Penerapan Fahaman Sekularisme di Malaysia

on Ahad, 27 September 2009

Artikel Dari : http://www.tranungkite.net/lama/b11/ap84.htm

Penguasaan Parti Republikan ke atas Senat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) serta kemenangan besar Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) berteraskan Islam di Turki, mungkin meningkatkan lagi konfrontasi antara Barat dengan Islam. Ini adalah kali pertama dalam sejarah 79 tahun Republik Turki yang SEKULAR, sebuah parti diasaskan golongan berhaluan Islam menguasai majoriti dalam Parlimen.

Jadi adakah KERAjaan UMNo/BN berteraskan Islam? Sekiranya KERAjaan UMNo/BN berteraskan Islam, tidakkah ianya akan menimbulkan konfrontasi antara Barat dgn Islam?
Jadi adakah ini bermakna sebenarnya KERAjaan UMNo/BN pada hakikatnya TIDAK berteraskan Islam?

Dalam Sedutan ucapan Mahathir sempena perasmian persidangan "Islam dan Perindustrian" di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur 21 Januari 1993: "Hanya tindakan dan keberanian "YOUNG TURK" ini sahajalah yang berjaya menyelamatkan Turki. Dengan itu, Turki termasuk wilayahnya di benua Eropah terselamat sebagai NEGARA ISLAM."

Dalam Ucapan Lord Curzon, Menteri Luar British di dewan rakyat Britain selepas Perjanjian Lausanne pada July 24, 1924:

"Kita mesti tamatkan segala perkara yang boleh membawa kesatuan Islam dikalangan anak-anak Islam. Setelah kita berjaya menamatkan Khilafah, kita mesti pastikan bahawa tidak akan ada lagi kebangkitan kesatuan orang-orang Islam, tidak kira sama ada kesatuan intelektual atau budaya"

"Suasana sekarang adalah Turki telah mati dan tidak akan bangkit kembali kerana kita telah memusnahkan sumber kekuatannya, Khilafah dan Islam."

Kejatuhan Empayar Uthmaniyah yang juga Khalifah Islam yang terakhir merupakan berita gembira bagi musuh Islam iaitu British.

Kejatuhan Khalifah Islam juga merupakan kejatuhan dan kehancuran kesatuan Islam serta melahirkan Turki sebagai negara sekular yang mana Kamal Ataturk dan golongan "Young Turk" menjadi penyumbangnya dimana gerakan "Young Turk" ini didalangi oleh masyarakat "Donme" iaitu munafik Yahudi. Masyarakat Islam sedunia mengenali Turki sebagai negara SEKULAR sejak 79 tahun yang lalu.

Tidakkah ini menunjukkan bahawa fikrah/pemikiran Dr Mahathir adalah Islam yang SONGSANG dengan meletakkan sistem SEKULAR diterima sebagai Islam sebenar sedangkan Islam yang sebenar syumul serta lengkap termasuk perundangan TIDAK diterima oleh beliau sebagai Islam sebenar?

Tidakkah ini juga menunjukkan fikrah/pemikiran Dr Mahathir terhadap Islam adalah SELARI dengan pemikiran & mentaliti British yang terang-terang memusuhi dan menghancurkan Islam?
Rakyat Malaysia turut dihantui polemik “politik suku, agama suku” bermula daripada penjajah, berlarutan ke kempen pilihanraya pertama tahun 1955 sehingga ke hari ini. Namun kita beranggapan bahawa teori lapuk ini akan berakhir tidak lama lagi semata-mata kerana ia adalah teori palsu dan rakyat marhain semakin terdidik dan terdedah kepada jendela ilmu tanpa sempadan dunia teknologi maklumat.

Kita yang yakin dengan Islam dan kemampuan syariat Islam sebagai penyelesaian mutlak kepada pelbagai permasalahan kemanusiaan mesti yakin dengan Allah swt yang menjadi saksi Maha Adil bahawa, suatu hari nanti pengundi ikhlas lagi jujur akan dapat menentukannya melalui proses pilihanraya!

