Akhbar Metro : Keuntungan dan Kesan Ke Atas Masyarakat

on Ahad, 4 Oktober 2009

Dipagi hari raya ke-4 yang lalu, tengah duduk minum kopi saya terbaca lah akhbar Metro yang tajuk utama nya memaparkan " Padah 3 Lawan 19". Disebalik tajuk yang hangat itu sebenarnya tidak memberi kesan positif kepada setiap masyarakat. Apakah dengan memaparkan berita yang sedemikian dengan dapat membantu masyarakat menangani masalah itu. Kenapa angka 3 dan 19 itu perlu ditonjolkan? Apakah motif ketua pengarangnya dan tujuan yang hendak disampaikan kepada pembaca.

Sebenarnya tajuk-tajuk sebegini hanyalah sebagai pelaris akhbar sahaja. Ianya tidak mempunyai nilai-nilai moral yang hendak disampaikan. Metro pada saya adalah sebuah akhbar setaraf buku lucah berlesen sahaja. Tidak terfikirkah anda bagaimana pentafsiran anak-anak muda yang mula tahu membaca dan belum matang membaca artikel-artikel sedemikian? Bagaimana daya imiginasi mereka dibentuk oleh pembacaan sedemikian?

Akhbar metro bukan kali ini sahaja memaparkan artikel berita berunsur seks tetapi memang kebanyakan unsur-unsur berita mereka lebih tertumpu pada jenayah seks dan seumpamanya. Sewajarnya akhbar tersebut perlu meletakkan dengan jelas dan terang notis "UNTUK BACAAN ORANG DEWASA SAHAJA" atau SX 18. Lebih malang lagi terdapat helaian muka yang memperuntukan untuk tujuan perjudian (halal). Inikah sumbangan besar yang mampu akhbar metro sumbangkan untuk negara?

Janganlah kerana harganya murah (bak umpama pelacur murahan) anda membeli akhbar tersebut. Banyak lagi media baik-baik yang mudah dan murah didapati. Janganlah mengambil ringan akan perkara ini. Inikah hidangan yang anda sediakan untuk anak-anak anda yang fikiran mereka bak sesuci kain putih? Akhbar sebegini tidak lebih dari kepentingan wang ringgit sahaja. Jauh sekali membina sebuah masyarakat celik dan bersih fikirannya.

Tidak saya nafikan, berita yang dipaparkan adalah satu mesej benar. Tetapi yang saya pertikaikan ialah olahan ayat dan keutamaan yang tidak cerdik dihidangkan untuk tatapan pembaca. Ingatlah.. Bahawa pembaca bukan terdiri dari golongan berkahwin sahaja, tetapi ianya terdiri dari anak-anak yang masih bersekolah dan remaja yang belum kenal erti kehidupan lagi.

Sebagai nasihat saya kepada pengarang akhbar terbabit agar lebih memberi fokus kepada tajuk yang sesuai dan olahan berita yang lebih bersifat keilmuan. Tidak perlulah menceritakan lebih terperinci dengan menyatakan hal-hal yang tidak perlu. Contoh jelas ialah " ditangkap ketika sedang beraksi" , "Menemui kondom berselerakkan" dan lain-lain lagi. Semua ini bagi yang berakal sudah tahu akan perinciannya. Tak perlulah menyediakan ruang yang berlebihan untuk berita tersebut.

Sekadar menyatakan ada tangkapan dibuat akibat aktiviti perlacuran di sesuatu tempat cukuplah. Lebih baik ruangan yang terhad di dada akhbar itu disediakan dengan memberi maklumat kehidupan orang-orang miskin yang nasib mereka tidak terbela. Ibu-ibu tunggal yang hidup merempat apabila ditinggalkan suami. Kejayaan ahli masyarakat dan lain-lain lagi. Ternyata kalau ini tidak boleh pengarang akhbar tersebut memikirkannya, lebih baik mohon lesen menerbitkan buku-buku lucah di malaysia ini.

Berikut diterbitkan sebahagian akhbar lucah Malaysia untuk pertimbangan pembaca sekalian.



(Sebahagian contoh iklan perjudian halal) Haram disisi Allah.




Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran