Bank Negara Malaysia Mengeluarkan Wang Kertas RM50 Reka Bentuk Baharu 15/07/2009
Bank Negara Malaysia mengumumkan, pengeluaran wang kertas RM50 reka bentuk baharu mulai 15 Julai 2009. Reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri yang sedia ada secara berperingkat-peringkat.
Wang kertas RM50 reka bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada bulan Disember 2007 bersempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baharu ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara dan mempunyai ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan ialah:
a. Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.
b. Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.
Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal seperti yang berikut:
- Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
- Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
- Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
- Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
- Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
- Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
- Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
- Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.
Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.
Label: Kewangan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bulan Ramadhan
Jimatkan Masa Anda
- Politik Blog : Pro PR - Syukran
- Politik Blog : Pro PR - Siasah daily
- Politik Blog : Pro PR - Perisik Rakyat
- Politik Blog : Pro PR - Pemuda Pas Johor
- Politik Blog : Pro PR - Peguam PAS
- Politik Blog : Pro PR - Dato' Seri Anwar Ibrahim
- Politik Blog : Pro BN - UMNO
- Politik Blog : Pro BN - Dr. Mahathir Mohamad
- Politik : Pro PR - Suara Keadilan
- Politik : Pro PR - Malaysiakini
- Politik : Pro PR - Harakah Daily
- Politik : Pro BN - Pemuda UMNO
- Politik : Pro BN - MStar.Online
- Maklumat Am Blog : Resipi hidup bersama suzana
- Maklumat Am : Ramalan Cuaca
- Berita : Utusan Malaysia
- Berita : Harian
- Berita : Bernama
- Bank : Maybank2U Online
Bacaan Al-Quran
Lagu Video Pilihan
- Vanessa Williams - Save The Best For Last
- Vanessa Carlton - A Thousand Miles
- ★ Barbra Streisand ★ Evergreen ★ [1976] ★ "Love Theme From A Star Is Born" ★
- Mandy - Barry Manilow (with lyrics)
- Billy Joel "Just the way you are" Live 1977
- Nothing Gonna Change My Love For You
- Bryan Adams - Please forgive me
- Whitney Houston - i will always love you
- George Micheal - Careless Whisper
0 ulasan:
Catat Ulasan