Dari segi ilmiah dan amalan praktikalnya Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara Sekular yang menggunakan undang-undang sivil Inggeris untuk mentadbir dan menguruskan orang-orang Melayu yang beragama Islam. Adalah benar bahawa undang-undang keluarga Islam ada dikanunkan dan Mahkamah Syariah diwujudkan di Malaysia, namun pentadbirannya jauh daripada membela Islam itu sendiri.

Akibat daripada kelemahan itu, berlaku kes-kes murtad yang tidak dapat dibela di Mahkamah Syariah, kes-kes nafkah akibat penceraian yang tidak dapat diberikan keadilan, pembahagian faraid yang kucar-kacir malah agihan zakat dan wang Baitulmal yang tidak diuruskan sepatutnya.

Peristiwa pengeluaran wang berjuta ringgit daripada akaun Tabung Haji adalah salah satu bukti penyelewengan wang umat Islam di negara ini yang amat nyata. Peristiwa ini amat memalukan umat melayu Islam. Adalah menjadi impian orang-orang tua Melayu Islam untuk menunaikan haji sebagai memenuhi tuntutan rukun Islam mereka, namun apabila kes seperti ini terjadi, ia merupakan satu penghinaan kepada para pendeposit.

Umat Melayu Islam masih tidak lupa kes RM9 bilion yang hilang dari penipuan terhadap Bank Bumiputera pada tahun 1980-an dahulu!

Fahaman Sekularisme memang amat berbahaya kepada akidah Muslim. Ia mengajarkan supaya dilakukan pemisahan di antara perkara duniawi daripada ukhrawi sedangkan Islam menyebut bahawa kebaikan yang dilakukan di dunia adalah sebagai bekalan untuk akhirat di mana ganjaran sebenar akan dianugerahkan oleh Allah swt apabila tiba waktunya.

Sekularisme memisahkan mentaliti umat Melayu Islam daripada berfikir berdasarkan roh Islam yang suci lagi benar.

Umpamanya, Islam mengajarkan supaya kita rajin belajar di Universiti disamping menjaga akhlak sebagai seorang pelajar muslim. Ini bermaksud supaya, jika kita seorang mahasiswa Muslim, kita wajib menutup aurat, memelihara peribadi ketika di kampus dan belajar bersungguh-sungguh supaya mencapai kejayaan cemerlang akedemik dan berjaya sebagai seorang jurutera, akauntan, doktor atau arkitek dll kelak.

Sebaliknya, dalam konsep sekularisme, aurat tidak penting, disiplin dan akhlak amat longgar dan yang paling diutamakan ialah kecemerlangan akedemik supaya berjaya kerana itu akan menjamin kita dari segi keuntungan ekonomi pada masa depan.

Oleh sebab fahaman sekularisme ini tidak mengambil kira kehidupan spiritual dan menolak peranan agama, maka segala tindak-tanduk manusia adalah berkisar pada persoalan meterialisme, manusia menjadi individualistik, rakus mengejar kekayaan dan semakin tidak bermoral.

Gejala inilah yang telah lama bertapak dalam budaya barat. Sebagai akibat daripada kehidupan sekular yang begitu hebat, beberapa ahli falsafah barat mula mencari usaha gigih untuk kembali ke pangkal jalan.

Namun oleh sebab kaedah pencarian penyelesaian itu tidak berpaksikan agama yang benar dan hanya berupa pseudo-religion, maka semakin banyak aliran falsafah lahir, kononnya sebagai panacea kepada permasalahan yang sedang dialami oleh mereka.

Sebenarnya percambahan pelbagai aliran falsafah itu menambahrumitkan lagi masalah mereka. Oleh sebab mereka jauh daripada pegangan agama yang benar yakni Islam, hati-hati mereka dikunci mati daripada melihat kebenaran.

Di dalam Alquran, disebutkan ”sesungguhnya, orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan pengelihatan mereka juga ditutup dan bagi mereka siksaan yang amat berat (Surah alBaqarah 6-7)

Bagi Islam tiada gunanya menjadi seorang peguam yang berjaya di mahkamah dan mendapat pujian serta wang yang banyak jika kemenangan itu adalah melalui cara yang tidak syar’iyy, misalnya dengan membayar rasuah kepada hakim yang memutuskan kes di mahkamah ataupun mendapat bantuan kuasa politik supaya hakim memutuskan kes mengikut rentak pemerintah!

Dari segi ini, sekularisme benar-benar sealiran dengan percaturan politik Machiavellian iaitu menggunakan apa cara sekalipun untuk mencapai hasil tujuan kita. Ingatlah bahawa dalam Islam ada batas halal dan haram yang amat jelas dan ramai yang dikelirukan kerana berada di antara keduanya.

Dalam sebuah hadis sahih himpunan an-Nawawi (daripada kumpulan himpunan Hadis 40) mengenai perkara halal dan haram, ada disebutkan bahaya diantaranya, iaitu perkara mustasyabihat yang berbahaya dan boleh menyesatkan. Oleh sebab itu kita dilarang mendekati perkara-perkara yang samar dan tidak jelas dan kita akan diberikan pujian dan pahala yang amat besar di sisi Allah swt.

Inilah malapetaka yang terjadi kepada kita apabila umat Islam membelakangi hukum Allah swt. Itu semua berlaku dalam keadaan syariat Islamiah tidak didaulatkan. Di negara-negara Islam Arab, sekalipun undang-undang Syariah dikuatkuasakan, masih berlaku ketidakadilan. Dalam kes itu, apa yang perlu dititik-beratkan ialah perlaksanaan yang tepat daripada syariah berdasarkan nas-nas yang jelas dan pendapat ulama yang muktabar.

Hatta Undang-Undang Syariah yang telah dikanunkan dalam sesebuah negara Islam itu, berlaku juga ketidakadilan dan kucar-kacir, apatah lagi bagi sesebuah negara yang ditadbir oleh orang-orang Islam secara Undang-Undang Sivil?

Umat Islam mestilah berani menentukan nasib masa depannya sendiri dengan mempunyai jati diri berteraskan conscience yang jelas; yakni kefahaman Islamnya yang menyeluruh – kerana itu sahaja jalan penyelamat yang muktamad dan pasti akan membawa kejayaan kepada hidupnya. Jaminan ini telah diberikan oleh Allah swt seperti dalam firmannya:- “Sesungguhnya Ad-Din di sisi Allah adalah Islam”.

Apabila kita menerima sesuatu konsep asing bukan dari Islam, umpamanya teori pemerintahan yang dipisahkan daripada agama atau teori-teori sains empirikal Barat, sebagai seorang muslim, kita mestilah mempunyai keupayaan menilai konsep itu dari neraca dan perspektif Islam yang murni berdasarkan nas-nas dan ijmak jumhur ulama yang muktabar. Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil-amri di kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisih tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Orang-orang Islam mestilah berpegang teguh kepada Islam dalam segala sistem akidah dan syariahnya tanpa pengecualian. Dalam konteks hubungan politik dan agama, orang-orang Islam mesti memeperkukuhkan jari dirinya untuk:

1) Mempelajari Islam dari sumber-sumber yang sahih dan bergurukan para ulama yang muktabar.

2) Memahami prinsip-prinsip syariah Islamiah dan menyakini bahawa hanya sistem perundangan Islam ciptaan Allah swt yang mampu menangani permasalahan semasa manusia di dunia.

3) Berani menerima perubahan yang baik lagi benar walaupun perubahan itu merupakan sesuatu yang asing buat kita. Namun demi kebaikan, kita mesti berani berubah.

4) Mampu mempunyai daya ketahanan diri fizikal dan spiritual untuk menerima apa-apa yang baik walaupun bukan dari kita dan menolak apa-apa yang buruk walaupun dari kita sendiri!
Orang-orang Islam mestilah mempunyai ilmu yang secukupnya untuk menyaring apa-apa fahaman yang bertentangan dengan Islam. Cita-cita besar tanpa persiapan ilmu untuk memikul tugas dan bebanan besar sudah pasti akan menyebabkan kita tergelincir di pertengahan jalan kerana kehabisan “modal”

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran