Ulasan Berita Hari Ini

on Rabu, 26 Ogos 2009

Sumber : Mstar.Online
Tarikh : 26hb Ogos 2009

Isu Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.

Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin
BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Apa Kata Aku ? :
Memang lah kami para pengundi tidak mahu perubahan. Perubahan yang nak kamu bawa dari baik kepada tidak baik. Kami tidak mahu itu. Kami akan kekalkan mana-mana yang baik sahaja. Ingatlah wahai Pak Muhyiddin, bahawa mengundi kamu, akan membawa perubahan yang tidak baik. Contoh yang paling aku takkan lupa ialah bila kamu menang di peringkat pusat, parti kamu naik kan harga minyak. Pirahhhh...!!!!

____________________________________________________________

Isu Wanita Islam Minum Arak

Hukuman fizikal ke atas wanita sepatutnya jadi pilihan terakhir - Najib
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Kes Kartika: Hisham arah KSU bincang cara terbaik laksana hukuman
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, terdapat keperluan untuk melihat apakah cara yang paling baik untuk melaksanakan hukuman sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, bekas model yang didapati bersalah kerana mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Kartika tetap tunggu hukuman sebat, tidak mahu kemuka rayuan
SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno tetap dengan keputusannya tidak mahu mengemukakan rayuan dan nekad menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana meminum arak dijalankan terhadap dirinya menjelang Aidilfitri ini.


Dari kenyataan Presiden PAS

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Dari kenyataan Mufti Perak

Hukuman yang dikenakan ke atas orang Islam yang diperuntukkan melalui undang-undang syariah masih tidak mencukupi, manakala masyarakat umum pula masih kabur dengan bentuk hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang digariskan. Mufti Perak berkata, hukuman enam sebatan bagi kesalahan meminum arak yang rancak diperdebatkan kini di media "sepatutnya ditingkatkan menjadi 80 kali sebatan". "Sepatutnya kesalahan minum arak ini dihukum 80 kali rotan. Kalau setakat enam kali sebatan itu, apa yang nak diriuhkan?" kata Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

(Hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan). Harussani diminta mengulas perdebatan hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno susulan keengganannya membuat rayuan, sementara pihak berkuasa pula menangguhkannya dengan alasan tiada kepakaran menyebat dari perspektif syariah.

Komen Blogger;
Jadi.... Apa nak di riuhkan, Najib oi.. ini bukan maksud kesian.. Tapi Undang2 Islam itu sendiri mengenakan hukuman yang lebih berat. Bagi Islam itu salah tetap salah Najib oi. Ko berani pulak nak menentang Undang2 Allah yer Najib.. TARBIAH Isteri dulu sebelum nak tarbiah orang ramai. Hukum wanita yang tidak memakai tudung itu HARAM. Rambutnya akan digantung didalam api neraka Najib.. Beringat2 lah semua manusia sekalian!!


Apa Kata Aku ? :

Apahal la kamu berdua (Najid dan Hishammuddin) ni nak sibuk-sibuk pasal wanita minum arak tu. Banyak benda lain yang kamu boleh komen dan fikirkan sebagai menteri. Adakah dengan komen itu kamu hendak membela orang yang meminum arak? Atau kamu takut hendak tunjukkan pada negara luar bahawa di negara ini sudah mula melaksanakan hukum Islam? Saya sangat bersetuju orang yang minum arak dirotan. Dalam hal ini saya bukan ahli untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan hukum Islam itu, tetapi hukuman ini akan membuka mata peminum-peminum arak bahawa jangan ambil mudah akan perkara ini. Kepada Kartika tahniah diatas keinsafan anda. Kepada orang ramai jangan lah terus menghina pesalah ini kerana dia telah insaf dari kesalahannya itu. Kepada peminum arak, tinggalkan lah pekerjaan hina anda itu. Hukuman di neraka nanti lebih hebat daripada hukuman di dunia ini. Kepada bukan Islam, untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Bacaan Al-Quran

Listen to Quran