosial jika sekian lama hidup di negara ini mereka tidak memahami sensitiviti orang islam,'' katanya.

Kata Aku : Kamu ni macam orang arab jahilliyah. Apa beza politik dan ulama. Inilah contoh islam liberal yang kamu nak bawa. Kamu nak pisahkan Islam dengan politik. Islam tu satu cara hidup. Kamu pun ahli politik pada masa yang sama, kamu pun ahli perniagaan. Apa salahnya kita buat banyak kerja yang penting iman dan taqwa pada Allah S.W.T. Sedikit pun tidak mengelirukan kami. Yang keliru nak jawab balik soalan Dato' Nik Aziz ialah kamu. Sebenarnya jawapan balas Dato' Nik Aziz buat kamu 'terduduk'. Nabi dulu pun pendakwah, ahli politik, ahli perniagaan, panglima perang dan ketua negara Islam. Orang bukan Islam aman je duduk bawah pemerintahan Rasullullah. Aku cabar kamu, cari rekod sejarah orang bukan Islam yang ditindas masa pemerintahan Rasullullah dulu. Isu nya sekarang, orang melayu UMNO hina Islam.

_____________________________________________________________

Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 16hb Ogos 2009

Umat Islam perlu tentang golongan hina Islam

BESUT 15 Ogos - Umat Islam di negara ini perlu menentang sebarang bentuk perbuatan penghinaan atau memperlekehkan agama Islam oleh mana-mana pihak termasuk golongan bukan Islam.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, bantahan itu wajar dilakukan bagi menjaga kesucian agama Islam dan perasaan umat Islam di negara ini.
Katanya, bantahan tersebut berdasarkan pandangan agama dan bukannya sebab politik selain menjaga keharmonian dan kerukunan penganut pelbagai agama di negara ini.

''Namun saya amat kesal kerana ada segelintir pemimpin politik pembangkang bergelar ulama yang menyanggah bantahan itu dengan tafsiran politik sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rakan Alam Peringkat Parlimen Besut di sini hari ini. Menurut Ahli Parlimen Besut itu, perbuatan pemimpin politik itu amat tidak wajar yang jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan kepentingan politik tanpa menghiraukan penghinaan terhadap agama Islam.

''Masyarakat Islam perlu sensitif untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang dianuti dan menjadi hak kita sebagai seorang penganut Islam yang juga memberi kebebasan kepada penganut agama lain.

''Kita juga tidak mempersendakan agama lain yang dianuti oleh penduduk negara ini kerana mereka juga diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti keagamaan masing-masing," jelasnya.
Begitu juga soal berkaitan dengan minuman dan makanan katanya, bukan Islam tidak pernah diperkecilkan oleh orang Islam di negara ini kerana ia sudah menjadi budaya bagi agama masing-masing.

Mengenai alasan ketidakfahaman bukan Islam yang menyebabkan isu itu timbul, Abdullah berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi alasan kerana ia sudah diketahui sejak sekian lama.

''Di peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah lagi, perkara itu telah didedahkan kepada rakyat dan apakah apabila tidak faham maka sewenang-wenangnya boleh menghina agama lain," soalnya.

Tambahnya, dalam Islam sendiri telah menggariskan adab dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kerukunan hidup dapat dikekalkan dalam negara berbilang kaum.

Kata Aku : Bangang punya penasihat. Aku tak tahulah taraf ko jadi penasihat kalau macam ni pemikiran ko. Statement ko ni layak tampal kat jamban je sebab tujuan ko kerana politik. Bukan menaikkan syariat Islam. Lepas buat statement tu ko minta Najib naikkan pangkat ko jadi Timb. Menteri tahun 2013. Siapa hina Islam sebenarnya ? UMNO atau DAP ? Kenapa kerajaan ko tak nak buat undang-undang Islam. Ceritakan pada MCA, MIC, DAP, PPP, Gerakan, Dll yang undang-undang Islam ni khas untuk orang Islam sahaja. Kenapa banyak dalih? Sejak bila kerajaan ko ni perjuangkan Islam. Berapa banyak orang Islam negara kita dah murtad? Berapa ramai yang tukar menganut agama Islam? Pemimpin siapa yang hina Rasullullah S.A.W? Berapa ramai anak luar nikah yang dah lahir? Kerajaan ko dah memerintah Malaysia lebih 50 tahun, mengapa Islam masih di takuk lama? Gejala sosial tiada surutnya. Hentikan cakap pasal Islam sebab parti ko perjuangkan bangsa melayu sahaja. Mujur aku ada darah jawa....

___________________________________________________________

Sumber : Utusan Malaysia Online
tarikh : 16hb Ogos 2009

Si Kitul jual maruah bangsa

TANAH MERAH 15 Ogos - UMNO Bahagian Tanah Merah bimbang dengan gelagat sebilangan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang sanggup menggadai maruah dan kepentingan bangsa kerana kemaruk mendapatkan kuasa.

Sambil menyifatkan mereka ini bagaikan cuba mengulangi sejarah Si Kitul yang meruntuhkan tamadun silam, bahagian itu berikrar berdiri teguh mempertahankan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz (gambar) memberitahu, pihaknya menyokong penuh Timbalan Presiden dan mana-mana pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

''Mereka tidak perlu meminta maaf biarpun terpaksa berdepan dengan tindakan saman ratusan juta ringgit," katanya selepas persidangan perwakilan bahagian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini hari ini.

Menurut beliau, pendirian bahagian tersebut itu merupakan sebahagian daripada enam usul yang diluluskan dalam persidangan perwakilan selepas dibentangkan oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian, Baharuddin Yusof. Terdahulu Ikmal Hisham merasmikan serentak mesyuarat empat peringkat UMNO Bahagian Tanah Merah yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan.

Usul itu menyebut bahawa UMNO Tanah Merah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjadi petualang kepada survival bangsa dan tidak akan merelakan berulangnya sejarah pengkhianatan Si Kitul yang akhirnya meruntuhkan tamadun Melayu Melaka.

Bahagian itu turut menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam bersatu dan bertekad mempertahankan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi, status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera lainnya.

''Kita tidak mahu apa yang termaktub dalam perlembagaan diperlekeh, dicabar dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang semakin berani mempertikai apa yang telah dipersetujui sekian lama.

''Kami menuntut pihak berkuasa bertindak tegas dan mengambil langkah pencegahan dalam menangani perbuatan menghina Islam, orang Melayu dan institusi raja Melayu yang semakin menjadi-jadi," katanya.

Bahagian itu turut bertekad untuk bersama mempertahan organisasi media Melayu - Utusan Melayu (M) Bhd. sebagai sebuah institusi Melayu yang sentiasa memperjuang dan mempertahankan kedudukan agama, bangsa dan tanah air daripada anasir bersifat perkauman yang cuba melemahkan kedudukan bangsa.

Kata Aku : UMNO nampaknya dah semakin tertekan. Dia yang bangkitkan, kini dia pula yang nampak keletihan dengan isu DSAI pengkhianat. DSAI pengkhianat kepada kamu sebab kamu semua pengkhianat melayu sebenarnya. Bak kata aku "sebelum orang lain kata kita pencuri lebih baik segera kita kata dia yang curi". Hakikatnya yang kata orang itu pengkhianat dia yang sebenarnya pengkhianat. Kamu berderu-derulah bersama pengekor-pengekor kamu melaung-laung sampai takde anak tekak. Kami relaks je. Tak usik pun pendapatan kami kalau kamu kata DSAI pengkhianat. Kalau wujud pengkhianat melayu aku tak berapa hirau sebab di sisi Allah nanti bangsa melayu takde nilai. Yang Allah pandang Islam. Pengkhianat Islam ialah kamu dan kuncu-kuncu kamu.

Ulasan Berita Hari Ini

Berita Malaysiakini. Com
Tarikh : 16hb Ogos 2009

KPN S'gor disaman "tak bayar" tiket penerbangan
Yip Ai sin Aug 15, 09 9:41pm

Sebuah syarikat pelancongan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan isterinya kerana didakwa 'tidak membayar" tiket penerbangan pergi-balik kelas perniagaan Kuala Lumpur-London berjumlah RM41,868.

Selain harga tiket tersebut, Global Holiday Sdn Bhd juga menuntut faedah 8 peratus dari tarikh saman itu dikeluarkan dan juga kos dan pampasan lain yang munasabah.Bagaimanapun, Khalid mendakwa beliau telah membayar sepenuhnya jumlah tersebut kepada ejen jualan tiket yang dibelinya dua tahun lalu.

Ketika itu, Khalid adalah timbalan pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah. Dalam jawapan balasnya, Khalid berkata, kos sebenar tiket tersebut ialah RM15,000 dan bukannya RM41,868 seperti yang didakwa oleh agensi berkenaan.

Khalid mendakwa beliau membeli tiket itu pada 2007 dari ejen jualan tiket pada harga diskaun kerana ia merupakan sebahagian daripada kuota tiket untuk kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

Dalam jawapannya, Khalid juga berkata kawan karibnya, The Kok Wei telah memperkenalkannya kepada ejen jualan tiket, Tim Lu Yew Huat, yang merupakan wakil sah bagi beberapa agensi pelancongan serta sebagai pengurus Global Holiday, yang rapat dengan kakitangan MAS.

Sehubungan, Khalid turut menuntut gantirugi, pampasan, kos guaman dan faedah lapan peratus dari mula hingga tamat perbicaraan.

Kata Aku : Apa hubungan kamu dengan The Kok Wei? The Kok Wei tolong kamu tu ada 'makna' ke? Kamu dan isteri kakitangan MAS ke yang membolehkan kamu dapat kuota diskaun penerbangan? Kamu pergi melancong tu duit sendiri atau ada orang taja? SPRM sila siasat hal ini.

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran