Salam Jahanam Untuk Mustafa Kamal Attartuk

on Ahad, 27 September 2009

Sebut sahaja Mustafa Kamal Attartuk siapa yang tidak kenal. Bapa pengasas dan Presiden pertama negara Turki. Tanggal 26hb September 1938 adalah tarikh kematian beliau. Semalam genap 71 tahun "mampusnya" beliau dari muka bumi Allah ini. Yang tinggal hanya fahaman beliau dalam membina masyarakat Islam Sekular di Turki (mungkin tempiasnya di Malaysia).



Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.(tidak diniatkan untuk mengaibkan si mati… tetapi sebagai pengajaran kepada semua manusia termasuk diriku…)


1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.



2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).



3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.



4.Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”



5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki


7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.


9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian (Pak Muhyiddin pernah berkata politik dan agama perlu diasingkan) dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.


17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan






Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :


1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.


2.Sakit jantung.


3.Penyakit darah tinggi.


4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais didalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.



Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MENGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.” Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.–Kepada semua banduan…menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”, langkahan kaki kita adalah langkahan maut..menuju tempat menjadi mayat…






_______________________________________________________________






PENDAHULUAN
Persoalan yang sering menjadi perbualan hangat sejak dari dulu lagi telah merpelihatkan pentingnya para Azhari dan Azhariah menyelami dan mengkaji persoalan ini. Kita perlu menyedari, persoalan ini perlu dijawab dengan penuh kajian daripada pihak kita. Masyarakat telah memandang, terutamanya situasi di negara kita, sekularisme ini dengan pandangan yang keliru. Kesilapan yang besar, jikalau kita tidak menjelaskan pada masyarakat tentang ancaman sekularisme kepada dunia Islam hari ini.


Adakah relevan, apabila negara kita mengisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam, dengan hujjah-hujjahnya yang terlalu kurang ilmiahnya, tetapi kita sebagai azhariyyun, tidak mampu menyanggah dan menjelaskan perkara ini kepada masyarakat ?


MAKNA SEKULARISME
Perkataan sekular berasal daripada bahasa latin iaitu ` Saeculum ' , bermaksud satu generasi atau zaman. Dalam hubungan dunia kristian ( khususnya di Barat ) sekular bermaksud ` dunia ini’ yang bertentangan dengan `gereja’, yakni sesuatu itu menjadi milik dunia sekarang sahaja, dan tidak ada hubungan dengan ajaran agama atau sebarang urusan mengenai agama. Malah ideologi ini menolak fahaman agama.


Menurut kamus Dewan edisi ketiga, secular ialah, Berkaitan dengan keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan agama Encyclopedia Britanica menegaskan, Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yang bertujuan memalingkan manusia daripada mementingkan persoalan akhirat kepada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata.


Persoalan sekularisme hebat diperkatakan ditengah-tengah masyarakat Barat dikurun pertengahan. Ini kerana mereka terlalu cenderung untuk berpaling daripada urusan keagamaan kepada urusan duniawi semata-mata. Ini dapat di buktikan, apabila muncul golongan yang keras menentang golongan paderi, walaupun kita melihat mereka begitu memuliakan golongan ini sebelum ini, malahan terdapat juga daripada kalangan paderi mereka sendiri.


Kamus dwibhasa menerangkan maksud sekularisme ialah ,


"bahawa pendidikan dan kesusilaan tidak seharusnya berdasarkan kepada agama,"


Di dalam perbahasan ahli Bahasa Arab seklarisme diterjemahkan dar لعلمانية yang dalam bahasa Inggeris atau secularit dalam bahasa Perancis. terjemahan ini menunjukkan seolah-olah, perkataan ini berasal daripada kata terbitan العلم , padahal pada hakikatnya ia bukanlah satu terjemahan yang bertepatan bahkan ini adalah tidak betul sama sekali. Perkara ini telah ditegaskan oleh Doktor Yusf Al Qardawi dala kitabnya .

Perkara ini juga telah dikuatkan oleh Sifir Ibnu Abdul Rahman Al Hawali ketika membahaskan perkara ini dalam tesis Masternya di universiti Kaherah. Terjemahan yang sepatutnya, menurut Doktor Yusuf Al Qardawi dalam rujukan yang sama adalah اللادينية)) iaitu bermaksud lawan bagi (الاخوية ) sahaja dengan makna yang lebih khusus.


Malah suatu perkara yang menarik, agama atau religion menurut masyarakat Barat, mereka teramat anti terhadapnya, apabila munculnya revolosi Perancis, yang antara lain memaksa para paderi menurut perintah pemerintah, jikalau dilihat kepada peranan paderi sebelum ini mereka mengagungkan paderi, jelas dilihat apabila terdapat pemerontakan terhadap golongan agamawan mereka sendiri.


Sikap pertentangan ini terus tersebar sehingga hari ini, namun satu persoalan yang menarik tersebar dikalang umat Islam, paham mereka terhadap sekularisme ialah فصل الدين عن الدولة yang tidak menunjukkan kepada makna yang hakiki makna sekularisme.


Kebanyakan ulama menyatakan , sekularisme dengan pengertian yang lebih tepat iaitu, pemisahan agama daripada kehidupan atau فصل الدين عن الحياة adalah merangkumi dengan lebih tepat.



SEJARAH SEKULARISME
Menurut ahli sejarah, sebahagian besar orang Eropah ada permulaan abad yang keenam belas adalah penganut agama Kristian. Sebahagian besar kehidupan mereka dipandu dengan ajaran paderi dan golongan pemerintah. Kedua-dua institusi ini amat kukuh dan utuh, menyebabkan mereka mudah untuk merapatkan diri mereka dengan semua lapisan golongan.


Benua Eropah terbahagi kepada dua Negara kristian. Satu bahagian ialah Negara Kristian Timur seperti Balkan, Rusia serta mematuhi apa yang dinamakan kegerejaan Ortodoks dan banyak terpengaruh dengan pemerintahan kuku besi dan menindas.


Satu bahagian lagi ialah, Negara Kristian Barat yangt bertaburan berbagai-bagai bangsa. Kesemuanya menumpukan kepada ketaanatan kepada agama Katholik. Gereja inilah yang menjalankan cara pemerintahan mengikut tradisi keduniaan tanpa melihat terhadap ajaran agama mereka walaupun ini daripada gereja mereka sendiri.


Namun apabila lahirnya para cediakawan daripada golongan ini, mereka melihat ketidaksamaan dengan apa yang mereka pegang selama ini. Bahkan mereka mendapati golongan gereja ini cuba mengambil peluang untuk meggunakan pangkat dan kedudukan mereka untuk memuaskan nafsu mereka.


Tersebarnya surat pengampunan yang memberi suatu protesan daripada pengikut mereka. Bahkan ada penemuan sains seperti, penemuan seorang ahli astronomi Poland yang dapat menyanggah kewibawaan teori Aristotle dan Ptolemy yamg menjadi pegangan gereja selama ini.


Kemuncak kepada penolakan mereka terhadap institusi gereja in apabila revolosi Perancis yang terkenal, dan satu undang-undang yang dinamakan Perlembagaan Awam paderi di gubal memaksa golongan paderi berada di bawah pemerintah, bukan penasihat kepada pemerintah seperti sebelum ini.


SEKULARISME DALAM DUNIA ISLAM


Doktor Yusuf menerangkan , sekularisme terbahagi kepada
a. sekularisme yang neutral
b. sekularime yang menyanggah


Walaupun pembahagian ini dinyatakan oleh ulama Islam, namun perbahasan yang panjang di kalangan ulama , tidak selayaknya umat Islam untuk menerima pakai sekularisme yamg begitu bercanggah dengan ajaran Islam. Firman Allah Taala , yang bermaksud , masuklah kamu dalam agama Islam keseluruhnya.


Amerika Syarikat , Negara-negara Eropah Barat menganuti sekularisme liberal yang dilaungkan kebebasan ,kemanusian dan sebagainya , kononnya .

Pada dasarnya, agama tiada tempat dalam penentuan hukum dan hala tuju kehidupan mereka. Hawa nafsu dan perut yang mereka agung-agungkan. Pengasingan agama daripada walaupun sedikit berkaitan dengan urusan agama dan kahidupan duniawi dikira sudah mengamalkan fahaman sekularisme yang neutral terhadap agama. Mengamalkan sekularisme adalah satu jenayah yang besar dan Boleh menjatuhkan umat Islam dihadapan musuh mereka dengan senjata yang mereka cipta sendiri .


Negara Tunisia, pernah mengadakan suatu undang-undang yang terang-terang bercanggah dengan Islam, mengharamkan lelaki daripada berkahwin lebih daripada satu . Begitu juga , negara sekular pekat Turki , menghilangkan taraf kerakyatan seorang ahli parlimen wanitanya yang memaklai tudung dalam dewan. Inilah contoh dalam dunia Islam hari ini. Lebih tepat lagi, tiada satupun model yang boleh dipanggil sebagai Negara Islam, cuma yang ada pada hari ini, negara umat Islam sahaja.


Malaysia sebagai contoh, bukan sebuah Negara Islam walaupun telah di isytiharkan oleh kerajaan. Melihat kepada pandangan ulama terkemuka, pendapat yang menyatakan Malaysia sebuah Negara Islam adalah terlalu lemah yang tidak dibina daripada asas yang kukuh.



DAULAH ISLAMIAH


Apabila Rasulullah berhijah ke Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah ialah membina sebuah kerajaan yang berdasarkan kepada ajaran Al Quran dan Al Sunah. Itulah suruhan Rasullullah yang sehinga kini tidak dapat dilaksanakan oleh umat Islam selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah pada tahun 1924.


Walhal, tersebar dikalangan umat Islam untuk berpegang dengan Islam bukan sepenuhnya, malahan hanya sebahagian saja yang dipegang, atau yang menurut hawa nafsu mereka dan mengikut kehendak dunia sahaja. Riba, rasuah, penyelewengan dan sebagainya dosa tidak dipandang kesalahan, bahkan menjadi sumber pendapatan terhadap seseorang.


Maka, menjadi kewajipan bersama kepada semua umat Islam, kembali kepada ajaran Islam yangt hakiki dan berusaha mengembalikan kedaulatan daulah Islamiah yang diimpikan selama ini.


Sekularisme sepatutnya tidak menjadi anutan, kerana perancang Yahudi dan Nasrani yang mahu melihat kerosakan umat islam. Allah melaknat orang yang menghalalkan apa yamg telah diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah taala.

Kemaksiatan yang dilakukan tidak dipandang jijik, akan tetapi penegak agamalah yang dilabel dengan pelbagai tolmahan yang hina.


KESIMPULAN


Setelah kita mengkaji beberapa fakta penting berkaitan dengan sekularisme, jelaskan kepada kita betapa pentingnya kita mendalami dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya tentang bahaya dan kerosakan sekularisme ini. Disamping kita terus berusaha untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang keadilan yang hakiki didalam Islam.


Hanya ISLAM sahaja sebagai panduan hidup yang menjamin kesejahteraan didunia dan diakhirat. Segala ideology ciptaan manusia hanyalah sebagai perosak dan pemusnah kepada kesejahteraan ini. Apabila manusia sudah mengambil hukum dan sumber perundangan selain daripada Al Quran dan Hadis, maka tunggulah azab dan bencana daripadaNya.


Oleh yang demikian, golongan agama yang mengkaji ilmu-ilmu Islam sepatutnya tampil kehadapan dengan berani dengan mengemukakan hujah-hujah ilmiah menolak fahaman sesat ini demi melihat kepada kebangkitan Islam di seluruh dunia ini. Kita akan terus berjuang dan menyambung perjuangan orang-orang terdahulu menegakkan suatu sistem yang maha adil dan bijaksana daripada ALLAH SWT.


Wallhu A’alam

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran